Kenapa Rusia Serang Ukraine? Ini Penjelasan Duta Rusia

KAMI kesal dengan segelintir ahli politik Malaysia yang tanpa sengaja (harapan saya begitulah) cuba untuk menyemak semula dasar luar Malaysia yang bebas, seimbang dan pragmatik, yang diasaskan atas prinsip saling hormat-menghormati dalam hubungannya dengan negara-negara lain dan penyelesaian pertikaian secara damai.

Biadab bukanlah cara Malaysia berurusan dengan negara-negara lain, terutamanya dengan sahabat dan rakan kongsi seperti Rusia.

Jelas sekali, kempen propaganda besar-besaran oleh Barat menyebabkan kita kini berhadapan dengan salah faham mengenai keadaan di Ukraine dan tuduhan tanpa asas terhadap Persekutuan Rusia.

Ramai rakyat Malaysia tidak begitu sedar, selama lapan tahun sejak rampasan kuasa tidak berperlembagaan di Kiev pada 2014, perang yang mengorbankan orang awam meletus di Donbass.

Dalam tempoh ini, warga Republik Rakyat Donetsk dan Republik Rakyat Lugansk menderita akibat salah laku, genosid serta kebebasan dan hak asasi manusia yang dirampas oleh rejim Kiev.

Lebih 2,600 orang awam terbunuh di kedua-dua republik sementara 5,500 yang lain cedera kerana jenayah ketenteraan Kiev.

Kiev memilih berseteru dan bertindak ganas sementara tindakannya itu terus-menerus diselindungi oleh Barat. Ia cuba menyelesaikan masalah Donbass bukan dengan jalan diplomasi, sebaliknya secara kekerasan.

Baru-baru ini, Presiden Ukraine, Voloymyr Zelensky mendesak setiap orang yang menganggap diri mereka warga Rusia, condong kepada budaya atau bahasa Rusia supaya berambus dari Ukraine dan pergi ke Persekutuan Rusia.

Pada masa sama, rejimnya mula mengugut dunia dengan pelannya mahu memiliki senjata nuklear dan membangunkan "bom kotor".

Kami, di pihak persekutuan Rusia, tiada pilihan selain melaksanakan langkah-langkah yang telah diumumkan, apabila perikatan ketenteraan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) yang dilengkapi senjata moden berkembang dengan agresif ke Timur sementara pihak Barat membekalkan senjata secara besar-besaran kepada Ukraine bagi melengkapkan persenjataan wilayah Ukraine.

Persekutuan Rusia tidak boleh berdiam diri. Itu sebabnya Presiden Vladimir Putin memutuskan untuk mengerah operasi khas ketenteraan bagi melucutkan senjata dan melumpuhkan pengarah Nazisme di Ukraine, serta menyelesaikan ancaman keselamatan terhadap kewujudan Rusia.

Keputusan ini dibuat selaras dengan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) serta Triti Persahabatan, Kerjasama dan Bantuan Bersama dengan Republik Rakyat Donetsk dan Lugansk.

Operasi khas yang bermula pada 24 Februari bukan pencetus konflik tetapi penamat kepada perang berdarah lapan tahun. Harapannya, operasi ini akan segera selesai.

Kami terbuka untuk diplomasi; itu sebabnya kami mencadangkan untuk memulakan rundingan.

Bagaimanapun, diplomasi bermakna kesanggupan untuk berunding.

Bantuan Malaysia dan seluruh masyarakat antarabangsa dialu-alukan untuk memberikan tekanan diplomatik ke atas rejim Kiev serta pihak Barat yang menajanya.

Ini akan memaksa mereka untuk melucutkan senjata daripada Ukraine dan membenarkan rakyat Ukraine menentukan masa depan mereka sendiri, dan seterusnya hidup aman serta bekerjasama dengan semua jirannya.

Naiyl Latypov 
Duta Besar Rusia ke Malaysia

1 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Perang Rusia Ukraine ~ USA Amerika Berjaya Singkirkan Vladimir Putin Tanpa Guna Senjata !!>>> KLIK SINI !! <<<

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post