Skandal 1MDB tidak pernah menjemukan pembaca. Selain membawa keruntuhan kerajaan Barisan Nasional ketika Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 2018, ia juga turut membawa aib kepada ramai orang yang terpalit dengan rompakan wang rakyat Malaysia terbesar di dunia dianggarkan AS$6.5 bilion (lebih RM26 bilion).
Ceritanya (plot utama) ialah mengenai tiga lelaki berkelulusan tinggi, memegang jawatan menjadi idaman ribuan orang, bersekongkol dengan beberapa pemimpin politik dan pentadbir awam dan swasta merompak wang pelaburan rakyat Malaysia.
Oleh kerana mereka tidak bermoral dan percaya wang menguasai semua, cerita-cerita sampingan (sub-plot) di mana personaliti berkait dengan watak-watak utama turut menggemparkan cerita berepisod ini.
Itulah yang berlaku sekarang.
Jalan ceritanya ialah bagaimana seorang pemimpin negara bersekongkol dengan tiga lelaki merompak berbilion wang rakyat Malaysia.
Plot utamanya ialah bagi pemimpin negara itu, wang diperlukan untuk menjamin kesinambungan kuasanya.
Sementara tiga lelaki berkenaan, wang untuk merasai segala yang diidamkan: rumah mewah, pesta hangat bersama arak, wanita dengan artis-artis Hollywood terkemuka, dan hubungan sulit dengan wanita-wanita ternama.
Di antara tiga lelaki itu, dua adalah rakyat Malaysia – Roger Ng (bekas ketua pelaburan perbankan Goldman Sachs Malaysia), Low Taek Jho atau Jho Low (dalang yang rapat dengan pemimpin negara) – dan seorang warga Jerman Timothy Leissner (pengerusi Goldman di Asia Tenggara).
Turut menghiasi plot sampingannya ialah bagaimana watak-watak di ibu pejabat bank pelaburan berprestij itu, penasihat serta pengurusan kanan 1MDB diarah oleh pemimpin negara dan tiga lelaki mempengaruhi mereka agar memilih bank pelaburan tersebut bagi mengatur penjualan bon (sekuriti pelaburan di mana seseorang pelabur meminjamkan wang kepada 1MDB bagi tempoh tertentu untuk mendapatkan bayaran faedah tetap. Apabila matang, 1MDB akan pulangkan kesemua wang pinjaman kepada pelabur).
Latar belakang drama yang menggemparkan dunia ini mengelilingi dunia: Kuala Lumpur, Singapura, London, Las Vegas, New York dan Festival Filem Cannes, Perancis.
Semuanya adalah kota raya terkemuka dunia di mana wang adalah raja.
Cerita bermula di mahkamah persekutuan Amerika di New York di mana Ng dituduh melanggar Akta Amalan Rasuah Asing (FCPA) yang melarang syarikat dan rakyatnya, serta bukan negarawan melakukan rasuah dan pengubahan wang haram melalui sistem kewangannya.
Ng, yang diekstradisi ke Amerika (tindakan Malaysia membenarkan dia menjalani perbicaraan di sana atas dakwaan telah melakukan jenayah mengikut perjanjian penguatkuasaan undang-undang bersama), didakwa memberi rasuah pegawai-pegawai di luar negara, memintas kawalan perakaunan, dan pengubahan wang haram, di samping menyelewengkan AS$35 juta (hampir RM146 juta) wang rakyat Malaysia daripada jualan bon 1MDB.
Jho Low, yang turut didakwa bersama Ng sejak 2018 masih belum ditangkap oleh pihak berkuasa Amerika dan Malaysia. Pihak Malaysia berkata dia dilihat di China, tetapi Beijing menafikannya.
Dari perbicaraan itu, pembaca digemparkan oleh Leissner bahawa dia telah melakukan hubungan sulit dengan beberapa wanita ketika bertugas di Goldman Sachs. Lebih dari tiga wanita Malaysia dikatakan ada hubungan sulit dengannya. Setakat ini, hanya Datuk Rohana Rozhan, bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat media Astro Malaysia Holdings Bhd telah disebut dalam perbicaraan.
Bagaimanapun, Leissner kemudian berkahwin dengan bekas supermodel dan personaliti TV Amerika Kimora Lee Simmons.
Perkahwinan ini juga menggemparkan. Dia mengaku telah dua kali berkahwin dengan dua wanita serentak atau dalam masa yang sama. Ini dilakukan apabila dia memalsukan surat cerai bagi memudahkan dia berkahwin dengan Kimora pada 2014.
