Kenapa Najib Lebih Menyerlah Sebagai “Pembangkang De Facto”?

PETALING JAYA: Pasukan media sosial Najib Razak dan kebergantungan Pakatan Harapan (PH) pada skandal 1MDB telah menjadikan bekas Perdana Menteri itu sebagai “pembangkang de facto”, menurut dua penganalisis.

Oh Ei Sun dari Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura berkata, pasukan media sosial Najib lebih bagus, manakala Azmi Hassan dari Akademi Nusantara berkata, pakatan pembangkang mengabaikan isu yang menjadi keprihatinan masyarakat.

Oh berkata, Ahli Parlimen Pekan itu mempunyai pasukan “lebih bermutu tinggi” yang tahu bagaimana untuk menyuarakan kebimbangan rakyat.

Najib yang menggelarkan dirinya “Raja Troll” juga mempunyai jentera perhubungan awam yang lebih baik berbanding PH, katanya.

PH sebaliknya sangat bergantung kepada sukarelawan, yang kerjanya terhalang oleh wabak Covid-19.

“Najib dapat menjelajah negara dan melihat kesukaran yang dihadapi oleh rakyat,” kata Oh.

Tambahnya, penting bagi PH memperoleh kebolehan ini untuk memastikan apa yang paling diperlukan negara dari segi sosioekonomi dan untuk kekal relevan kepada para pengundi.

Najib telah membina naratif untuk memastikan beliau bukan sahaja penting dari segi politik tetapi juga untuk “menenggelamkan” masalah undang-undangnya, kata Oh, merujuk kepada kes rasuah yang dihadapi bekas Perdana Menteri itu.

Dalam pada itu, Azmi berkata, PH terlalu tertumpu kepada skandal 1MDB.

“Rakyat marhaen tidak dapat mengaitkan isu 1MDB dengan kehidupan harian mereka, terutamanya semasa wabak apabila mereka bergelut menampung kehidupan,” katanya .

Baru-baru ini, bekas Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli berkata, Najib “merampas” keupayaan PH untuk berhubung dengan orang ramai, terutamanya di media sosial.

Rafizi, yang awal bulan ini mengumumkan kembali aktif dalam politik, berkata beliau bersedia untuk mengambil kembali naratif daripada Najib bagi meningkatkan daya tarikan PH di mata pengundi pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Kedua-dua penganalisis berpendapat, untuk Rafizi berjaya berbuat demikian, beliau mesti menunjukkan keupayaan mencipta naratif baharu yang menunjukkan PH mengambil berat tentang kesejahteraan rakyat.

“Saya harap pembangkang yang lain dapat mengejar Rafizi atau bersedia mendengar katanya untuk membina naratif rakyat yang baharu,” tambah Oh lapor FMT

3 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Akhirnya ,jenama Tun Mahathir menjadi pelingkup kepada mana mana pihak yang ada diri nya terkait.

    Bodoh lah sesiapa yang tidak nampak betapa nama baru Parti PEJUANG hanya sebuah parti “Sendirian Berhad” dan bukan parti untuk rakyat.

    Mahathir pernah mengejek Anwar Ibrahim Ketika menubuhkan PKR sebagai parti keluarga , kini ia telah pulang kepada diri Mahathir sendiri.

    Gandingan DAP bersama Tun Mahathir bukan lagi satu “advantage” kepada DAP , bahkan kini menjadi beban kepada DAP apabila orang Cina mula melihat Mahathir sebagai “individu” tidak boleh dipercayai dan perosak ekonomi.

    Selain itu “brand” politik DAP sudah tidak laku lagi tambah lagi dengan dinasti Lim yang begitu lama mencengkam politik DAP.

    Itu kisah Mahathir yang sah menjadi liabiliti keada parti nya dan mana mana parti yang dia terkait.

    Jika hilang deposit pada 42 kerusi yang di tandingi tidak menjadi teladan dan pedoman, maka tiada apa lagi yang boleh jadi petunjuk.

    Lihat sahaja keputusan 7 PRK dan 3 PRN.

    Jika itu bukan pengajaran, maka tiada apa lagi yang boleh di ajar kecuali pada mahacai Tun dan PejWang yang kekal bebal.

    ReplyDelete
  2. RM700 Juta Taufik Ayman laki Zety semua orang buat bodoh...

    kerana 300 hengget menerima wang rasuah berjumlah RM300 sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan ke atas seorang individu yang memandu tanpa lesen dan cukai jalan kenderaan tamat tempoh pada 20 Mac lepas.

    Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah berkata, kedua-dua mereka berpangkat koperal dan koperal sokongan berumur 45 dan 38 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM cawangan Sungai Petani pada 6.15 petang semalam.

    “Anggota polis itu dikatakan telah meminta sebanyak RM1,500 daripada seorang individu yang memandu tanpa lesen dan cukai jalan kenderaan telah tamat tempoh di tepi Jalan Persiaran Amanjaya 2 berdekatan dengan Kolej Vokasional Sungai Petani 1.

    Malaysia Boleh...!!

    ReplyDelete
  3. Kekdg tgk politik dan suasana dlm malaysia ni.. rasa nak berhijrah kenegara lain je.. yang org politik satu.. penyokongnya jenis buta kayu..apa2 je tender berjuta mesti nak berkait dgn org politik.. heran betul aku.. aku dulu masa zaman emelda marcos.. aku kutuk2 rakyat filipina.. rupanya rakyat negara yang tercinta pun sama je.. adoiii

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post