Zuraida Dah Kena Removed Dari Group WhatsApp MPT Bersatu?

Semalam sidang media selepas menghadiri program Jelajah Penerangan Isu Semasa di Kampung Parit Haji Ali di Muar, Ketua Penerangan Bersatu Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, sehingga kini Zuraida masih lagi bersama-sama dengan Bersatu.

"Pelbagai spekulasi mengenai Zuraida dan pandangan saya sebagai Ketua Penerangan parti, saya berpendapat isu (spekulasi berkenaan Zuraida keluar Bersatu dan menyertai PBM) dibincang dalam mesyuarat kita (dan isu berkenaan) kekal dalam mesyuarat (tidak dihebahkan).

"Lebih baik kita tunggu pengumuman rasmi daripada parti kalau ada apa-apa, kalau tiada sebaiknya kita pastikan Perikatan Nasional (PN) menang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor," katanya lapor Kosmo.

Bagaimanapun hari ini satu laporan dari Utusan Malaysia mengatakan Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin disingkirkan daripada kumpulan WhatsApp Maj­lis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

Berikut adalah laporannya..

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin disingkirkan daripada kumpulan WhatsApp Maj­lis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) ekoran kontroversi yang melanda pemimpin tersebut.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, sumber berkata, kumpulan WhatsApp itu dianggotai lebih 30 ahli MPT termasuk Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Kumpulan WhatsApp ini terdiri daripada Presiden sehingga ke bawah, ini bagi mengelakkan rahsia parti diketahui Zuraida. Dia dikeluarkan daripada ‘group’ pada keesokan harinya selepas mesyuarat MPT Bersatu.

“Semua yang ada dalam mesyuarat itu bersetuju de­ngan tindakan untuk keluarkan Zuraida, sebab kita tidak mahu ada watak-watak yang tidak setia dengan parti,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Bagaimanapun, jelas sumber, tiada respons daripada Zuraida sendiri setelah namanya dikeluarkan daripada kumpulan WhatsApp tersebut.

Utusan Malaysia cuba mendapatkan respons daripada Zuraida namun panggilan ma­suk ke peti suara, malah Whats­App juga tidak berbalas.

Difahamkan, tindakan memecat Zuraida mendatangkan dilema kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) kerana sebarang tindakan diambil oleh beberapa ahli Parlimen khususnya Bersatu boleh mengakibatkan kerajaan sedia ada tergugat dan kemungkinan tumbang.

Zuraida sebelum ini merupakan Naib Presiden PKR dan kini merupakan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi.

Beliau dipecat daripada parti pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim berikutan peranannya dalam Langkah Sheraton yang menyebabkan kejatuhan kerajaan PH, dua tahun lalu.

Sementara itu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menegaskan beliau tetap setia kepada Bersatu yang diketuai Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sumber memberitahu Utusan Malaysia, walaupun Mohamed Azmin tidak dituduh terlibat dengan PBM, ahli MPT Bersatu itu tanpa diminta menegaskan dia tetap setia kepada Bersatu.

“Tidak ada siapa pun mempersoalkan, tetapi dia sendiri menyatakan kesetiaan bukan sekali, tapi tiga kali. Dia bercakap secara terang-terangan menyatakan kesetiaan kepada Bersatu, yang terbaharu dalam mesyuarat MPT baru-baru ini.

“Beliau menafikan ada kaitan politik dengan Zuraida dan luahannya itu supaya tidak ada mana-mana pihak yang syak wasangka dengan niat dia menyertai Bersatu, semua orang tahu dia daripada PKR kan,” katanya ketika dihubungi semalam.

3 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Seorang ahli perniagaan ( bukan ahli perniagaan pun org org Cina ni lebih pada Tokey judi online dan along lah , jangan nak puji puji sgt lah org Cina pandai berniaga dan maki hamun org Melayu tak tau berniaga) yang didakwa memukul dua pengawal peribadinya kerana berpuasa dijangka menghadapi tujuh pertuduhan di Mahkamah Majistret Klang dan Kuala Lumpur esok..AMIN

    Ingat lagi tokey judi yang larang pekerja berpuasa dan dibawa ke mahkamah tanpa digari dan pakai baju jenama Polo dolu dolu tu...!! AMIN

    Masa kejadian tu tokey judi ni pi mahkamah tak bergari pakai baju jenama Polo siap anggota Polis tabik pada Cina tongsan ni lagi..AMIN

    Masa tu ex IGP lantikan Tun yang jadi Ketua Pulis Negara..AMIN.. puiii..!!

    Tuduhan itu berkaitan mendatangkan kecederaan, intimidasi jenayah dan menghina Islam. AMIN

    Harap harap tokey judi dan along ni tak lesap. Maklum lah kalau ex IGP lantikan Tun Mahathir lagi jadi IGP peluang nak lesap tokey judi ni agak cerah macam lesap nya Datuk Nikky, Jho Low dan Justo...AMIN

    Lelaki berusia 44 tahun itu akan mengadapi lima tuduhan di Klang dan dua lagi di Kuala Lumpur. AMIN AMIN ya Rabbil Alamin..!!

    Pembantunya, yang sudah didakwa dengan dua tuduhan, juga akan dihadapkan ke mahkamah di Klang..AMIN

    Dua pengawal peribadi dilarang berpuasa mendakwa mereka dipukul di belakang badan dengan rotan oleh majikan mereka dan seorang lagi pekerjanya... AMIN

    Tahniah PDRM di bawah IGP yang baru.. mintak mintak jangan lesap lagi udah ler... AMIN

    Harap harap hakim jatuhkan hukuman berat bukan sekadar denda saja.. Mintak dijauhkan lah yer..

    KHALAS..


    kah kah kah..

    ReplyDelete
  2. Dulu kau bergembira khianati rakan seperjuangan parti sendiri. Kemudian durian runtuh dapat jadi menteri pula dgn meraih gaji/elaun berpuluh ribu sebulan. Skrg ke mana kau nak lari? Parti baru pun tak ada masa depan. Siapa lagi yang akan terima kau zuraidah? KARMA.......

    ReplyDelete
  3. Amerika Syarikat is a great country

    https://youtu.be/qHixc-QAhZQ

    Siapa rasa Malaysia korup dan tak selamat sila pindah ke USA situ kan semua ada pejuang hak asasi dan human right..

    https://youtu.be/qHixc-QAhZQ

    link ni hah USA is great hak asasi manusua.!!

    Pada Mat Salleh dan mat saleh celop yg stay di Malaysia dangan nak memandai memantat memuki cakap itu ini pada negara ini....

    Kau tinggal sini ikut Rules Of Malaysia...

    KHALAS

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post