RFID: Najib Jugak Yang Nak Jadi Hero..

 


PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa, pelekat Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) dijual terlalu mahal sehingga mencecah RM35 sekeping walaupun kos sebenar hanya kurang RM1.

Najib menerusi kenyataan di Facebooknya hari ini turut menimbulkan persoalan sama ada Touch N Go (TnG) atau PLUS memberi rebat bagi pemilik SmartTAG yang tidak lagi berfungsi sekiranya plaza tol beralih kepada sistem RFID sepenuhnya.

“Adakah syarikat TnG atau PLUS akan memberi rebat bagi pemilik SmarTAG yang tidak berfungsi lagi sekiranya plaza tol beralih sepenuhnya kepada sistem RFID?

“Syarikat TnG dimiliki bank CIMB, Ant Group dari China, syarikat insurans AIA Group dari Amerik Syarikat dan firma pelaburan Bow Wave Capital dari New York,” kata Najib hari ini.

Sebelum ini, akhbar melaporkan, transaksi tol menggunakan tag RFID untuk kenderaan ringan persendirian (Kelas 1) dilaksanakan di laluan Juru, Pulau Pinang hingga ke Skudai, Johor di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) bermula 10 malam 15 Januari 2022. – UTUSAN ONLINE

2 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. kome punya idola kan...

    ReplyDelete
  2. Bila bukti dan fakta dijadikan sandaran dan turut ada kebenarannya maka sukar utk ditangkis oleh pihak lawan.Mahu tidak mahu terpaksa akur.
    Sampai bila rakyat ditekan oleh legasi kaya yg tamak?

    Bila kaki kencing dan kaki fitnah menyatakan ayat mereka...hanya minoriti mangkuk akan percaya.
    Lantang mengutuk org lain penyamun tapi anak2 sendiri kaya raya dengan sangat mendadak....rakyat hilang kepercayaan.Siapakah sebenarnya penyamun?!
    Biasanya kaki kencing dan suka berbohong adalah hebat menyamun....

    Semoga dijauhi pemimpin munafik....

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post