MB Selangor Dah Nak Kena Sailang?

PETALING JAYA: Ketua PKR Perak Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak membuat kejutan apabila mengesahkan menentang Menteri Besar Selangor Amirudin Shari di Bahagian Gombak pada pemilihan parti April depan.
Farhash juga mahu menentang Ahli Parlimen kawasan itu, Mohamed Azmin Ali dan ADUN Gombak Setia, Hilman Idham pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Bekas setiausaha politik Anwar Ibrahim itu berkata, keputusannya mencabar Amirudin bukan bertujuan melenyapkan sebarang “kartel Azmin” atau mencerminkan prasangka terhadap Amirudin.

“Tak ada kartel (lagi) dalam PKR, kalau ada pun saki-baki orang yang mungkin bersama Azmin. Tapi saya tak nampak Amirudin bersama Azmin, saya nampak dia jadi ‘party-man’ (orang parti),” kata beliau.

Farhash berkata, Menteri Besar Selangor itu juga tidak perlu mencurigai hasratnya untuk bertanding di Gombak pada pemilihan PKR.

“Saya tak nampak kenapa MB harus takut atau pasukan MB harus takut kerana mereka dah buat kerja di situ bertahun-tahun dan saya ahli biasa,” katanya.

Beliau tidak melihat wujud konflik hasil tindakan itu, sebaliknya berpendapat ia adalah sebahagian daripada proses demokrasi.

“Apa yang konflik? Itu proses demokrasi. Jawatan ini hanya sementara, bukan hak sesiapa kerana itu parti buat pemilihan. Itu hak masing-masing untuk memilih.

“Konflik tu biasalah, mana-mana pun ada konflik, kadang tiga penjuru, lima penjuru benda itu biasa. Mungkin nampak kontroversi sebab saya Pengerusi (PKR) Perak, tapi bagi saya bukan nak gaduh ke apa. Ini pemilihan, kita buat cara baik,” kata Farhash.

Pada pemilihan PKR 2018, Amirudin menang sebagai Ketua Bahagian Gombak menewaskan pencabarnya Mohamed Nizam Md Saad dengan majoriti 1,115 undi.

Lepas jawatan Setiausaha Politik

Farhash mengesahkan meletak jawatan sebagai setiausaha politik kepada Anwar selaku Ketua Pembangkang dan Presiden PKR Disember lalu.

“Sudah dekat nak pemilihan, saya tak boleh bagi komitmen sepenuh masa sebagai setiausaha politik, jadi saya minta letak jawatan supaya saya boleh tumpu pada pemilihan dan persiapan PRU15,” katanya.

Bagi menghadapi PRU15, Farhash berkata, beliau berhasrat untuk “mencari” Azmin dan Hilman yang melompat daripada PKR untuk menyertai Bersatu susulan Langkah Sheraton pada 2020.

“Saya menawarkan diri untuk bertanding menentang Azmin atau Hilman, ini cara saya tawarkan diri untuk bertanding di Gombak. Sekiranya mereka lari ke tempat lain, saya akan cari (mereka). Saya tak kisah DUN atau Parlimen (mana),” katanya.

Kalangan pemimpin PKR melihat Azmin sebagai dalang utama yang mencetuskan perbalahan dalaman parti yang menyaksikan beliau dan sekumpulan Ahli Parlimen lain menyertai Muhyiddin Yassin untuk menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini lapor FMT

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post