Kenapa BN Yakin Kemenangan Di Melaka Akan Berulang Di Johor?

 


Keberanian Barisan Nasional (BN) untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor sehingga menyebabkan pilihan raya negeri (PRN) terpaksa diadakan disandarkan kepada keyakinan mereka akan mengulangi kejayaan seperti di Melaka hujung tahun lalu.

Di Melaka walaupun menang 21 daripada 28 kerusi DUN, sebenarnya pertambahan undi yang diterima BN tidaklah begitu tinggi. Kurang daripada 1 peratus

Berlaku peningkatan sokongan yang amat kecil tetapi hampir sama dengan undi yang diterima gabungan pimpinan Ahmad Zahid Hamidi itu pada pilihan raya umum 2018.

Akan tetapi BN tetap yakin bakal menang besar di Johor disebabkan dua faktor utama.

1) PERATUSAN KELUAR UNDI RENDAH

Peratusan keluar mengundi yang rendah semasa PRN Melaka iaitu sebanyak 64.1 peratus, sudah tentu memberikan kelebihan kepada BN yang mempunyai jentera yang lebih kuat di akar umbi berbanding Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN).

Dan situasi ini dijangka akan berulang di Johor.

Apabila jentera kuat, mudah bagi BN untuk memastikan penyokong-penyokong mereka keluar mengundi sehingga ke tahap boleh membawa setiap pengundi ke tempat pembuangan undi.

Jika dilihat pada PRU14 pada 2018, apabila peratusan keluar mengundi tinggi sebanyak 83.4 peratus, BN berjaya ditumbangkan oleh PH walaupun sudah memerintah negeri itu selama lebih 60 tahun.

Ini kerana jentera BN hanya mampu membawa keluar penyokong dan pengundi mereka tetapi tidak mampu menampung gelombang golongan atas pagar yang jumlahnya jauh lebih besar.

Di Johor, dijangka peratusan keluar mengundi akan kekal rendah disebabkan varian Omicron Covid-19 yang menyebabkan angka kes harian kembali mencecah puluhan ribu.

Ini ditambah lagi dengan PRN Johor diadakan selepas sambutan Tahun Baru Cina yang pastinya kurang memberikan motivasi kepada pengundi Cina yang menetap di negeri lain untuk pulang mengundi.

2) MUSUH BN BERPECAH BELAH

Semasa PRN Melaka BN hanya dicabar oleh PH dan BN, tetapi di Johor suasana lebih meriah.

PRN Johor bulan depan bakal menyaksikan kemunculan parti-parti baru seperti Pejuang, Muda dan Parti Bangsa Malaysia (PBM).

Sementara Warisan yang asalnya berpusat di Sabah kini mahu melebarkan sayapnya di Semenanjung dan turut bertanding pada PRN Johor.

Kehadiran parti-parti ini tidak akan menyebabkan undi kepada BN berkurang akan tetapi menyebabkan undi terhadap PH dan PN terjejas.

Mari kita lihat keputusan PRN Melaka.

Daripada analisis data keputusan PRN Melaka yang dibuat, dapat dilihat BN hanya memperolehi 39 peratus undi popular.

Sementara PH memperolehi 36 peratus undi popular dan PN memperoleh 25 peratus.

Jika disatukan undi popular PH dan PN, ianya berjumlah 61 peratus.

Di kerusi seperti DUN Tanjung Bidara, Ab Rauf Yusoh tidak akan menang sekiranya undi PN dan PH tidak berpecah.

Keputusan menyaksikan Rauf mendapat 3559 undi, Mas Ermieyati Samsudin (PN) mendapat 3,195 undi dan Zainal Hassan mendapat 489 undi.

Jika dicampurkan undi PN dan PH, Rauf akan kalah.

Di kerusi DUN Duyong yang berlaku pertembungan enam penjuru, calon BN Mohd Noor Helmy Abu Halen tidak akan menang sekiranya PH dan PN berada dalam satu pasukan.

Keputusan menyaksikan Helmy mendapat 4,684 undi, Damian Yeo (PH) mendapat 4,484 undi dan Kamarudin Sedik (PN) mendapat 2,874 undi. Sementara tiga lagi calon, Gan Tian Soh (Bebas) mendapat 60 undi, Muhamad Hafiz Ishak (Bebas) 57 undi dan Mohd Faizal Amzah (Putra) 52 undi. Jika dicampurkan undi PH dan PN, BN akan dikalahkan dengan mudah.

Objektif PH dan PN ialah sama iaitu untuk menghalang BN kembali berkuasa dan kumpulan “kluster mahkamah” kembali berkuasa selepas PRU15.

