Peringatan Buat Syed Saddiq..

 


Saya membaca Free Malaysia Today pagi ini 18 Februari 2022. Saya mengurut dada menahan sabar apabila portal FMT tersebut melaporkan Presiden Muda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memberi amaran akan berlaku pertentangan antara Muda dengan pkr dalam pilihanraya negeri johor ini jika rundingan tentang kerusi menemui kegagalan.

Garang sungguh amaran Presiden Parti Muda yang baru berusia empat bulan tersebut. Kalau bayi, baru berumur empat bulan belum boleh makan nasi atau makanan keras. Kena minum susu sahaja. Perut bayi belum kuat untuk menghadam.

Jangan marah analogi seperti ini digunakan. Parti Muda satu hari nantipun akan jadi tua. Syed Saddiq orang Johor. Penulis ini pun orang Johor. Kita di Johor ibarat cucu cicit Tun Seri Lanang dan Raja Ali Haji. Orang Johor bahasanya lembut, jika berkata dan berhujah, ia berkata dan berhujah dengan sopan dan santun, seperti madah sasterawan negara Usman Awang (seorang lagi anak Johor yang terbilang).

Syed Saddiq adalah pemimpin generasi baru yang punya masa hadapan yang cerah. Memang elok dan tepat melangkah dengan tangkas dan berani. 

Tetapi awas juga, anda baru kali pertama memimpin sebuah parti baru menghadapi pilihan raya. Lalu jangan cepat memberi amaran dan ugutan. Jangan cepat menghunus keris untuk menikam, penulis bimbang, takut-takut nanti akan tertikam dengan keris sendiri.

Penulis ini tidak banyak pengalaman. Sekadar mengenal politik di Johor sejak tahun 1974 lagi. Sejak itu mengenal uaha pihak-pihak parti pembangkang berusaha membina fron pembangkang.

Penulis pernah ikut serta dalam usaha itu sejak tahun 1986 ketika penulis menjadi setiausaha agung sebuah parti kiri yang radikal, lebih radikal ideologinya dari parti Muda sekarang. Tetapi kami, walaupun radikal, jika bermesyuarat, kami berbincang baik-baik.

Tidak pernah kami gunakan ugutan dan ancaman sesama parti pembangkang.

Syed Saddiq pemimpin Muda memang mempunyai karisma. Anda mempunyai ramai pengikut di alam maya. Tetapi di alam nyata, jangan sesekali memberi amaran atau ugutan kepada PKR.

Presiden Muda kena pelajari sejarah kami PKR. Parti kami lahir dari perjuangan. Kami membesar di jalan raya dan di dalam penjara. Kami tidak akan berundur jika dicabar oleh sesiapapun, hatta kepada mereka yang cepat menghunus pedang. Pantang kami berundur.

Lihat bendera kami berwarna merah, itu maknanya keberanian berjuang. Lihat bendera kami berwarna biru, itu maknanya kami mencintai perdamaian dan keadilan.

Maka berhati-hatilah jika mengeluarkan kata-kata, wahai sahabatku Syed Saddiq. Mungkin penulis ini sudah tua tetapi orang tua ini kenal perangai “anak muda julung berkeris”.

HASSAN ABDUL KARIM 
Ahli Parlimen Pasir Gudang

7 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Hati hati bila orang fasik acah acah power Melayu islamik berkata kata..

    Boboi kata pilih PejWang akan ujudkan kerajaan penyayang..!!

    Ketika menjadi kerajaan selama 22 bulan , dengan sombong kerajaan pimpinan ayah nya menempelak orang Melayu sebagai “pemalas” , “suka meminta bantuan kerajaan” , “jangan iri hati kepada orang kaya” dan “harus ikat perut”.

    Akibat perbuatan durjana , merampas Kembali elaun elaun RELA, nelayan, petani dan membuang puluhan ribu kakitangan awam yang majoriti Melayu, kini, ada hati pula Mukhriz berjanji memberi kerajaan “Penyayang’ kepada Bangsa Johor.

    Walaupun Mukhriz dan ayah nya cuba bersembunyi bertopeng di sebalik logo PEJUANG, namun rakyat tidak lupa PEJUANG ada lah sisa kumbahan kerajaan 22 bulan yang menzalimi rakyat.

    Harta rakyat habis di lelong, tanah milik umat Islam habis di gadai, Aset Tabung Haji diaseret ke kaki MoF bukan Islam semua Ketika Mukhriz dan ayah nya bersama PakatanHarapan.

    Itu kah rupa bentuk penyayang yang cuba PEJUANG persembahkan kepada Bangsa Johor?

    “Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.” (Al-Hujurat: 6).

    Fasik juga berarti keluar dari kebenaran, penipu dan lidah bercabang.

    Pada PRN Bangsa Johor hari kemenangan hampir tiba dan kehancuran orang fasik semakin nyata...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penyayang amenda...

