11,000 Ahli PKR Dipecat Selepas Langkah Sheraton

 


PETALING JAYA: PKR memecat 11,000 ahli yang ada kaitan dengan “Langkah Sheraton” membabitkan bekas Timbalan Presidennya, Mohamed Azmin Ali yang menyaksikan kerajaan Pakatan Harapan selama 22 bulan tumbang pada 2020.

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata, Lembaga Disiplin parti terpaksa bekerja lebih keras untuk membersihkan ahli yang bersekongkol dengan kumpulan “khianat” PKR itu. 

“Saya masih ingat dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR selepas Langkah Sheraton panas, kalau mesyuarat tiga jam, dua jam bincang laporan Lembaga Disiplin, tapi sekarang tidak ada lagi.

“Kalau dulu beribu laporan Lembaga Disiplin kita terima, merangkumi pelbagai, ada yang diberi surat tunjuk sebab, peluang bela diri dan dibenar membuat rayuan dan sebagainya,” katanya dalam wawancara “Pemilihan PKR 2022: Apa anggota perlu tahu?” malam ini.

Sehubungan itu, katanya, MPP memutuskan mana-mana ahli PKR yang terbukti ada kaitan dengan Langkah Sheraton akan dipecat secara automatik.

Saifuddin bagaimanapun mengakui pemecatan 11,000 ahli itu memberi kesan kepada PKR. 

“Pada saya, ahli sangat berharga sebab kita tahu, nak orang masuk PKR ini payah.

“Siapa nak masuk PKR? Risikonya, ada yang kena buang kerja, kalau berniaga hilang kontrak, kalau suami tak diganggu, isteri pula ditukar tempat kerja, terima ugutan. Payah nak jadi ahli, jadi kesannya 11,000 ahli keluar parti ini besar.”

Mengenai pemilihan PKR yang akan diadakan Mei ini, Saifuddin berkata, ia bagi mengisi kekosongan jawatan ditinggalkan bekas pemimpin yang melompat parti bagi menghadapi pilihan raya umum ke-15.

“MPP buat keputusan kita perlu segera mengadakan pemilihan untuk mengisi struktur kepimpinan parti yang ditinggalkan untuk bawa parti mendepani PRU.” ~ FMT 

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post