KWSP Umum Dividen 6.10% Bagi Tahun 2021

KUALA LUMPUR : Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan dividen Simpanan Konvensional sebanyak 6.10 peratus selepas mencatatkan prestasi kukuh dalam operasi dan kewangan bagi tahun 2021. 

Kadar dividen bagi Simpanan Shariah pula ialah pada 5.65 peratus.

Agihan dividen ialah sebanyak RM56.92 bilion, iaitu RM50.45 bilion bagi Simpanan Konvensional dan RM6.47 bilion bagi Simpanan Shariah.

Kadar dividen KWSP 2021 bukan sahaja jauh lebih tinggi daripada kadar 2020 iaitu 5.2 peratus dan 4.9 peratus, malah mengatasi agihan pendapatan lima sen seunit oleh Amanah Saham Bumiputera (ASB) perdana Permodalan Nasional Bhd untuk 2021.

Ketua Pegawai Eksekiutifnya Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, keseluruhan aset pelaburannya meningkat kepada RM1.008 trilion pada 2021, meningkat 0.8 peratus tahun ke tahun daripada RM1 trilion pada 2020.

Pada Februari 2021, KWSP berkata keseluruhan aset pelaburannya meningkat 7.9 peratus kepada RM998 bilion daripada RM924.75 bilion pada 2019.

“Pertumbuhan yang lebih perlahan dalam jumlah aset pelaburannya, walaupun prestasi pelaburan yang kukuh, adalah disebabkan pengeluaran berkaitan COVID-19, termasuk pengeluaran i-Sinar Akaun 1 yang belum pernah berlaku sebelum ini berjumlah RM58.7 bilion," jelasnya kepada media hari ini.

Kira-kira 7.3 juta ahli KWSP telah memohon sekurang-kurangnya satu atau ketiga-tiga pengeluaran khas berkaitan COVID-19, iaitu i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra, yang secara kolektif menyaksikan RM100.9 bilion dikeluarkan daripada KWSP antara April 2020 dan Februari 2022, data KWSP menunjukkan.

Jumlah yang tidak disimpan dengan KWSP meningkat kepada RM110 bilion apabila termasuk RM9 bilion yang dikeluarkan kepada ahli kerana pengurangan kadar caruman berkanun pekerja (dari 11 peratus kepada 7 peratus dari April hingga Disember 2020, dan daripada 11 peratus kepada 9 peratus dari Januari 2021 hingga Jun 2022) lapor AstroAwani

1 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. When bloger Barua Tun 'talk cock' loudly.. it fullest of shame on you Jessy Gaygay..!!

    Approximately RM10 million worth of Datuk Rohana Rozhan’s assets have been frozen following investigations into the former Astro Malaysia Holdings Bhd CEO over her alleged connection to the 1MDB global financial scandal, said Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) chief Tan Sri Azam Baki. 'Ngopi pes' from barua Tun Blog Jessy Gaygay

    https://www.thethirdforce.net/leissner-roger-ng-sought-advice-from-feng-shui-master-on-1mdb-probe-court-hears/

    On February 24, Rohana was reported to have spent about nine hours at the MACC headquarters to give her statement to the Commission to assist in the investigation under Section 4(1) of the Anti-Money Laundering, Anti-Terrorism Financing and Proceeds of Unlawful Activities Act 2001.

    It' already 2 countries have mentioned the name of Zety and her bandit family. When does the MACC want to freeze the account and confiscate Zety's property with the family of the bandits ..!?

    What laws did the IGP MACC and the LHDN use for the family of Zety's bandits and what laws did the Pulis MACC use for my Bossku and Astro CEO ..!?

    Kah kah kah.. talk cock louder tail fullest with shit... kah kah kah

    KHALAS

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post