Ketika berlaku pengkhianatan dalam PKR, ada dalam kalangan pemimpin parti itu yang memilih untuk bercuti, kata setiausaha agungnya, Saifuddin Nasution Ismail.
"Sukarnya KEADILAN bergerak tatkala sejumlah pimpinan utama khianat. Yang tinggal pula ada yang memilih bercuti.
"Tugas mengukuh parti digalas DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dan pimpinan lain yang tinggal," katanya menerusi Facebook.
Khianat yang dimaksudkan Saifuddin merujuk tindakan ahli-ahli parlimen PKR - diketuai bekas timbalan presidennya - Azmin Ali yang meninggalkan parti ketika berlaku krisis politik 'Langkah Sheraton' pada Feb 2020.
Krisis politik itu menyaksikan kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang, dan Azmin serta kumpulannya menyertai Bersatu bagi membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Muhyiddin Yassin.
Meskipun tidak menyebut nama pemimpin PKR yang dikatakan memilih untuk bercuti itu, Saifuddin dipercayai merujuk kepada bekas naib presiden PKR, Rafizi Ramli.
Rafizi tidak aktif dalam politik sejak pemilihan PKR pada penghujung 2018, apabila dia tewas tipis kepada Azmin dalam perebutan jawatan timbalan presiden.
Namun pada 15 Mac lalu Rafizi membuat kejutan apabila mengumumkan akan bertanding jawatan timbalan presiden pada pemilihan PKR akan datang.
Nama Saifuddin sendiri disebut-sebut akan mencabar jawatan berkenaan di samping bekas pembantu Anwar, Farhash Wafa Salvador Mubarak.
Sebelum ini Rafizi dilihat sebagai pemimpin PKR yang lantang dan pernah beberapa kali mengkritik keputusan yang dibuat parti itu.
‘Jangan beri ultimatum’
Menurut Saifuddin, biropolitik dan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR (MPP) menjadi platform menyusun segala langkah dan strategi parti.
"DSAI kekal dengan disiplin organisasi yang tinggi. Tekun mendengar pandangan semua. Sabar memberi bimbingan dan tunjuk ajar.
"Sesekali tegas dan keras dalam membuat keputusan. Pesanan beliau mudah. Sebelum parti buat keputusan sila beri pendapat.
"Boleh setuju boleh tidak setuju. Tegur dan kritik tapi jangan sesekali beri “ultimatum”,” katanya.
Tambah Saifuddin, apabila PKR membuat keputusan, pimpinannya perlu patuh dan melaksanakan keputusan berkenaan.
"Begitulah PKR. Setiap keputusan parti dibincang dan diputuskan bersama. Baik buruk sesuatu keputusan parti kita ambil tanggungjawab.
“Jauh sekali berlepas tangan. Ini prinsip pertanggungjawaban yang kita anuti," katanya.
Hang Perli Rafizi Ka Saifuddin?
byAnak Sungai Derhaka
-
2
Kes 1MDB ini elok tangkap dan rampas serta bekukan harta Taufik Ayman dan keluarga nya lagi di simpan lama lama lagi busuk bau kes 1 MDB ini..
ReplyDeleteDolu DoJ , Wall Straight Journal, CNN NST sekarang ni naik pulak nama FBI... depan bijik mata keluarga penyamun buat buat tak nampak...!
Puiii..!!
Apa pula istimewa Taufik Ayman suami pada Zety di mata agensi kerajaan Malaysia. Susah nak tangkap Zety elok kerajaan tangkap Taufik Ayman dan anak Zety.
Siapa Gabenor BNM ketika itu? Kenapa Jho Low jadikan Tawfik Ayman iaitu suami Zeti rakan kongsinya?
“Sebab itu mesti ada RCI untuk bongkar misteri ini"
Soalnya kenapa Bank Negara lulus transaksi dana 1MDB ke luar negara tanpa di semak ketulenan akaun tersebut. Transaksi ke luar negara mesti ada kebenaran Bank Negara.
Rakyat bertanya Rules Of Law apa yang digunapakai untuk Zety dan keluarga penyamun ini..!?
The Edge juga mendakwa Tawfiq dipercayai antara rakan kongsi dalang 1MDB, Low Taek Jho dalam Abu Dhabi Malaysia Kuwait Investment Corporation (ADKMIC) ketika ia ditubuhkan pada 2007.
Apa yang rakyat boleh harapkan jika ada 'Rules Of Law' berpilih pilih dan memilih bulu untuk bertindak..!? What is so special about Zety berbanding orang lain..?
Kalau Zety bekas Gabnor semasa Tun berkuasa dan di lantik pula jadi Pengerusi PNB dengan gaji sangat lumayan.
Nampaknya Zety sangat sangat istimewa di mata agensi kerajaan seperti SPRM PDRM dan AG.
Elok lah tangkap suami Zety si Taufik dan anak beranak Zety hubung kait mereka dalam kes 1 MDB ini.
Taufik dan anaknya bukan ada jawatan besar dan berpengaruh dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).Takkan Taufik Ayman juga dapat layanan istimewa seperti Zety.
Kalau susah nak tangkap Zety sebab dia ex Gabnor Bank Negara dengan pengaruh hebat disekeliling nya.
Elok tangkap Taufik Ayman dan anak beranak Zety saja.... Bangkai gajah kalau ditutup lama lama akan busuk juga.
Kes 1MDB ini elok tangkap saja beku dan rampas harta Taufik Ayman dan keluarga nya lagi di simpan lama lama lagi busuk bau kes 1 MDB ini..
KHALAS
Kenapa kau emosi sangat. Kau ingat KPN berkuasa sangat ka di negara ini? Utk makluman kamu, PM ialah orang yg paling berkuasa. KPN pun dengar cakap PM. Masa najib jadi PM, sesiapa yg najib nak tangkap, orang itulah yg ditangkap. Sesiapa yg najib nak dilepaskan, KPN pun tak berkuasa buat apa2. Itulah cara kuasa digunakan di negara ini. Siapa yg menyebabkan perkara seperti ini berlaku? Umno yang menerajui kerajaan sejak 1957. Jadi siapakah yg tidak mahu suami zeti ditangkap? Yang pasti bukan pdrm
DeletePost a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!