Ketika itu dia adalah suami sah Judy Chan.
“Saya palsukan surat cerai itu menggunakan photoshop,” katanya.
Dia juga memberitahu juri dokumen cerai itu dipalsukan ketika berkahwin dengan Judy Chan di Hong Kong pada 2000.
Kenyataan kedua yang menggemparkan ialah dakwaan Leissner bahawa Bank Negara Malaysia (BNM) meluluskan pemindahan AS$1 bilion (kira-kira RM4 bilion) wang pertukaran asing dalam sehari daripada akaun 1MDB ke PetroSaudi International setelah suami gabenor bank pusat itu Zeti Akhtar Aziz menerima rasuah.
“Anda perlu tahu pada 2009 Malaysia masih ada kawalan kewangan yang memerlukan pelaburan sebesar itu meninggalkan negara wajib diluluskan oleh Bank Negara.
“Satu bilion dolar telah diluluskan dalam sehari dari Malaysia ke syarikat usahasama itu dan ia berlaku kerana suami gabenor Bank Negara telah menerima rasuah. Jadi, dalam sehari sahaja wang tersebut dipindahkan, dan ia tidak pernah dilakukan pada masa itu,” dakwanya.
Bagaimanapun, November lalu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan kira-kira RM65 juta daripada dana-berkaitan 1MDB yang dipegang oleh syarikat milik Tawfiq Ayman, suami Zeti, telah dipulangkan.
Kenyataan ketiga sama hebat ialah dakwaan Leissner bahawa dia dan Ng berjaya menarik pelaburan AS$3 bilion (lebih RM12 bilion) untuk 1MDB dari penjualan bon ketiga – dirujuk sebagai Projek Catalyze. Jho Low memberitahunya bahawa wang itu akan digunakan untuk membiayai PRU 2013.
Dakwaan tersebut telah mendesak setiausaha agung DAP Lim Guan Eng di Dewan Rakyat supaya SPRM menyiasat bekas perdana menteri Najib Razak mengenainya.
Leissner memberitahu mahkamah AS bahawa dia secara peribadi menemui Najib dan berurusan dengan setiausaha-setiausaha peribadinya.
Leissner adalah bekas majikan Ng yang menjadi saksi pendakwaan setelah mengaku salah pada 2018 di mahkamah atas tuduhan konspirasi pengubahan wang haram dan melanggar FCPA.
Beliau turut mengaku memberi rasuah kepada pegawai-pegawai Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu untuk melicinkan urusan penjualan bon oleh Goldman Sachs.
Mahkamah AS telah mengarahkan Leissner membayar denda hampir AS$44 juta (kira-kira RM180 juta) serta jaminan akan dipertimbangkan hukuman ringan.
Inilah tragedi apabila syarikat pembangunan strategik kerajaan 1MDB disalahguna oleh pemimpin Barisan Nasional dan pengurusan yang dipilih untuk memperkayakan diri sendiri dan parti yang amalkan rasuah.
Tragedinya, 1MDB yang merupakan dana untuk memperbaiki kehidupan rakyat kini menjadi beban hutang melebihi RM42 bilion yang perlu ditanggung oleh rakyat dan anak cucu mereka.
Bahkan, pada waktu itu, ada juga mangsa akibat skandal terbesar pemimpin Barisan Nasional itu – bekas ketua peguam negara Abdul Gani Patail diberhentikan dengan cara yang amat kasar sekali.
Begitu juga bekas ketua pesuruhjaya SPRM Mohd Shukri Abdull yang diancam dibuang kerja, bersara awal, dipindah ke jabatan latihan, dan peluru dihantar ke rumahnya ketika dia menyiasat kes 1MDB.
Inilah balasan dosa Barisan Nasional, terutamanya pemimpin Umno.
Menjelang PRN Johor ini, ambillah iktibar kerana pemimpin-pemimpin kluster mahkamah yang terlibat dengan 1MDB ingin kembali semula. Jangan pengundi tertipu lagi.
Kebenaran betapa buruknya rasuah 1MDB adalah benar, beban berbilion ringgit ditanggung rakyat juga benar.
Perbicaraan di mahkamah AS adalah perlu bagi membuktikan kebenaran ini.
Asal tulisan dari
SINI
Kerja Zety yang khianat bersama Jho Low Bossku seorang yang dipersalahkan..!!