      Rakyat ikat perut dan jangan dengki dengan orang kaya.

      Dah menang bukan peduli nasib rakyat. Yang pasti mereka akan mencatur projek2 mega utk kelangsungan legasi kaya dan tamak mereka.
      Fakta dan sejarah mengesahkan.
      Jangan diperbodohkan oleh puak golongan kaya dan tamak ini.
      Kuburkan dari politik negara!!!!

      Delete
  2. 敬爱的佛教伩徒, 有关马來西亜,吉隆坡,甲洞帝沙再也 (暹寺) 三宝寺 Samnak Sambodhi Buddhist Association No.19-21 Jalan 38 Taman Desa Jaya, Kepong 52100 Kuala Lumpur, Malaysia. 所发生的纠纷, 经过阅读了,Venerable Phra Piya Thammo 和尚及叶金福律师 (Yip Kum Fook) 的双方书信之后, 再经实地旁听了觧,做为中间人,我要客观实事的说: 1.当一个和尚、初出道 (小学生),在修行, 若有缺点, 那是难免.他马华公会鹅唛區会主地席叶金福律师(Yip Kum Fook),却心眼看不顺,就电招警万到耒佛教之圣地要扣畄和尚耒耻唇出家人, 这是绝对不许可, 除非是殺人放火之大罪悪. 2.他身为马华公会鹅唛區会主席叶金福律师 (Yip Kum Fook),却反其道而行, 在佛寺不依佛法而軽视佛教的精神, 以傲慢的手段,帶领一般黑社会的人耒挑衅和尚打架, 这也是不该有、更不是佛教修行者的行为. 3.佛教的圣地, 其主要的目地, 是让眾生修佛道, 不是政治争執的地方. 他马华公会鹅唛区会主席叶金福律师 (Yip Kum Fook), 却利用佛教之圣地当政治活动的场所。如此果敢冒犯佛陀的教誨,更是大大的罪悪。 囯有囯章,彿有佛法,家有家规. 如果出家人有何不对之处, 他叶金福律师 (Yip Kum Fook), 为何不向主持和尚投?让出家人自依和尚的條规处理、却强权一味要显示他是马华公会鹅唛区会及三宝寺理事会主席, 无法无天的应用霸道手段践踏佛教之圣地.为什么。。。。。为什么. 至今, 他叶金福律师 (Yip Kum Fook),不当不歉愧,还要狡辩, 这又证明了他说一套, 做的又是另一套, 囗是心非, 所谓的两舌, 相当阴险. 身为律师, 受高深教育, 却应用如此悪毒, 横蛮无礼的作风污辱和尚, 相等于是耻辱佛教伩仰者。他叶金福律师(Yip Kum Fook)不向主持和尚投诉, 却自承英雄,电招外耒者.请问,身为將近20年的三宝寺主持和尚兼顾问,也是第一位 自筹建寺的大功臣,在大马南傳泒中,是闻名遐邇的高僧.其脸要放在那裡?同样的,要是台湾星雲大师的佛寺沙彌犯錯, 理事会没有礼貌自作主张,电招警方要扣畄其沙彌.我敢请问!星雲大师的自尊是怎样的感受?他叶金福律师(Yip Kum Fook)是后耒者,担任理会主席也不久, 竟敢应用如此,目无尊長的方式对待住持,间接的就是告大家,强迫住持和尚必远離,雀巢鸠要佔。这种用心不良, 有老千之谋, 的确令人不敢恭维。 縱观以上几项重点,我不是盲目的護持三宝, 而是要坦白的说;他叶金福律师 (Yip Kum Fook) 身受高深教育, 为律师者,本应通情达理才是,但遗憾的是, 却令人惊觉, 他厡耒就是彿书裡所讲的狡猾且残忍的此颣人。他叶金福律师 (Yip Kum Fook),利用他的专业知識, 懂得包裝自己的道德守則,以宗教为幌子手,到处募款,商业经营, 政治活动为重, 并没依循佛教宗教守则行事, 也没对人道作出任何貢献, 只不过借宗教之名捞取权和私利而己。 在此, 我奉劝, 他马华公会鹅唛区会主席叶金福律师 (Yip Kum Fook), 好自为之, 免因果報应.

    ReplyDelete
  3. DATUK YIP KUM FOOK叶金福 pushed the Buddhist monk from the temple, not a big deal but he disrespected the Buddhists, and the sangha is responsible for all the Buddhist teachings (Dhamma), without the Sangha, the Buddhist is no more until today, every society has good and bad, it is the nature of law in this world

