SHAH ALAM - Seorang pemimpin muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyifatkan spekulasi Naib Presiden parti itu, Rafizi Ramli bakal melakukan kemunculan semula dalam PKR hanyalah sebagai perkhabaran yang tidak memberi nilai tambah kepada parti.
Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Damansara, Syed Badli Shah Syed Osman berkata, perkara itu diperkukuhkan lagi dengan hakikat PKR tidak pernah menerima rekod peletakan jawatan Rafizi sebagai Naib Presiden parti itu yang dilantik sehingga kini.
Justeru, beliau menjelaskan secara teknikalnya Rafizi bukanlah layak dianggap membuat kemunculan semula dalam dunia politik jika berbuat demikian, sebaliknya lebih kepada tindak-tanduk seorang pemimpin yang baru 'terjaga dari lena' setelah sekian lama 'menghilangkan diri'.
"Bagi saya tiada istilah 'comeback' kepada Rafizi sekiranya beliau berbuat demikian kerana berdasarkan rekod parti, PKR tidak pernah menerima surat peletakan jawatan Rafizi.
"Justeru, beliau sebenarnya sudah diberi ruang luas untuk berpolitik dan membantu parti yang mengalami pelbagai kesusahan selepas peristiwa 'Langkah Sheraton', tetapi mengapa Rafizi enggan berbuat demikian?
"Saya tegaskan kalau Rafizi hendak buat 'comeback', buat 'comeback' betul-betul. Sehingga kini, sebahagian besar ahli parti hanya menganggap perginya Rafizi tidak mengurang, kembalinya beliau tidak menambah," katanya sewaktu dihubungi Sinar Premium pada Selasa.
Beliau berkata demikian sewaktu mengulas desas-desus kemungkinan Rafizi dan juga seorang lagi bekas Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar bakal membuat kemunculan semula dalam PKR dan politik tanah air dalam masa terdekat bagi mengukuhkan kembali parti itu.
Sinar Premium difahamkan sebilangan besar penyokong muda dan pemimpin PKR sedang berusaha memujuk Rafizi untuk kembali mengemudi parti itu dengan menawarkan pelantikan jawatan Timbalan Presiden parti itu sewaktu pemilihan PKR pada April nanti.
Bahkan, bekas Ahli Parlimen Pandan itu seolah-olah memberikan reaksi positif menerusi ciapan Twitter apabila beliau menjelaskan akan mempertimbangkan permintaan itu terlebih dahulu.
Sebelum ini, Rafizi dan Nurul Izzah melepaskan jawatan dalam parti secara bersama dan mengumumkan pengunduran diri dari dunia politik sekitar tahun 2019 susulan masalah dalaman parti itu.
KUKUHKAN PARTI
Mengulas lanjut, Syed Badli Shah yang juga bekas Naib Ketua AMK Pusat itu menegaskan fokus utama PKR adalah untuk mengukuhkan struktur kepimpinan parti dan menyingkirkan saki-baki ahli-ahli yang pro kepada kartel PKR diketuai Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Jelas beliau lagi, terdapat banyak jawatan penting dalam seperti Timbalan Presiden dan Naib Presiden yang perlu diisi selepas dikosongkan 'kartel' Azmin dengan ahli-ahli PKR perlu memastikan pemimpin dipilih benar-benar amanah dan setia kepada parti.
"Bagi saya paling penting adalah pengukuhan parti, bukannya 'comeback' pemimpin yang lari apabila parti berada dalam keadaan susah.
"Kalau tanya saya, apa beza Rafizi dengan Azmin, saya akan jawab Azmin khianati parti tetapi dia keluar parti, manakala Rafizi langsung tidak ambil peduli pasal PKR, tetapi sibuk berhajat hendak dapat jawatan tinggi," ujarnya lagi.
Syed Badli Shah turut menyifatkan Rafizi tidak layak diberikan laluan mudah bagi dilantik sebagai Timbalan Presiden PKR yang baharu susulan beliau gagal melaksanakan tugas selaku Naib Presiden PKR dilantik sebelum ini.
"Dengan beliau lebih diingati sebagai Naib Presiden PKR yang tidur, layakkah ahli-ahli parti membentangkan permaidani merah kepada Rafizi untuk kembali diangkat sebagai Timbalan Presiden?
"Saya tiada masalah kalau prestasi Rafizi sewaktu memegang jawatan Naib Presiden adalah cemerlang. Namun beliau bukan sahaja gagal menunaikan amanah, sebaliknya bertindak mengkritik parti dan Presiden (Datuk Seri Anwar Ibrahim) secara terbuka.
"Justeru, apa bezanya Rafizi dengan Mohamed Azmin jika kehadirannya dalam PKR hanya sekadar menambah ribut dalam cawan?" tegas Syed Badli Shah lagi.
Apa Beza Rafizi Dengan Azmin?
byAnak Sungai Derhaka
-
3
Sorang pejuang rakyat, sekoq lagi pengkhianat mandat rakyat. Jika kau masih nak tanya.
