Parti Pejuang Dijangka Kalah Besar Di PRN Johor


PETALING JAYA: Dua penganalisis meramalkan parti Pejuang pimpinan Dr Mahathir Mohamad akan tewas pada pilihan raya negeri (PRN) Johor, terutamanya jika parti itu bertanding bersendirian di 42 kerusi.

Oh Ei Sun daripada Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura berkata, Pejuang bertuah jika memenangi hatta satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Walaupun Mahathir, yang merupakan Pengerusi Pejuang, kekal menjadi tokoh menarik bagi ramai pengundi namun parti itu kekurangan jentera akar umbi, kata Oh.

“Akhirnya Umno, dengan penggemblengan besar akar umbinya, hampir pasti akan menang mudah di kebanyakan kawasan majoriti Melayu dan diikuti jauh di belakang oleh PAS.

“Pakatan Harapan (PH) dan Bersatu boleh berasa diri mereka bertuah jika dapat memenangi paling banyak separuh daripada kerusi yang dimenanginya pada 2018,” tambahnya.

Seorang lagi penganalisis, iaitu felo kanan penyelidikan strategik Akademi Nusantara, Azmi Hassan berkata, Pejuang akan bergelut untuk memenangi hati pengundi kerana parti itu tidak “sinonim” dengan Johor, tidak seperti Umno, Bersatu dan MUDA.

“Malah PAS mempunyai sokongan akar umbi yang jauh lebih baik di Johor berbanding Pejuang,” katanya.

Beliau berkata, Pejuang akan tewas jika ia berkeras untuk bertanding di 42 kerusi.

“Mereka harus memberi tumpuan kepada satu atau dua kerusi di mana mereka ada pengaruh dan boleh menarik undi daripada Umno dan Bersatu,” katanya.

Azmi berkata, Mahathir ada sedikit tarikan di peringkat kebangsaan tetapi tidak popular dalam kalangan rakyat Johor dan kurang berpengaruh pada PRN kali ini.

PRN Johor dijangka diadakan menjelang 23 Mac dengan 56 kerusi DUN dipertandingkan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas pada Rabu untuk menetapkan tarikh hari penamaan calon dan mengundi lapor FMT

2 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Aku nak tanya SEMUA pengundi yg akan mengundi pada PRN Johor dan PRU yg akan datang. Tanya diri anda dan jawab secara IKHLAS. Adakah calon yg anda bakal pangkah BENAR2 nak tolong anda dan RAKYAT MARHAEN jika beliau terpilih. Atau adakah dia semata2 nak majukan karier politik sendiri DAN disamping itu hendak memperkayakan diri sendiri. Jika calon berkenaan cuma berpura2 nak bantu rakyat, JANGAN PANGKAH calon macam tu tak kira dia berasal daripada parti mana sekalipun!!! Belajar drp bencana yg baru menimpa diri kita spt banjir besar, pandemik, kenaikan harga barang dsb. SIAPA yg jujur ikhlas nak menolong kita dan siapa cuma berlakon saja. Berapa ramai wakil rakyat yg lepas kita lihat telah memperkaya diri masing2 sambil pura2 khidmat untuk rakyat. Lihat betapa kaya mrk dan kehidupan yg amat mewah. Tolong belajar drp kesilapan2 masa lepas.

    ReplyDelete
  2. PRN Johor: Pejuang Enggan Bersama PH..AMIN

    Persoalan nya Boboi@Mukhriz ialah Ada orang PKR/PH ajak dia juin ka.!? AMIN

    Nampak gaya lambat laun join umno balik ni... AMIN

    Mudah je nak join UMNO... AMIN

    Nak bubar PejWang lepas betsatu dengan UMNO pun bole jer..AMIN

    Sejarah boboi melingkup bertanding jawaran dalam UMNO ahli UMNO bole buat kali untuk ke-3 kali pun boleh sajer..AMIN

    Sebab sejarah Boboi 2 kali melingkup kerusi MB Kedah boleh diulang sekali lagi.. AMIN

    Mudah nak baca otak penipu pembelit keturunan Kerala Penipu ni..AMIN

    Dengan Lingkupkan Boboi dalam UMNO ahli UMNO di akar umbi maka melingkup kan Tun dan PejWang itu balasan pemimpin acah acah power Melayu Islamik.. puiii..!!

    KHALAS

    kah kah kah...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post