PETALING JAYA: “Satu sen sumbangan berjuta ringgit pun kami tak dapat, permohonan maaf jauh sekali,” itu dakwaan Zamzuri Zakaria, waris mangsa kebakaran pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Dato Keramat, Kuala Lumpur, setelah empat tahun tragedi itu berlalu.
Beliau berkata keadaan itu memaksa ibu bapa 31 pelajar yang terkorban dan cedera dalam kebakaran itu mengambil tindakan saman terhadap pengetua tahfiz berkenaan, Mohd Zahid Mahmood, dan isterinya, serta Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).
Kes itu sedang berjalan di mahkamah.
Mohammad Aidil Aqmal hanya berusia 10 tahun apabila rentung dalam kebakaran pusat tahfiz itu pada Sept 2017. Kehilangan itu masih diratapi ayahnya, Zamzuri, yang mendakwa pihak berkenaan gagal mempamerkan sebarang simpati terhadap beliau sekeluarga.
“Daripada hari anak saya meninggal, sampai ke hari ini, langsung tak pernah datang jenguk. Nak minta maaf macam mana? Jumpa kami pun tidak pernah. Tapi dia (Zahid) beri kenyataan pada media semua baik-baik,” dakwanya.
Beliau mahukan penjelasan berhubung peranan pengurusan sekolah dan MAIWP bersabit sumbangan orang awam – dikatakan antara RM8 juta hingga RM10 juta – yang dikumpul untuk waris mangsa.
“Mereka tidak telus,” dakwa beliau.
Peguam pengetua terbabit sudah dihubungi dan dimaklumkan anak guamnya akan memberikan respons kemudian.
Perbicaraan saman sivil itu tergendala beberapa kali akibat wabak Covid-19. Tarikh baharu perbicaraan kini ditetapkan pada 5 hingga 12 Jan dan 21 hingga 22 Feb depan.
Pada 17 Ogos 2020, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara selama diperkenankan Yang di-Pertuan Agong ke atas seorang remaja selepas didapati membakar pusat tahfiz berkenaan.
'BUKAN ANAK KAU YANG MATI'
Mengimbau detik hitam September 2017 itu, Zamzuri berkata dia melalui jalan ke pusat tahfiz itu kerana mahu membeli makanan untuk isterinya bersahur, di Pasar Keramat.
Dia kemudiannya ternampak asap hitam dari arah pusat tahfiz tersebut lalu bergegas ke sana tetapi gagal menyelamatkan anaknya.
“Saya sudah ada dekat tingkat atas (bangunan tahfiz). Waktu itu saya turun naik bangunan itu, sebanyak tiga kali. Saya panggil nama anak saya. (Tapi) waktu itu hanya bunyi api meletup-letup saja.
“Ada orang naik atas, pegang saya suruh turun. Saya marah. Saya kata ‘bukan anak kau yang mati, anak aku yang mati. Anak aku yang kat dalam,” katanya.
Akhirnya, Zamzuri terpaksa menerima hakikat. “Saya telefon isteri saya, beritahu anak kami sudah tiada. Waktu tu azan subuh. Saya duduk tepi dinding. Tak ada apa yang boleh saya buat,” katanya.
Hari ini Zamzuri dan isteri hanya mengenang keceriaan anak kesayangan untuk mengubat kesedihan.
“Petang sebelum dia meninggal, saya bagi dia makan kuih sagu merah. Saya dan isteri ada datang jumpa dia.
“Masa (kami) nak balik, dia peluk saya betul-betul. Dia letak kepala dia betul-betul di dada saya. Masa tu saya tak rasa apa-apa. Lepas itu dia peluk emak dia kuat-kuat,” katanyalapor FMT
RM10 Juta Derma Untuk Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah Tu Dah Ke Mana?
byAnak Sungai Derhaka
-
5
DENDA RM40,000 PALSUKAN TANDATANGAN [METROTV]
ReplyDeleteJurutera didenda RM40,000 palsu tandatangan berhubung pembinaan bangle
KUALA LUMPUR: Seorang jurutera sebuah syarikat perunding pembinaan didenda RM40,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan memalsukan tandatangan pada sebuah dokumen berhubung cadangan pembinaan sebuah banglo.
Hakim Azura Alwi menjatuhkan hukuman itu ke atas Toh Hwee Sheng, 46, dan memerintahkannya dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda itu.
