Anwar Wajar Bersara Sebab Dah Gagal Banyak Kali?

KUALA LUMPUR: Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sewajarnya mempertimbangkan pendekatan sama seperti bekas Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang bersara daripada politik.

Ini kerana beliau dilihat gagal dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di Sabah, Sarawak, Melaka dan Johor, malah dakwaan beliau mempunyai sokongan kukuh serta meyakinkan daripada ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan baharu menggantikan Perikatan Nasional (PN) tidak pernah menjadi kenyataan.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Hisomuddin Bakar berkata, meskipun akar umbi dilaporkan masih memerlukan khidmatnya dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), Anwar sudah sepatutnya berundur setelah kredibilitinya sebagai Ketua Pembangkang dipertikai.

“Berdasarkan kajian kami pada PRN Melaka dan Johor, tahap penerimaan rakyat di dua negeri ini sangat rendah. Melihat pada populariti beliau, nisbahnya dikatakan sebagai pudarnya karisme Anwar. Pemikiran beliau sudah tidak setajam dahulu dalam memimpin parti.

“Adalah munasabah untuk rakan-rakan parti Pakatan Harapan (PH) melihat hal ini kerana faktor pemudaran kepimpinan beliau disebabkan beberapa kekhilafan dalam membuat keputusan untuk PKR dan PH, yang menyebabkan rakyat yang pernah mengundi mereka dahulu sudah tidak lagi menyokong,” katanya ketika dihubungi semalam.

Bagaimanapun, kata Hisomuddin, pandangan mungkin berbeza pada ahli-ahli PKR yang masih memerlukan Anwar mengemudi parti dan seluruh pembangkang di negara ini, walaupun wujud tekanan supaya beliau tidak lagi mencampuri urusan politik.

“Saya yakin, ahli PKR masih melihat kepemimpinan beliau diperlukan dan saya tidak menolak jika Anwar masih kekal sebagai calon Presiden,” katanya.

Pada 23 September 2020, Anwar mendakwa kerajaan PN ketika itu ditadbir bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah tumbang selepas memperoleh majoriti kukuh dan meyakinkan membentuk kerajaan baharu.

Hingga satu tahap, beliau mengemukakan jumlah ahli Dewan Rakyat kepada Istana Negara tanpa sebarang nama, bagaimanapun, jumlah sokongan tersebut masih tidak diketahui sehinggalah Ismail Sabri dilantik menjadi Perdana Menteri baharu manakala impian Anwar menyandang jawatan nombor satu negara belum kesampaian.

Tidak cukup dengan itu, PKR gagal mendapat sebarang kerusi pada PRN di Sarawak dan Melaka, manakala hanya menang dua kerusi di Sabah dan satu kerusi DUN di Johor.

Sementara itu, Pensyarah Kanan Sains Politik, Universiti Sains Malaysia, Prof. Dr. Sivamurugan Pandian berpandangan, selagi majoriti Bahagian PKR secara konsensus memilih supaya Anwar bertahan, beliau wajar untuk berada di kedudukannya sekarang.

Jjika Bahagian PKR menolaknya, kata beliau, Anwar perlu membuat keputusan dirasakan terbaik termasuk berundur daripada parti.

“Barangkali belum ada lagi pemimpin mampu mengisi kedudukan Anwar, walaupun alami beberapa kekalahan pilihan raya. Kita pernah sahaja melihat parti-parti lain kalah, tapi pemimpinnya masih belum berundur.

“Jadi, pilihan raya sahaja belum cukup dijadikan asas melainkan pemimpin itu rasa bertanggungjawab mengambil keputusan ini. Rasanya beliau tidak perlu berundur selagi ahlinya sendiri tak meminta untuk Anwar berbuat demikian,” katanya. – UTUSAN

1 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Rafizi jadi kuda kayu dan jurucakap Tun..!?

    Dari sudut Najib nasihat ikhlas Bossku apa yang penting ada lah cara untuk selesai kan kamelut dan sisa sisa kumbahan syarikat anak Tun Mahathir dalam Sapura Energy.

    Sungguh berbeza cara orang ikhlas hendak membantu dengan orang yang mencari kesalahan tanpa ada niat beri solusi menyelesaikan masalah.

    Dalam hal ini Mahathir berdiam diri setelah menikmati kesemua dana dan keuntungan Sapura Kencana /Energy disapu oleh Mokhzani dan kroni nya.

    Sepatutnya Tun yang patut bising hal Sapura ini setelah sekian lama menyedut kekayaan Sapura sekian lama.

    Sepatut nya Tun Mahathir lah lebih “concern” dan empati dalam isu bekas syatrikat anak nya , namun semua orng tahu di kasa sudah tiada wang atau untung, Mahathir tidak akan masuk campur.

    Mahathir hanya muncul jika ada berbilion untuk di kekahkan.

    Rafizi, jika dia perasan bagus nak jadi hero rakyat dia sepatut nya menyindir Mahathir dan Mokhzani dan bukan nya Najib.

    PNB sudah ‘bailout’ Sapura Energy? Ini persoalan yang diajukan oleh waluncai dan mahacai Tun oleh Abdul Kadir Jasin.

    Jawapannya, memang benar ketika Mahathir jadi PM selama 22 bulan, PNB sudah ‘bailout’ Sapura Energy.

    Bermula tahun 2019 setelah PNB membeli kepentingan 40% untuk menjadi pemegang saham terbesar, masalah ini muncul satu persatu.

    Pengerusi PNB masa itu ialah Zety setelah berjaya mencuri duit 1 MDB sebanyak 700 juta bersama Jho Low melalui suaminya Taufiq Ayman.

    Rafizi kantoi kemaluan besar bila Bossku balas soalan Rafizi kenapa Bossku tidak bersuara semasa CEO Sapura bergaji juta juta ringgit masa Bossku jadi Perdana Menteri

    Sambil itu Tun Mahathir duduk diam diri dan atur langkah politik nya, hal seperti ini, di biarkan pihak lain selesaikan dan Rafizi tidak berani usik dan sentuh.

    Rafizi nampaknya jadi kuda kayu yang bercakap bagi pihak Tun Mahathir sekarang ini..

    KHALAS

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post