‘Khemah Besar’ PH Tidak Begitu Menjadi, Kata Penganalisis

 


PETALING JAYA: Konsep “khemah besar” yang diharapkan oleh pimpinan Pakatan Harapan (PH) untuk menyerlahkan “kesatuan” blok pembangkang gagal ditonjolkan pada pilihan raya negeri (PRN) Johor, kata penganalisis politik Azmi Hassan.

Azmi yang juga Felo Kanan Penyelidikan Strategik Akademi Nusantara berkata, petanda paling jelas adalah PKR nekad mahu menggunakan logo sendiri sementara DAP dan Amanah sepakat untuk menggunakan logo PH.

“Di Johor memang terserlah sangat bahawa idea ‘khemah besar’ itu tidak mendapat sambutan. Tapi masalahnya, dalam Pakatan Harapan sendiri, di Johor terutamanya, mereka berpecah. Menggunakan logo berlainan, menggunakan strategi Amanah (dan) DAP konsep lain, PKR dikatakan tak nak terima MUDA.

“Jadi kalau dalam Pakatan Harapan sendiri berpecah, bagaimana mereka nak menarik parti-parti lain supaya berada di bawah ‘khemah besar’ itu”, katanya.

PRN Johor yang dijadualkan berlangsung 12 Mac depan memperlihatkan PKR tidak berpuas hati dengan DAP serta Amanah, yang bertindak menyerahkan enam kerusi boleh menang kepada parti baharu, MUDA.

Enam kerusi tersebut adalah Puteri Wangsa, Tenang, Bukit Kepong, Parit Raja, Machap and Bukit Permai.

Malah, PKR dan MUDA bertembung sesama sendiri di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Larkin selepas gagal mencapai kata sepakat.

Pejuang dan Warisan turut “menguji” PH dengan menggunakan PRN Johor untuk bertapak dalam politik tanah air dan enggan bekerjasama dengan PH yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim itu.

“Apa yang berlaku di Johor ini akan jadi ‘mirror’ atau cermin semasa PRU nanti jika Pakatan Harapan adalah Pakatan Harapan seperti yang sekarang,” katanya lagi.

Seorang lagi penganalisis, Mohd Azizuddin Mohd Sani dari Universiti Utara Malaysia (UUM) berkata, jangan terkejut jika idea khemah besar yang diimpikan PH berhasil dengan gabungan antara parti pembangkang dengan Perikatan Nasional (PN) atau Barisan Nasional (BN).

“Jangan terkejut tiba-tiba PN bekerjasama dengan Pejuang ataupun PH bekerjasama dengan BN…atas erti kata nak wujudkan kerajaan yang lebih stabil.

“Khemah besar ini macam-macam bentuk boleh dibuat. Orang akan melihat kestabilan. Kalau ada perebutan begini orang akan kata nak selesaikan hal ini pun tak boleh, bagaimana hal negara?,” katanya kepada FMT.

Tambahnya, PRN Johor yang menyaksikan saingan sehingga tujuh penjuru membabitkan 56 kerusi DUN adalah petanda betapa berpecahnya pembangkang di negara ini lapor FMT

2 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Speaker Dewan Rakyat minta Bossku perjelas kenyataan berkait 1MDB dikata kelirukan Dewan Rakyat. Celah mana yang mengelirukan Dewan Rakyat itu..!?

    Nampak nya jumlah wang keluar masuk akaun 1MDB langsung tidak match , atau tidak tally.

    Bukan sahaja jumlah wang keluar masuk tidak tally, bahkan jawapan yang di beri oleh Menteri Kewangan juga tidak kena atau “doesn’t hold water”.

    Bila hendak bercerita tentang1MDB dan akaun nya biar lah kita berbicara dalam Bahasa mudah dan terma yang boleh di fahami oleh rakyat.

    Perkembangan terkini terlihat seolah olah ada kecurian besar terjadi dalam perakaunan 1MDB.

    Mungkin setelah kejayaan menuduh Datuk Seri Najib Razak pada kes 1MDB maka, pihak tertentu boleh mencuri dan menipu akaun 1MDB kerana “penyamun” sudah di dakwa.

    Tapi bagi mereka yang boleh berfikir dan mengira , jika melihat pada jumlah wang pulangan Kembali kepada 1MDB dan jumlah hutang 1MDB yang “konon” telah di bayar oleh kerajaan Pakatan Harapan , jelas terlihat ada satu lopong besar atau “gap margin” yang sangat jelas.

    Kemudian jawapan yang di beri pula membuat kerajaan Pakatan Harapan dan Menteri Kewangan nya kantoi “Big time”

    Ambil jalan mudah kiraan , jika Dana yang dalam akaun amanah khas 1MDB sekarang ada hampir Rm33.4 billion seperti yang diumum kerajaan Pakatan Harapan setakat ini:

    – dikembalikan oleh DOJ: RM2.7 bilion

    – penjualan kapal Equanimity: RM523 juta

    – penyelesaian Riza Aziz: RM443 juta

    – penyelesaian Goldman Sachs: RM16.1 bilion

    – penyelesian Ambank: RM2.83 bilion.

    – penyelesaian Deloitte’s: RM324 juta

    – penjualan 60% Bandar Malaysia tahun 2019: RM7.41b

    – penjualan tanah Pulau Indah milik 1MDB: RM416 juta

    – penjualan tanah Pulau Pinang milik 1MDB: RM2.7 bilion

    Jumlah yang telah diambil balik kerajaan setakat ini: RM33.4 bilion. RM33.2 bilion 1MDB?

    Siapa boleh jawap?

    Jika kenyataan Tengku Zafrul konon konon hutang belum matang untuk di bayar, pasti wang wang ini ada dalam simpanan 1MDB.

    Ia kiraan sangat asas dan basic yang mana budak sekolah pun tahu.

    Siapa boleh jawap? Harapkan Tun semua deria rasa nya semua dah ke laut dalam. Deria fitnah jijik Tun satu satu nya yang masih helok..!!

    ReplyDelete
  2. Petanda apa bila kaum Cina dan India mula melaungkan "Malu Ape Bossku" di PRN Bangsa Johor..!?

    Sejak mula menjelajah negeri Johor selepas beberapa hari kebelakangan ini, bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melihat ada angin kencang yang membawa sokongan besar kepada Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

    Hari ini Najib turun padang ke Johor ke daerah Pontian yang juga menempatkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.53 Benut tempat Menteri Besar Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad akan bertanding.

    “Saya dah menjelajah negeri Johor mutakhir ini, saya lihat angin kencang bertiup ke arah menyokong Barisan Nasional.

    “Laungan Hidup Barisan Nasional ditambah dengan laungan Malu Apa? jadi laungan sambutan orang Melayu sebelum ini tetapi sehari dua ini orang Cina pun melaungkan Bossku, apakah ini satu petanda?”

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post