Guan Eng 'Tak Boleh Disentuh' Masa PH Memerintah - Saksi Yg Dah Mati

KUALA LUMPUR: Seorang ahli perniagaan pernah meluahkan kebimbangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung keselamatannya ekoran pendedahan beliau ketika siasatan kes rasuah projek terowong dasar laut dan jalan utama di Pulau Pinang melibatkan Lim Guan Eng.

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu, mendiang Datuk Ewe Swee Kheng bagaimanapun menolak tawaran SPRM untuk dilindungi oleh pihak berkuasa sebagai saksi kerajaan walaupun risaukan keselamatannya.

Mendiang antara lain mendedahkan pernah berjanji untuk memberikan beberapa unit kediaman kepada Guan Eng sebagai balasan jika bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu membantu syarikatnya, EZSB meneroka tanah-tanah kerajaan yang telah ditambak untuk membangunkan projek perumahan.

Guan Eng kemudian memaklumkan kerajaan negeri bersetuju melantik sebuah syarikat kontraktor melaksanakan projek terowong yang mana cara pembayaran dibuat melalui pertukaran tanah dan mencadangkan beliau berurusan dengan syarikat tersebut supaya tanah kerajaan dijual kepadanya (Swee Kheng).

Butiran tersebut dimaklumkan kepada pegawai perakam SPRM, Penolong Penguasa Muhammad Nazree Mansor, 32, sewaktu mendiang membuat penambahan dalam rakaman percakapan yang diberikan berhubung siasatan tersebut.

Ketika membacakan rakaman percakapan itu di mahkamah, Mohd. Nazree menyatakan, mendiang menyifatkan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu sebagai individu yang ‘tidak boleh disentuh’ (untouchable).

Jelasnya, mendiang memaklumkan, ketika pihak SPRM memulakan siasatan kes terowong, negara ini di bawah pemerintahan Pakatan Harapan (PH) manakala Guan Eng terlepas daripada kes mahkamah berkaitan skandal banglo.

“Sekiranya terdapat pihak yang mengetahui saya membuat pendedahan ini, dibimbangi ianya akan memberikan implikasi buruk kepada saya. Selepas itu saya ada mendengar banyak berita bahawa YB LGE (Guan Eng) juga ada menerima wang daripada syarikat kontraktor. Saya rasa harus ceritakan perkara yang sebenar. “Oleh kerana terlalu banyak yang saya rahsiakan, saya fikir akan sampai masa perkara ini akan terbongkar dan menjejaskan perniagaan saya,” menurut rakaman percakapan itu.

Mendiang bagaimanapun menyatakan tidak pernah menerima gangguan daripada mana-mana pihak ketika siasatan SPRM dan memberi jaminan akan mengambil langkah berjaga-jaga.

Swee Kheng, 53, yang sepatutnya dipanggil sebagai saksi pendakwaan ke-15, bagaimanapun ditemukan maut selepas terjatuh dari kondominium mewah The Palazzo, Jalan Kelawei, Pulau Pinang.

Mendiang meninggal dunia pada pukul 5.37 pagi, 5 Oktober 2021 selepas ditemukan di bahagian bawah kondominiumnya manakala sebab kematian ialah kecederaan berganda akibat jatuh daripada tempat tinggi.

Pada 16 Disember 2021, mahkamah membenarkan rakaman percakapan mendiang diterima masuk dan ditandakan sebagai eksibit dalam perbicaraan kes rasuah Guan Eng.

Perbicaraan di hadapan Hakim Azura Alwi bersambung esok.

Guan Eng didakwa atas pertuduhan pindaan menggunakan kedudukannya untuk menerima suapan wang RM3.3 juta sebagai tindakan membantu syarikat milik Datuk Zarul Ahmad Mohd. Zulkifli dilantik melaksanakan projek itu yang bernilai RM6.3 bilion.

Zarul Ahmad merupakan Pengarah Consortium Zenith Beijing Urban Construction Group Sdn. Bhd. (CZBUCG) yang dilantik sebagai kontraktor bagi projek berkenaan.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di antara bulan Januari 2011 dan Ogos 2017 di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Tingkat 28, KOMTAR.

Dia didakwa mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) yang memperuntukkan penjara maksimum 20 tahun dan tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana yang lebih tinggi jika sabit kesalahan.

Selain itu, beliau didakwa terhadap tuduhan pindaan meminta suapan iaitu balasan berharga berupa 10 peratus daripada keuntungan yang akan diperoleh Zarul Ahmad sebagai upah membantu syarikat miliknya dilantik melaksanakan projek itu.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di antara pukul 12.30 pagi dan 2 pagi, pada bulan Mac 2011 berhampiran Hotel The Gardens, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City di sini.

Ahli Parlimen Bagan itu turut didakwa atas dua pertuduhan menyebabkan dua lot tanah milik Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang bernilai RM208.8 juta dilupuskan kepada syarikat pemaju berkaitan projek terowong dasar laut di sana. – UTUSAN

1 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Ingat Guan Eng tak boleh di sentuh, laki Zety yg tah apa apa pun tak boleh di sentuh jugak ker..!?

    Bila nak tangkap Taufik Ayman si penyamun tarbus..

    Taufik bukan ada jasa pun pada negara...

    Jasa Taufik jadi proksi kambing hitam bini nya untuk menyakau RM700 jota duit 1MDB sbb dah gelap bijik mata duit nak masyukkk dlm akaun bank...

    Siapa Gabenor BNM ketika itu? Kenapa Jho Low jadikan Tawfik Ayman iaitu suami Zeti rakan kongsinya?

    “Sebab itu mesti ada RCI untuk bongkar misteri ini"

    Sebijak bijak manusia dan seluas luas lautan ilmu di dada bila bab duit nak masyukk satu family gelap mata jadi bodoh bangang... kah kah kah...!!

    Haaah agensi kerajaan tak kan garu dan gentel telo tak wat apa apa...

    Krikk krikkk sana krikk krikk sini sampai dengar dah bunyi cengkerik waktu malam kah kah kah..!!

    Jangan pisang buah dua kali udah lerr.. tumpoo yeopp..!!

    Jho Low lesap pasal Amit Bedul lantikan Tun kata sambil gentel2 telo mencari mme tak jumpa lahh kann..!! Amit kata Jho Low dah bertukar jadi beruang.... kah kah kah..

    Lepas tu krikk krikkk sana krikk krikk sini jadi macam cengkerik balikk..!! kah kah kah

    AlJazeera cari Jho Low sambil gentel gentel telo selamber aje sambil wawancara Jho Low lagi..

    ... takkan nak mintak CIA tangkapp pulak.. alahaii..!!!

    Rakyat dah fed up rakyat dah naik meluat... dah naik tumpoo rakyat pikior kan nya..!!

    PRU 15 dah dekat sgt rakyat melihat dan memerhati jangan anggap rakyat bodoh suma ...lepas hari raya silap ari bulan ramai pemimpin pekak badak melingkup nnti..!!

    Cukup cukup lah buat rakyat tekak kembang naik meloya drama CIA bagai..!! Depan bijik mata buat buat tak nampak.. alahaii..!!


    Rakyat dah meluat saksikan drama arahan di si haramjadah tu..


    Meluat sampai tekak naik kembang keluar kahak hijau..




    kah kah kah... krikk.. krikkkkk bunyi cengkerik lagi.. kah kah kah...!!



    KHALAS

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post