Toh didakwa dengan curangnya menggunakan suatu dokumen sebagai tulen iaitu sebuah buku ‘Structure Design Calculation’ bertarikh 2 Ogos 2014 berhubung kiraan dan pelan struktur bagi cadangan membina sebuah banglo dua setengah tingkat di atas Lot PT 1, No 1, Jalan 5, Selayang Baru, Mukim Batu, Gombak, Selangor daripada Lieng Consult kepada Datuk Yip Kum Fook iaitu pemilik tanah yang mempunyai sebab untuk mempercayai dokumen itu adalah palsu.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu antara 2 hingga 12 Ogos 2014, di No 2A & B, Jalan 53, Desa Jaya Kepong di sini, mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 465 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mohd Aliff Shaharuzaman memohon hukuman setimpal bagi memberi pengajaran kepada tertuduh kerana amalan pemalsuan dan meniru tandatangan pemilik syarikat adalah kesalahan serius dan menjadi barah dalam masyarakat jika tidak ditangani.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman denda dikenakan ke atasnya dengan jumlah yang minimum kerana dia mempunyai tanggungan termasuk ibu yang berumur 76 tahun.
“Ini adalah kesalahan pertama dan saya tiada rekod jenayah. Saya amat kesal dan insaf atas kesalahan ini dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi, jadi saya mohon hukuman denda minimum tanpa hukuman penjara,” katanya.
Mengikut fakta kes, pada 2013, Yip Kum Fook iaitu bekas Ahli Majlis Perbandaran Selayang mengarahkan syarikat tertuduh bekerja iaitu Lieng Consult menyediakan Borang A, Kiraan Struktur dan Pelan Struktur bagi cadangan membina sebuah banglo dua setengah tingkat di atas lot tersebut, namun penyediaan dokumen itu tanpa pengetahuan Lieng Wei Ming selaku pemilik syarikat.
Lieng memaklumkan semua dokumen itu tidak dikeluarkan oleh syarikatnya dan mengesahkan tandatangan pada dokumen itu juga bukan miliknya.
Selain itu, tertuduh juga menerima wang RM10,000 daripada Yip atas pembayaran kerja yang dilakukan iaitu menyediakan semua dokumen itu dan hasil semakan Bahagian Forensik SPRM mengesahkan tandatangan pada dokumen ‘Structure Design Calculation’ adalah berbeza dengan spesimen tandatangan diambil daripada Lieng. -Bernama
Kerajaan Malaysia akan memeriksa YIP KUM FOOK (PEGUAM DAN PRESIDEN SAMNAK SAMBODHI atau persatuan Buddha, Taman Desa Jaya, kepong) kerana peguam ini menipu orang di mana-mana......Yip Kum Fook & Associates, Kuala Lumpur... No. 2A & B, Jalan 53, Desa Jaya, Kepong, 52100, Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur
Rupa rupanya kalau pindah duit atau saham ke akaun adik, suami atau anak anak tak kena tindakan kot.. patut lah Zety pun lepas...AMIN
ReplyDeletekah kah kah
Tanpa melalui sebarang proses siasatan, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki nampaknya terus dibersihkan daripada sebarang salah laku atas dakwaan memiliki sejumlah saham yang besar dalam sebuah syarikat korporat.
Beliau dibersihkan hanya dengan memberi penjelasan kepada Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) SPRM saja.
Menurut Pengerusi LPPR, Abu Zahar Ujang, pihaknya berpuas hati dengan penjelasan Azam bahawa saham-saham itu adalah milik adiknya yang meminjam akaunnya bagi membelinya pada 2015 dahulu.
Saham-saham itu kini, katanya, telah pun dipindahkan kepada nama adiknya, Nasir Baki.
Dalam kes Zety rakyat pun terkejut seorang yang berintegriti tinggi, bekas Gabenor Bank Negara dan memegang jawatan Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB).
Polis akan melengkapkan siasatan Tawfiq Ayman, suami kepada bekas gabenor Bank Negara Zeti Akhtar Aziz, berhubung dakwaan menerima dana berkaitan 1MDB. 30 Dis 2020 hingga Januari 2022 (hari ini) adalah lebih 2 tahun..!!
Saham-saham itu kini, katanya, telah pun dipindahkan kepada nama adiknya, Nasir Baki.
Tambah Abu Zahar, LPPR berpuas hati dengan penjelasan Azam bahawa Ketua Pesuruhjaya SPRM itu tidak mempunyai sebarang manfaat kewangan mahupun konflik kepentingan dalam pemerolehan saham tersebut.
“Ahli-ahli LPPR berpendapat Azam tiada sebarang kepentingan sendiri dalam saham-saham berkenaan,” kata Abu Zahar lagi.
Wowww….senangnya Azam membersihkan diri dan dibersihkan oleh LPPR!!