    MCA also has good and bad, like you(Yip) it's worse because you make every negative thing bad, you make bad for the religion, for the society, the society and destroy the life of the sangha...if you die today, your mind will suffer then will go to hell

    we are not happy and don't like you(Yip) because your mind is very dirty and more jealous of other human beings, also you destroy our feelings and our respect as Buddhists, if you are in Buddhist country, you will collapse and have no life on earth, people will step on your head

    last time, SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE(吉隆坡甲洞帝沙再也三宝) is very famous because various Sangha (Buddhist monks) visit and stay there, now only Myanmar monks live there because committee’s temple always ask money from Buddhist monks, for Ven. U Nandiya gave RM20,000.00 to the President (DATUK YIP KUM FOOK 叶金福), if any monk does not give, this president will make trouble or will cancel their Visa or make a police report to arrest any matter.

    the conclusion of this matter, we hope everything will be fine, now any society also follows personal way because people think different ways, we practice the Buddhist teachings long time but we have never seen people like (DATUK YIP KUM FOOK 叶金福), have problems with the Sangha. ..this is a great sin in Buddhism

    we are a Buddhist group in Kepong
    (Ms Low, Ng, Shia, chew, wong and others)

    ReplyDelete
  4. PRO-UMNO-MCA anti-Buddhist! 马华是反佛教!..DATUK YIP KUM FOOK 叶金福 (骗财骗色) 洗钱案最后上诉聆审

    MCA PRO-UMNO anti-Buddha! DATUK YIP KUM FOOK (menipu wang dan seks) perbicaraan rayuan akhir kes pengubahan wang haram

    PRO-UMNO-MCA is anti-Buddhist! DATUK YIP KUM FOOK (cheating money and sex) money laundering case final appeal hearing
    By Buddhist group Kepong, Kuala Lumpur

    ReplyDelete
  5. His son (YIP JIUN HANN叶君瀚, 律师) also has the same behavior and habits as his father because father (YIP KUM FOOK叶金福, 律师) does bad things in society, cheats people about money and has sex with people's wives everywhere and the children(son) also play women everywhere too

    now many people know about this YIP KUM FOOK叶金福 family in their way of life, but they can't escape from people gossiping about what they have done. in the end life is hard.. pity those who do evil, not in this life but have to bear it for another life as well.

    They will tremble all their lives in life and they are not free all their lives like animals touching hot water, in Buddhist who broke the Sangha community, this is the greatest sin, also not easy to confess and there is no way to cleanse it

    Really to happen to you, your friends and relatives will laugh at you, you will be lonely without friends because when you have a lot of money, you are proud of them, at that time nobody wants you...you will walk the road alone

    Shared by loke & friends in Kepong

    ReplyDelete
  6. DATUK YIP KUM FOOK ni macam hantu sebab dia makan duit semua orang, duit sami Buddha dan juga perempuan curang di mana-mana, kalau DATUK YIP mati satu hari nanti dia akan jatuh ke dalam neraka yang sangat besar, memalukan manusia ini.

    Dia membakar Kuil Hindu di Taman Daya, Kepong bertahun-tahun yang lalu kerana dia mahu di sana untuk membuka kedai perabotnya, ini adalah idea yang sangat buruk...sekarang kumpulan India di Taman Daya tahu siapa yang membuatnya, Datuk Yip ini akan takut tinggal di kepong, sekarang ada samseng atau samseng (kepong) lawan dia sebab dia tak pernah bagi duit untuk service charge (ramai orang kata)

    Dia mencipta dirinya seperti orang rohani tetapi dalam fikirannya seperti hantu untuk menghisap darah semua orang, kawan-kawannya juga dia menipu...ramai orang menderita kerana Datuk Yip menggunakan polis dan samseng (samseng) untuk mengganggu mereka yang menentangnya, hari ini ramai orang tahu siapa yang teruk di Kepong

    Nombor kedua yang dicipta ialah Simon Low Kok Meng (Taman Daya, kedai perabot Datuk yip berdekatan) Simon Low Kok Meng ialah abang ipar dan pengawal peribadi Datuk Yip atau keselamatan dan pengintip.... Simon Low ini lebih kepada drama lakonan. (Depan adalah kawan yang sangat baik tetapi belakang seperti hantu besar)

    Saya Encik Lim dan kewarganegaraan saya adalah warganegara Malaysia (komuniti Cina dan ahli MCA) dan saya adalah pengasas Kuil Buddha Samnak Sambodi bersama Guru saya di Taman Ehsan dan berpindah ke Taman Desa Jaya, berhampiran Taman Daya, Kepong kerana kami sudah mengenali masing-masing. lain, apa yang berlaku kepada Kuil (Samnak Sambodhi)

    Datuk Yip Kum Fook juga teruk kerana apa-apa berlaku atau sedikit masalah juga maklumkan kepada polis dan samseng, jika anda seorang peguam yang tahu undang-undang tidak perlu menghubungi polis dan samseng(samseng) menyelesaikan masalah (beberapa perkara juga hubungi polis, kadang-kadang polis tidak ada masa untuk anda (Datuk Yip faham!)

    Sila kongsi dengan semua orang untuk melindungi dan menyelamatkan MCA dan Buddha Dhamma
    Lim dan rakan-rakan….Kepong
    Translated by Vira….Kepong

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post