Najib Tak Dengar Ke CEO Sapura Dibayar RM983 Juta Ketika Dia PM?

SHAH ALAM - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli mendakwa, Pengarah Eksekutif Sapura Energy Bhd (SEB) diberi bayaran anggaran RM983 juta bermula 2009 hingga 2018 ketika Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri.

Menurut beliau, pembayaran tersebut adalah dalam bentuk gaji, upah, sewa dan yuran harta intelek yang secara jelas tidak adil kepada Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP).

Bekas Ahli Parlimen Pandan turut mempersoalkan mengapa Najib tidak bersuara untuk ribuan pekerja dan pihak berkepentingan Sapura ketika itu sedangkan beliau kelihatan begitu lantang mengenai kebajikan mereka sekarang.

Rafizi berkata, Sapura membuat lebih RM1 bilion pembayaran dari 2009 hingga 2021 kepada pengarah eksekutif, melibatkan gaji, bonus dan upah (RM508,717,000), sewa kepada syarikat berkaitan pengarah eksekutif (RM149 juta) dan yuran harta intelek (IP) kepada syarikat berkaitan pengarah eksekutif (RM439 juta).

“Dalam tempoh sama (2009 hingga 2021), Sapura membayar dividen sebanyak RM683 juta kepada pemegang-pemegang saham. Daripada jumlah itu, sekitar 35 peratus dividen dibayar kepada pemegang saham majoriti yang diwakili pengarah eksekutif yang mengetuai Sapura.

“Oleh itu, anggaran bayaran keuntungan kepada pemegang saham majoriti (yang diwakili pengarah eksekutif) dalam bentuk gaji, sewa, yuran harta intelek dan dividen adalah sekitar RM1.33 bilion.

“Ia berbeza berbanding hanya RM440 juta yang diagihkan kepada pemegang saham lain seperti PNB dan KWAP. Nisbah keuntungan yang dikaut oleh pemegang saham terbesar yang diwakili pengarah eksekutif sekitar tiga kali ganda, berbanding yang diagihkan kepada pemegang saham lain yang dimiliki rakyat,” katanya dalam satu kenyataan, pada Khamis.

Mengulas lanjut, beliau berkata, sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Najib perlu memikul amanah dan memberi hala tuju serta memastikan institusi dana rakyat seperti PNB dan KWAP mendapat nilai terbaik dari pelaburan mereka.

“Semasa dia ada kuasa dan pengaruh untuk memastikan ribuan kakitangan Sapura tidak terjejas periuk nasi mereka, untuk memastikan syarikat kecil yang menjadi vendor Sapura mendapat bayaran dan pelaburan rakyat mendapat pulangan yang sewajarnya, di mana suara Najib ketika itu? soalnya.

Sapura sebelum ini mengumumkan kerugian RM8.9 bilion tahun lepas dan ia merupakan kerugian terbesar bagi syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Najib dilaporkan berkata, kerajaan perlu segera membantu SEB menyelesaikan masalah aliran tunai demi memelihara kepentingan strategik negara.

Dalam masa sama, Rafizi menegaskan bahawa sebarang permasalahan kewangan mana-mana syarikat korporat tidak boleh melibatkan wang rakyat kerana ia bakal mewujudkan budaya urus tadbir yang lemah.

"Sekiranya syarikat-syarikat swasta ada talian hayat (dengan diselamatkan oleh wang rakyat) setiap kali mereka berdepan dengan masalah kewangan, tidak ada insentif dan pertanggungjawaban untuk syarikat-syarikat swasta menguruskan perniagaan mereka dengan cermat, bijak dan berdaya saing.

“Najib telah mengambil kesempatan untuk kelihatan seperti hero kepada rakyat untuk menyelamatkan diri apabila dia sudah pun dijatuhkan hukuman penjara,” katanya.