No wonder Zety pun boleh lepas.. AMIN
KHALAS
kah kah kah kah..
Selamat menyambut tahun Baru 2022 , dan semoga skandal Keluarga Zeti akan di buka pada tahun 2022 tanpa alasan.
ReplyDeletePolis DiRaja Malaysia telah umum Siasatan terhadap laporan Polis Singapura dari awal bulan Mac 2021. Laporan dari kerajaan Singapura sampai ke Bank Negara Malaysia dari tahun 2015/2016.
Belum ada khabar berita dan kenyataan “follow up” dari siasatan berkenaan kisah wang milik 1MDB sejumlah RM700 juta masuk kedalam akaun milik suami Bekas Gabenor Bank Negara di Singapura.
Ketika Tun Mahathir jadi Perdana Menteri kerajaan gagal , hampir setiap hari ada pihak muncul beri kenyataan berkenaan kes 1MDB.
Selain mahu bermain persepsi , ia juga bertujuan menanam minda rakyaat bahawa Bossku sudah bersalah dan hanya menunggu hukuman sahaja.
Kini, dengan kuasa tuhan, muncul pula kes dan skandal keluarga Zeti dengan wang “haram” RM700 juta dari Jho Low masuk ke dalam akaun sulit di Singapura.
Apakah kedudukan siasatan sekarang.?Sudah di tahap mana siasatan? Adakah cubaan “cover up” sedang dilakukan?
Ini kerana di yakini, perbicaraan jika di buka akan ‘upsett’ kan kes DSNR dan menjadi “advantage” kepada DSNR atas sebab kenyataan kenyataan mereka yang terbabit dapat di rumuskan mereka berpakat untuk mengenakan DSNR.
Tun Mahathir memberi “hint” dirinya terbabit dan mengetahui banyak dengan langsung tidak berani suruh PDRM segerakan siasatan.
Tidak masuk lojik akal dan fakta jika kes RM42 juta di bank-in oleh pihak lain menjadi kes besar dan mampu penjarakan DSNR, namun sebaliknya, wang sejumlah RM700 juta masuk kedalam akaun peribadi Taufeq Ayman yang dijaga sendiri tidak menjadi kes pula.
Undang undang apa yang mampu penjarakan DSNR tapi tidak mampu penjarakan Suami Zeti atas terima wang dalam akaun nya?
beberapa hari lagi sudah tahun baru 2022, adakah puak pro Mahathir akan harap rakyat melupakan berkenaan skandal ini?
Jika bersungguh sungguh dengan kes DSNR kenapa pula tidak bersungguh sungguh dengan skandal Zeti?
Wang di pulangkan setelah akuan SD keluarga Zeti di tandatangan membuktikan lojik proMahathir hanya bertaraf sampah sahaja, jika ia wang halal berniaga seperti sampah sarap Mahathir jelaskan, kenapa ia perlu di pulangkan?
#kartelkarelakegelisahanAMIN
敬爱的佛教信土:
ReplyDelete我是甲洞三宝寺 (暹廟) SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST ASSOCIATION NO: 19-21 JALAN 38 TAMAN DESA JAYA KEPONG 52100 KUALA LUMPUR, MALAYSIA. 的理事, 当任此职多年, 对内的事務也一清二楚。
最近, 在网络上看了PHRA PIYATHAMMO和尚和马华公会鸱唛区主席叶金福(Yip Kum Fook, MCA Gombak)律师的双方信件, 使我的内心久久不能平伏, 良心受到很大的譴責, 不吐訢不痛快, 所以我要誠恳的説:他叶金福(Yip Kum Fook, MCA Gombak)侓师叫外来的流流氓到三宝寺(暹廟)挑衅和尚打架及电招警方人员扣捕沙彌, 其嘲笑手法, 不外是要显示其权力, 而鞏固其职位, 以达到权力就是一切, 好让住持难堪, 自动離开, 方便行事……这种举动, 已间接的表逹其含意, 住持和尚兼顾问, 都无能为力,你们这些信徒能做什么?即使告马耒西亜佛教总会又能为难什么?这种心态, 的硧令人反感, 不是一个正信佛教者应有的行为。
至今, 三宝寺的理事成员多数是其親戚, 这是实事, 加入会员需交RM100元费用,同时,必须经过叶金福(Yip Kum Fook)律师的同意,否则免談, 所以会员也不多。