ReplyDeletePerilaku agensi dan badan berkuasa terhadap Bossku pada kes 1MDB dan SRC telah menjadi kayu pengukur kepada rakyat Malaysia.
Dengan pembuktian baru, bahawa banyak maklumat serta bukti di sembunyikn dari “defense team” seperti dalam laporan Polis Bossku maka kes boleh menjadi persoalan menghukum tanpa perbicaraan lengkap dengan bukti yang disembunyikan.
Sejumlah RM700 yang masuk kedalam akaun milik keluarga Zeti hanya dapat di serah semula oleh SPRM sebanyak RM65 juta sahaja.
Ke mana baki wang sebanyak RM635 juta itu di salurkan? Adakah masuk kedalam akaun sulit atas nama orang lain di luar negara?
Ada kah orang itu seperti yang ramai syaki ia itu tidak lain dan tidak bukan individu sama yang melantik Zeti ? Tun Mahathir dan pihak musuh mahu pergunakan kes Bossku sebagai alat PRU15.
Maka Kes Keluarga Zeti boleh di jadikan alat kepada BN/UMNO untuk counter kepada Tun Mahathir dan pihak lain, bahawa punggung nya juga gelumang taik dan harus henti berkokok meratib bossku bossku..!!
Ini menjadi ‘precedented’ dan contoh untuk rakyat bertanya bila akaun bank dan harta keluarga Tan Sri Zeti Akhtar akan di ambil Tindakan kerana contoh telah pun ada pada kes Bossku.
'Unsuspecting’ rakyat akan hanyut pada permainan fitnah jijik persepsi dari pihak kerajaan dan fitnah jijik Mahathir konon konon nya ini lah hasil curian .
Namun , setelah 7 PRK dan 2 PRN, verdict hakim rakyat tetap Najib tidak bersalah. Verdict hakim rakyat di PRN Bangsa Johor mengesahkan pula kali ini..!!
Pada kejadian di bulan Ramadhan , kerajaan Tun Mahathir secara gelojoh dan tidak menyempat telah menghantar Polis dan lori lorinya untuk mengeledah rumah mantan Perdana Menteri seolah olah tiada esoknya.
Kerana kes direka untuk menunjuk kan Bossku telah merompak harta rakyat , maka drama membawa lori pikul harta keluar dari rumah Bossku mesti dimainkan demi persepsi fitnah jijik dan drama meloyakan.
Momentum kebencian mesti dimainkan terlebih dahulu supaya yang membenci tidak lagi dapat berfikir benar atau tidak.
Hakim empat orang dari kerajaan Tun Mahathir tidak dapat menandingi jutaan hakim rakyat yang tetap memberi kemenangan kepada Barisan Nasional dimana Bossku turun berkempan. PRN Bangsa Johor akan menambah momentum memihak pada Bossku..
Kemunculan isu baru dan penemuan bukti baru, pada kes 1MDB dan SRC , Tun Mahathir pula lari lintang pukang sembunyi belakang nasihat doktor. Mahathir gelabah cemas takut menjadi faktor kekalahan PEJUANG dan seangkatan dengan nya atas sebab faktor faktor bawaan Mahathir.
Isu Pulau Batu Puteh , Isu loan dari tiga bank Melayu yang tidak ada cagaran kepada pembeli kapal Equanimitty , ia itu Genting Berha.
Terkini, isu Tan Sri Zeti Akhtar kroni rapat Tun Mahathir dan Tun Daim telah di umum secara sah dalam mahkamah di Brooklyn sebagai menerima rasuah dari Jho Lo dan Tim Leissner.
Syarikat kroni Tun Mahathir dan bekas CEO Astro Rohana Rohzan di maklumkan oleh SPRM telah di siasat dan di beku akaun dan aset nya.
Kenapa SPRM sepantas kilat bertindak dengan laporan baru tetapi masih merangkak macam 'cifut babi' untuk lakukan perkara sama terhadap laporan lebih lama dan awal terhadap Zeti?
Undang undang apa di guna pakai Ketika pekenakan Bossku dan undang undang apa yang di gunapakai untuk tidak bertindak terhadap keluarga penyamun Zeti?
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteBN parti korupsi
ReplyDeletePN pun korup juga.
Undilah PH TAPI jangan bagi Atok campur tangan dlm urusan PH. Suruh dia pi main jauh2.