Begitu juga dengan parti-parti baru yang lain.

Seperti dikatakan ramai pemimpin politik dari PH dan PN, PRN Johor ini diadakan sebagai satu strategi kumpulan kluster mahkamah untuk kembali berkuasa.

PRN demi PRN diadakan untuk melonjakkan semangat jentera BN di seluruh negara demi merampas kembali kuasa mutlak di Putrajaya pada PRU15 yang mereka hilang pada 2018.

Akan tetapi kerjasama antara penentang-penentang BN tidak mungkin akan berlaku kerana masing-masing mempunyai ego yang besar.

Dan ego inilah yang sedang dimanfaatkan oleh kumpulan kluster mahkamah untuk kembali berkuasa.

Walaupun tidak begitu lama dahulu pada 2018 sudah terbukti BN yang berkuasa selama lebih 60 tahun dapat dikalahkan apabila terdapat penyatuan dalam kalangan penentang-penentangnya.

Kamarul Khairy 
Penulis dan pemerhati politik

3 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. Setelah Pulau Batu Puteh digadai Kepada Singapura, Mahathir tulis 2 pucuk surat semasa PRN Bangsa Johor berlansung.

    Mahathir sedaya upaya mahu rakyat Johor menerima kes 1MDB yang direka oleh puaknya sebagai modal menolak Barisan Nasional.

    Mahathir tiada kebaikan diri untuk diceritakan maka, terpaksa guna “default” pihak lan lebih jahat dan lebih teruk.

    Jika di Melaka , rakyat Melaka campak ke dalam tong sampah cerita cerita 'kleptorat' dan 1MDB atas sebab orang Melaka terasa di tipu, setelah menolak BN, kerajaan pengganti tidak pula “perfom” sebalik nya rakyat Melaka terabai sahaja seperti rakyat Malaysia yang lain.

    Sambil kesukaran untuk keselesaan hidup di hadapi rakyat, halwa telinga rakyat masih di sumbat dengan kisah kes 1MDB yang tidak membawa manfaat kepada periuk nasi mereka.

    Sebaliknya Mahathir dan kuncu kuncu yang kenyang termasuk anak nya sendiri mendapat banyak projek dan faedah.

    Hatta , PH , Tun Mahathir dan DAP serta PPBM kena tapau di Melaka. Di Sarawak pun begitu juga.

    Maka atas kesedaran yang sama , kajian beberapa penganalisa dan juga dua professor seorang dari Singapura dan seorang dari Malaysia , menjangkakan Barisan Nasional akan dipilih Kembali berkuasa dengan majoriti kukuh.

    Atas sebab ini Mahathir terpaksa dedah diri nya bersama sama PPBM mahu menghalang Barisan Nasional dari menang.

    Mahathir juga risau jika BN menang cemerlang di Johor, negeri Kedah akan jatuh dan kerusi Jerlun akan melingkup jika PRN Kedah diadakan selepas ini jika Putrajaya enggan tekan butang PRU15.

    Kemenangan di Johor juga akan menjadi “wave” rakyat berlumba pilih BN di PRu15.

    Ketakutan Mahathir boleh difahami, kerana kes 1MDB semakin kalut, sedangkan itu sahaja modal Mahathir. Yang buat Mahathir bernasib baik ada lah merasuah pegawai tinggi kerajaan dan cengkaman belakang tabir sahaja.

    Kembali kepada “warkah” Mahathir kepada bangsa Johor, anggap sahaja lah umpama manifesto pru14 yang tiada nilai. Anggap manifesto janji dicapati.

    Ia cubaan desperado Mahathir untuk kepentingan kroni dan peribadi keluarga Kerala, Mahathir tiada minat pun dengan hal rakyat rakyat ini.

    Isu suami Zeti Akhtar pulun RM700 juta wang TIA/1MDB dan 3 bank serah loan berbilion tanpa cagar kepada pembeli kapal Equanimtty pun Mahathir tidak minat , 10K wang sendiri I-Citra pun Mahathir tidak minat cakap, apa lah sangat kebajikan Bangsa Johor.

    Apakah rakyat Johor @ Bangsa Johor mudah kena tipu dengan Mahathir lagi?

    Pulau Batu Puteh milik Bangsa Johor yang masih “dispute” pun Mahathir boleh serah begitu mudah.

    Pada hal ini , Mahathir tulis Panjang lebar alasan serah Pulau tetapi beliau tidak langsung sentuh soalan induk “kenapa buat keputusan bersendirian..!?"

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post