马华公会鹅唛区主席叶金福(Yip Kum Fook, MCA Gombak)律师,自控制三宝寺之後,把三宝寺(暹廟)当着私人產業,聘用和尚賺钱,利用佛教的道地为政治活动埸所,而处理三宝寺的钱财也不透明?这点,值得信众追问。马来西亚地擴人多,和尚也不缺乏,为什么不用本地和尚当任住持化缘,却偏偏劳心劳神,浪费签证费,交通费? 还要烦劳梹城佛总的推荐信, 向文化不同, 而語言又不通之千哩外囯缅旬和尚求助? 为什么….为什么? 只要我们用头脑想一想,便一日了然, 不必晝虎添足。
叶金福(Yip Kum Fook, MCA Gombak )律师说:欢迎任何人如有意见,可以电话03:62762369/0122039700 Email: YIPKUMFOOK@HOTMAIL.COM 戓到其马华公会鹅唛区会甲洞三宝寺及以下地圵:NO.2,B JALAN 53 TAMAN DESA JAYA KEPONG 52100 SELANGOR, MALAYSIA.討論, 我要老实的提醒大家, 最好不要一个去見他, 因为这个人狡滑, 笑裡藏刀, 很阴险, 出家人都不放在眼裡, 連TAMAN DAYA 52100 KEPONG, KUALA LUMPUR. 众人的印度廟也敢放火燒, 利用权势把场地佔为己有, 由此可见, 他是何等的心毒? 还有现在三宝寺内, 各处都按裝计孔监视来人一举一动。
目前, 三宝寺很多信徒及当地居民, 已经对叶金福(Yip Kum Fook, MCA Gombak )律师不满, 但也不能做什么。他计划把三宝寺主席的职位轉给其子YIP JIUN HANN律师, 续承皇朝. 想近一部了觧詳情, 可上网得知。
再说, 根据前理事在网络上给叶金福(Yip Kum Fook, MCA Gombak)律师的批評, 説他懂得包裝自己的道德守则, 以宗教为幌子手, 到处募款, 啇業经营, 政治活动为重, 并没依循佛教守則行事, 也没对人道作出貢献, 只不过借三宝寺宗教之名捞取权和私利而己, 其言也不为过, 是实事。
在此, 我恳切希望, 廣大的佛教信仰者, 给予关注, 并共創義举, 弘扬佛教. 谢谢。
Mr Lim Sok Chia敬啟
Ms Yap
Mahathir Serah Pulau Negara Senang2 kepada anak Lee Kwan Yew Singapura ada lah “National Embarrassment”.
ReplyDeleteLupakan Singapura eratkan hubungan dengan Indonesia. AMIN
Pada isu Pulau Batu Puteh pula Panglima Mahathir hanya mampu menuding jari kepada isu tanggungjawap bersama dan bukan menjawap kenapa serah Pulau sebegitu mudah.
Tun Mahathir yang lantang dengan isu 1MDB terus diam membisu apabila Singapura mendedahkan kroni kesayangan beliau dan Tun Daim miliki wang yang banyak dalam akuan luar negara dari wang 1MDB termasuk dalam senarai Pandora List juga.
Dengan maklumat itu juga Singapura berjaya cengkam Tun Mahathir kata netizen, takut terdedah harus ikut telunjuk.
Sebuah Pulau milik rakyat dan milik negara di serah kepada negara jiran secara tindakan “solo” dan bersendirian adalah tindakan Memalukan negara.
Negara lain berbunuhan dan berperang mempertahankan barang seinci tanah mereka.AMIN
Selain kes wang yang banyak dalam akaun kroninya dan Pandora list, Tun Mahathir juga jadi barua DAP@LeeKwanYew dalam isu Pulau Batu Puteh.
Jho Low sampai sekarang ketawa terbahak tepok tangan bila Melayu sesama melayu bercakaran. Bila sesama Melayu bercakaran Singapura dan proksi nya DAP barsama kaum Jho Low@Lee Kwan Yew akan dapat untung.
Bila Melayu bercakaran sesama sendiri maka Singapura dan DAP akan dapat untung. Jika Melayu bersatu pada maka kecelakaan besar pada Singapura dan Kaum nya Lee Kwan Yew@DAP dan barua Melayunya seperti Tun PKR PAN dan PejWang di Malaysia.
Daru dulu aku dah tulis lupakan terus Singapura jiran tak guna ini. Rapatkan hubungan ekonomi kebudayaan sesama serumpun dangan Indonesia. AMIN
Langkah Petronas Carigali dan Pertamina di Indonesia dan melabur dlm industri migas di Indonesia perlu dipertingkatkan lagi. AMIN
Jika hubngan Indonesia Malaysia dieratkan "Singapura is nothing". Jahanam Singapura... AMIN!!
Pergi jahanam Singapura.. KHALAS
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!