Pembantu Pegawai Khas EXCO Pulau Pinang Direman SPRM

GEORGETOWN: Tiga individu termasuk pegawai khas EXCO Pulau Pinang direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung dakwaan mengemukakan tuntutan palsu berkaitan satu program penjaja membabitkan nilai suapan lebih RM80,000.

Perintah reman sehingga 12 Februari itu dikeluarkan Majistret R Manomani selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat permohonan itu, pagi tadi.

Siasatan terhadap pegawai khas EXCO berusia 42 tahun itu serta dua lagi individu dilakukan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Difahamkan, kesemua individu terbabit termasuk pembantu pegawai khas EXCO dipercayai mengemukakan butiran palsu berkaitan pembekalan peralatan, membabitkan enam syarikat sedangkan program pada 2020 berkenaan tidak dilaksanakan.

Terdahulu ketiga-tiga individu termasuk seorang wanita tiba di pekarangan mahkamah pada 10.15 pagi dengan berpakaian lokap SPRM.

Sementara itu, peguam M Puveneswaran yang mewakili pegawai khas berkenaan berkata, lelaki terbabit mengaku di hadapan majistret bahawa dia masih menerima gaji sebagai pegawai khas.

Semalam, SPRM Pulau Pinang menahan enam individu dipercayai mengemukakan tuntutan palsu berkenaan.

Difahamkan, keenam-enam individu termasuk tiga lelaki berusia antara 25 hingga 50 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Pulau Pinang.

Bagaimanapun, tiga individu dilepaskan dengan jaminan SPRM dalam tempoh 24 jam.

Sementara itu, Pengarah SPRM Pulau Pinang, Lim Bee Kean ketika dihubungi mengesahkan tangkapan dan kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 lapor Berita Harian

Bagaimanapun laporan dari Utusan mengatakan individu yang didakwa sebagai pegawai khas EXCO Pulau Pinang adalah Pembantu Pegawai Khas, berikut adalah sebahagian dari laporannya..


GEORGETOWN: Seorang pembantu pegawai khas Exco Pulau Pinang berusia 42 tahun antara tiga individu yang ditahan reman selama empat hari bermula hari ini kerana disyaki mengemukakan tuntutan palsu berkaitan satu program membabitkan golongan penjaja melibatkan nilai rasuah lebih RM80,000.

Perintah reman sehingga 12 Februari ini terhadap lelaki berkenaan serta dua lagi iaitu masing-masing lelaki dan wanita itu dikeluarkan Majistret R. Manomani di Mahkamah Majistret di sini selepas pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat permohonan tersebut pagi ini.

Kesemua tertuduh itu merupakan antara enam individu masing-masing tiga lelaki dan tiga wanita berusia antara 25 hingga 50 tahun yang ditahan di pejabat SPRM Pulau Pinang berhubung kes itu petang semalam.

2 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Salam kenal saya dari gacorteros.com, saya telah membaca artikel yang Anda tuliskan ini dan saya terkesan. Anda sangat mempunyai bakat dalam menuliskan artikel, saya harap Anda tidak berhenti menulis artkel seperti ini

    ReplyDelete
  2. Sila kongsi dan majukan kepada semua rakan-rakan

    Kami ingin memaklumkan kepada semua tentang YIP KUM FOOK, presiden KUIL BUDDHA SAMNAK SAMBODHI, Taman Desa Jaya, Kepong, YIP KUM FOOK tidak pernah memalukan orang ramai tentang beliau selalu berbohong, menipu, menghina ajaran Buddha, dll.

    Baru-baru ini ramai yang memperkatakan tentang perwatakannya, sebelum ini dia seorang pemandu lori yang menghantar perabot ke mana-mana, kemudian dia belajar kursus undang-undang di beberapa universiti tetapi kita tidak tahu dia belajar kursus atau tidak kerana dia tidak tahu undang-undang, dia menipu orang. dimana - mana. dan bagaimana peguam boleh menipu orang tanpa rasa takut pada undang-undang

    Harap semua orang harus mengambil berat tentang nama ini YIP KUM FOOK (PEGUAM ATAU MCA GOMBAK PENGERUSI DAN PRESIDEN KUIL BUDDHA SAMNAK SAMBODHI), juga perlu dikongsi dan dimajukan kepada semua. Jika tersilap langkah, anda akan kehilangan segala-galanya, lelaki atau YIP KUM FOOK ini sangat bahaya dan anaknya (YIP JIUN HANN) juga yang paling bahaya.

    Oleh KOK MENG, KEPONG

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post