Tiga ADUN Dijangka Keluar BERSATU, Sertai UMNO Hari Ini

PETALING JAYA: Tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dijangka membuat pengumuman bahawa mereka akan keluar dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk menyertai UMNO.

Difahamkan, mereka adalah ADUN Puteri Wangsa, Mazlan Bujang, ADUN Johor Lama, Rosleli Jahari dan ADUN Endau, Alwiyah Talib.

Sebelum ini, Mazlan bertanding di bawah tiket Bersatu dan menang dengan majoriti 24,959 undi di Puteri Wangsa dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Rosleli pula bertanding di bawah tiket UMNO dan menang dengan majoriti 5,807 undi di Johor Lama dalam PRU 14 tetapi menyertai Bersatu selepas PRU-14 manakala Alwiyah bertanding di bawah tiket UMNO dan menang dengan majoriti 3,080 undi di Endau dalam PRU-14 tetapi menyertai Bersatu selepas PRU-14.

Dalam PRU-14, Bersatu bertanding 18 kerusi di bawah gabungan Pakatan Harapan (PH) dan meraih 11 kerusi, manakala UMNO bertanding 35 kerusi di bawah gabungan Barisan Nasional (BN), meraih 14 kerusi ~ UTUSAN ONLINE



3 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Apa yg nak diharapkan sangat dgn parti katak ni. Ko khianati orang, skrg orang khianati ko pula. Sampai bila pun tak habis

    ReplyDelete
  2. saya cadangkan umno terima mereka kembali,,adapun calon adun,,jgn lantik mereka kerana mereka pernah mengkhianati umno,,tidak mustahil mereka akan melakukannya lagi dimasa hadapan. baguslah mereka sedar,,

    ReplyDelete
  3. Golden Nugget Hotel Casino & Spa, Las Vegas - MapYRO
    Golden Nugget Hotel Casino & Spa is 강릉 출장마사지 located in the heart of the Las Vegas Strip. Casino. Featuring more than 서귀포 출장안마 1000 slots, table games, a full service spa,  Rating: 4 · ‎1 review · 과천 출장샵 ‎Price 인천광역 출장안마 range: $ (Based on Average Nightly Rates for a 영천 출장안마 Standard Room from our Partners)

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post