ReplyDelete2 negara sebut nama Zety dan keluarga penyamun nya...AMIN
ReplyDelete700 Juta masuk dalam akaun keluarga Zety penyamun dan pencuri ini.. AMIN
Bila nak tangkap dan bekukan harta Zety..!? AMIN
Bila PDRM SPRM dan AG dakwa dan bekukan harta milik Zety..!? AMIN
Apa special nya Zety di mata PDRM SPRM dan AG..!?
Rules Of Law ada pilih bulu ke..!?AMIN
Apa yang Istimewa sangat ke Zety ini
KHALAS
Rakyat bertanya Rules Of Law apa yang digunapakai untuk Zety ini..!?
ReplyDeleteApa yang rakyat boleh harapkan jika ada 'Rules Of Law' berpilih pilih dan memilih bulu untuk bertindak..!? What is so special about Zety berbanding orang lain..?
Bekas CEO Astro sesudah subuh SPRM rampas harta bila namanya disebut di mahkamah Amerika Syarikat dlm kes 1MDB. Nama Zety bersama keluarga penyamun ini juga disebut di mahkamah yang sama di Amerika Syarikat tapi tiada tindakan undeng undeng diambil..!! Mana prinsip Rules Of Law negara ini..!?
Ini lah yang paling paling celaka sekali, terdedah kini keluarga bekas Gabenor BNM mengenali Jho Low selama bertahun-tahun dan telah menerima sekurang-kurangnya RM700 juta daripada Jho Low untuk disembunyikan dalam akaun mereka di luar negara!
Zeti lah yang menasihati Najib untuk membuka akaun bank atas namanya sendiri. Zety juga lah yang diarahkan oleh Najib untuk memantau akaun bank Najib untuk sebarang transaksi yang mencurigakan berkaitan dengan penerimaan dana dari luar negara.
Agensi di bawah Zeti juga lah yang akan bertanggungjawab untuk meluluskan pemindahan dana oleh 1MDB ke akaun luar negara. Kemudiannya kita dapati telah salah diluluskan untuk dipindahkan ke akaun luar pesisir palsu dalam masa yang singkat dan dana tersebut lesap.
Kita juga kemudian mendapat tahu bahawa suaminya adalah rakan kongsi perniagaan dan bersama-sama memiliki sebuah syarikat dengan Samuel Goh yang telah mengaku di mahkamah Singapura bahawa dia telah dibayar AS$4 juta untuk menyediakan semua akaun luar pesisir palsu untuk 1MDB memindahkan dana ke dalamnya.
Jika bekas gabenor ini menjalankan tugasnya dengan Slogan Tun Mahathir semasa jadi PM kali ke 4 'Bersih Cekap dan Amanah', tiada transaksi yang mencurigakan akan memasuki akaun Najib.
Malah, Najib tidak akan pernah membuka akaun bank secara khusus untuk menerima dana asing itu. Zeti juga yang telah menasihatkan beliau berbuat demikian.
Jika bekas gabenor ini menjalankan tugasnya dengan berintegriti, tiada wang 1MDB yang hilang kerana agensi itu akan menyekat semua pemindahan asing ke akaun palsu oleh 1MDB.
Tetapi yang paling pelik di sini ialah PDRM dan SPRM agensi yang diharapkan menjalankan tugas dengan cekap dan tuntas tewas disebabkan oleh sesuatu yang tak masuk akal gagal bertindak pantas.
Seolah olah ada sesuatu yang menghalang Zety dikenakan tindakan, siapa yang menghalang apa yang terhalang rakyat makin jadi misteri dan tandatanya..!!
Kalau rakyat marhaen SPRM dan PDRM begitu cepat beku dan rampas harta tetuduh.. kalau Zety dan keluarga mencuri jadi sebaliknya.. Apa special nya Zety dan keluarga di mata PDRM dan SPRM..!?
Walaupun Zeti memainkan peranan utama dan bekas Peguam Negara Tommy Thomas mengisytiharkan bahawa "adalah merupakan pengetahuan umum bahawa Zeti dan suaminya telah membantu Jho Low dalam skandal 1MDB"
Siasatan ke atas Zeti dan keluarganya nampaknya berjalan pada kadar yang sangat perlahan mengalahkan siput babi.
Malah, isu ini disembunyikan dari pengetahuan umum selama bertahun-tahun sehingga ia mula dibangkitkan secara terbuka pada penghujung tahun 2020.
Ini lah 'Nationan Embarrasment' Malaysia di mata dunia. Agensi ini tidak lagi dipandang tinggi di mata rakyat. Semua jadi hampa dan kecewa.
Apa yang rakyat boleh harapkan pada PDRM dan SPRM jika kalau ada Rules Of Law seolah olah berpilih dan memilih bulu untuk bertindak..!? Bila nak tangkap Zety dan keluarga penyamun ini. Bila nak beku dan rampas harta Zety.
Apa special nya Zety dan keluarga pencuri ini dan Rules Of Law yang terpakai di mata PDRM, SPRM dan AG..!?
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!