Kami tak akan undi ph atau rangkaian parti bekas ph spt pujaWang kerana gerenti tidak stabil dan bermasalah.
DeleteSemua nak jadi abang besar dan berebut menjarah harta negara.
Maaf, pru14 telah kami siapa kaki kencing dan perompak sebenar. Siapa yang menyalahguna kuasa dan korup dalam mentadbir negara.Siapa yang mendaulatkan proksi dan kroni selepas pru14. NOKTAH!!!
Bukti dan fakta tidak mampu disangkal.
Kerajaan stabil keutamaan rakyat.
Kalau ph/pn/pujaWang hebat dan berketrampilan rasanya tak perlu kempen sangat gerenti menang besar seperti pru14.
Tak perlu salahkan 1mdb.Skandal 1mdb pon baru2 ini terbongkar meluas yang rupanya disembunyikan kerajaan ph dan atok.
Salahkan diri sendiri kerana kaki kencing, perasuah, perompak dan salahguna kuasa. NOKTAH!!!
Anon 1.04 pm. Awak terus undi parti KORUP BN dan PN. Tak lama lagi anak cucu cicit awak akan makan pasir, INSYA ALLAH
ReplyDeletePh tak ada korup????!!
Delete22 bulan jadi kerajaan...101 projek runding terus tanpa tender bernilai lebih rm6billion diluluskan oleh kerajaan ph. Baru 22bulan..belum 22tahun.Minta 10% lagi dari nilai projek.
Makan pasir?!
Ph janji tarak tol lepas pru 14 tapi poraaah. Rakyat dapat tolOL.
ReplyDeleteKahkahkahkahkahkahkahkahkahkah...
Siapa nak pi penang ada 3 alternatif untuk ke pulau. 2 dengan jambatan. 1 dengan terowong bawah laut.
Terowong digunakan hanya untuk para bingai pencacai ph yang ada kad vvip kencing hanceng. Kad diberi free...
Kahkahkahkahkahkahkahkahkahkah....
Siapa nak belajar free boleh masuk universiti para tongong ph. Tarak ptptn. Free....
Kahkahkahkahkahkahkahkahkahkah....
Siapa nak minyak rm1.50 boleh pi stesen minyak ph lee wat. Seliter rm1.50 jer. Boleh isi penuh dengan kad vvip tongong ph. Kad diberi percuma asal sanggup kena kencing.
Kahkahkahkahkahkahkahkahkahkah....
Siapa nak beli barang penuh 1 troli dengan rm50 boleh minta kad vvip tongong ph. Kad diberi percuma asal sanggup kena kencing....
Kahkahkahkahkahkahkahkahkahkah....
Siapa tak nak kena cukai gst boleh pilih sst ciptaan kerajaan ph tolol. Gerenti barangan kurang 50% diskaun. Kad diskaun diberi percuma asal sanggup kena kencing hanceng....
Kahkahkahkahkahkahkahkahkahkah....
Siapa yang ingin kerajaan kacau bilau dan tidak stabil langsung boleh undi ph tongong. Prn johor ikut kepala bodo masing-masing. Guna simbol masing-masing. Kempen 24/7 memburukkan najib. Tiada modal lain.
Mereka ingat rakyat sama tahap bodo dengan mereka....
Kahkahkahkahkahkahkahkahkahkah.....
Najibphobia mengusarkan Tun Mahathir dan walaun, pencacai Tun serta sekutunya"
ReplyDeleteDiwaktu hendak menjatuhkan Perdana Menteri Tuanku Abdul Rahman pun , Mahathir hanya menulis satu surat sahaja. Satu Malaya surat Tun dijaja dengan pantas.!
Kini Tun telah pun menulis surat ke Empat (saya ulangg..!!) dalam siri kempen nya untuk PRN Johor. PRN Bangsa Johor dan rakyat Malaysia buat bodoh jer dengan surat Tun itu.
Tun jangan tulis surat lah benda tu dah ketinggalan zaman guna surat2 nih Tun...baik tulis dlm email atau blog... kan senang.. kikiki
Najib bukan calang calang pemimpin di mana sudah jatuh dari jawatan Perdana Menteri, sudah didakwa dan di jatuh hukum oleh Hakim pilihan Mahathir , pun Mahathir masih tidak senang duduk.
Sebelah pagi hakim jatuh hukum Bossku bersalah tapi tak masuk penjara lagi, tengah hari pulak Tun keluar kenyataan tak puas hati dng kata penjenayah itu mungkin akan jadi PM jika tidak dipenjara secepat mungkin... Kau dah kenapa Tun..Mencipan Gelabah nya orang tua ni..!!
Dulu Mahathir jerit DAP Rasis, DAP merbahaya, sesiapa Melayu yang undi DAP ada lah pengkhianat. Namun akhir nya Mahathir sendiri menjilat jadi barua DAP.
Ada sesuatu yang menakutkan Mahathir berkenaan Najib Razak jika dia bangkit semula.
Ada orang kata , Najib tahu sesuatu yang orang lain tidak tahu tapi tidak boleh di dedahkan tanpa kuasa.
Tujuh tahun Tun Mahathir meratip kisah 1MDB dan rakyat telah terpedaya dengan kisah nya, kini rakyat tidak lagi boleh di paksa mempercayai selama nya dengan penemuan banyak bukti baru dan pendedahan terkini.
Malah Ketika kes 1MDB berlangsung pun rakyat menolak Mahathir dan kuncu kuncu dengan penangan 7-0 di PRK dan 2- di PRN.
Ini melambangkan betapa rakyat sudah tidak mahu mendengar apa apa nasihat dari Mahathir lagi. Nasihat 'bullshit' sesuai untuk walaun dan pencacainya saja bukan untuk rakyat..!!
Kemaraan Bossku menggusarkan Mahathir sekaligus menunjuk kan rakyat sudah jemu dengan politik Mahathir umpan kebencian untuk rakyat tetapi apabila sudah berkuasa, rakyat yang mengundi di pandang hina di seru ikat perut dan jangan iri hati kepada orang kaya.
PRN Johor begitu mengerunkan Mahathir jika ambil kira telah menulis surat buat kali ke 4. Tulis lah surat yang ke seratus sekali pun, tiada siapa peduli dengan Mahathir..!!
Atok sembang bab rasuah seolah-olah dia suci....
Delete22 tahun 22 bulan yang kaya mendadak adalah anak, waris, proksi dan kroni.
Sampai bila negara dikuasai oleh mereka?
Rakyat sedar atok terlalu takut mati jika melihat najib berkuasa semula.
Biar orang lain jadi boneka asal bukan najib.
Mereka sedar selama najib menjadi pm, legasi mereka sukar mendapat projek2 mega dan bailout seperti zaman atok(buat wang dan harta negara macam bapak dia punya).
Cuba perhatikan sebaik sahaja ph menang pru14.
Projek keretapi laju ecrl kl/kelantan dan hsr kl/singapore dibatalkan.
Senyap2 ada yg diambil oleh kroni dan kos jadi meningkat.
Ada yg diubah jajaran demi mendaulatkan kantung kroni dan dibayar pampasan secara percuma kpd singapura. Jelas mangkuk2 tersebut setia menjadi hamba kpd kroni asalkan kantung menebal. Rasuah dan salahguna kuasa berleluasa.
Projek mega pandangan jauh kerajaan bn bawah najib tanpa kroni telah difitnah dan sekarang yang untung kroni2 para mangkuk yg tamak.
Begitu juga aset dan harta negara yg dilelong. Siapa pembeli individu?
Kenapa orang kafir boleh membeli aset tabung haji?
Tak ada ker individu/syarikat melayu islam yang mampu?
Kenapa tiada perbahasan di dewan tentang lelongan?
Rakyat musykil dan berpendapat atok dan konco2 nya melakukan salahguna kuasa dan ada unsur rasuah selepas pru14.
Maka, jika gagal menang prn johor atau pr15 jangan salahkan najib atau 1mdb.
Memang benar nepotisme dan kronisme berunsur rasuah dan salahguna kuasa akan menghancurkan negara.
DeleteMonopoli projek dan menaikkan kos luar biasa demi menguntungkan legasi akan memundurkan negara dan menyusahkan rakyat.
Contoh konsesi tol dan ipp swasta.
WAJIB DIHENTIKAN!!!!
Belum lagi projek yang gagal dan di bailout menggunakan wang rakyat dengan sewenangnya tanpa kelulusan dewan rakyat.
Semoga negara kita dijauhi oleh puak tamak ini buat selama-lamanya.
SAMA-SAMA KITA MENGHAPUS DAN MENGUBURKAN LEGASI TAMAK DARI MENJAJAH DAN MENJARAH NEGARA KITA!!!!
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!