Rafizi menambah, mulai Jumaat, beliau akan menmbentangkan beberapa kaedah yang boleh dipertimbangkan untuk memastikan Sapura keluar dari kemelut kewangan sekarang dan mengelakkan ribuan kakitangannya kehilangan kerja ~ SH

5 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Terbaik Bossku fitnah Rafizi kantoi kemaluan besar bila Bossku balas soalan Rafizi kenapa Bossku tidak bersuara semasa CEO Sapura bergaji juta juta ringgit masa Bossku jadi Perdana Menteri

    Rafizi sudah jadi jurucakap Tun..!?

    Saya tidak bersuara ketika CEO dibayar dengan gaji lumayan sebab sebelum 2019, syarikat tersebut adalah syarikat swasta yang juga dibina dan dimiliki CEO tersebut untuk menjadi syarikat perkhidmatan minyak dan gas kedua terbesar dalam dunia.

    “Syarikat swasta yang bayar, ‘shareholders’ (pemegang taruh) dan lembaga pengarah swasta yang luluskan gaji dan pampasan bagi pengurusannya.

    Dia nak dibayar RM1 bilion setahun pun bukan masalah kerajaan selagi pemegang- pemegang saham dan lembaga pengarah Sapura izinkan. Tidak ada kena mengena dengan kerajaan,” tegas Bossku.

    PNB sudah ‘bailout’ Sapura Energy? Ini persoalan yang diajukan oleh waluncai dan mahacai Tun oleh Abdul Kadir Jasin.

    Jawapannya, memang benar ketika Mahathir jadi PM selama 22 bulan, PNB sudah ‘bailout’ Sapura Energy.

    Bermula tahun 2019 setelah PNB membeli kepentingan 40% untuk menjadi pemegang saham terbesar, masalah ini muncul satu persatu.

    Kenapa begini? Kerajaan PH perlu jawab. Pengerusi PNB Zety ketika itu juga perlu jawab.

    Mahathir menjadi Perdana Menteri kerajaan Pakatan Harapan. Beliau turut mengumumkan Majlis Penasihat akan dianggotai Zeti Akhtar isteri Taufiq Ayman, Tun Daim Zainuddin,Tan Sri Robert Kuok, Jowo Kwame Sundaram dan Tan Sri Hassan Merican.

    Zety adalah bekas Gabnor semasa Tun berkuasa dan di lantik pula jadi Pengerusi PNB dengan gaji sangat lumayan.

    Nampaknya Zety sangat sangat istimewa di mata agensi kerajaan seperti SPRM PDRM dan AG. Tak tertangkap oleh pihak berkuasa betapa kebalnya suami Zety si Taufik dan anak beranak Zety hubung kait mereka dalam kes 1 MDB ini hingga kini.

    “Lemah, Rafizi. Nampaknya Rafizi sudah jadi jurucakap Tun. Pada Rafizi cuba lagi dan cuba fitnah lagi.” Pada Rafizi sebelum fitnah jumpa Tun camner nak fitnah Bossku nnti kemaluan besar lagi.. kikikiki..


    KHALAS

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahniah sedara jadi penyokong. jamgan lupa nanti hadir kat mahkamah tiap hari ye. semangat sedara jadi motivasi diri

      Delete
    2. Ada cucunda manusia hampir seabad jadi ceo syarikat kroni. Ada sesiapa peduli dgn gaji dia. Tak ada!!!
      Kenapa?
      Sebab ia syarikat swasta.

      Sama kes dgn ceo sapura sblm 2019 sblm sahamnya dibeli dan dibailout oleh pnb yg dipengerusi bekas mantan gabenor bnm.

      Sotong langkah kejang gagal menipu rakyat. Formula dah basi.
      Betul2 melongkangkan dirinya sendiri.

      Mahacai pulak baru nak bertepok tangan tapi jadi tongong setelah tahu cerita sebenar. Kesian...

      Delete
  2. Anak kroni Taikun Vincent Tan kroni Tun berkilo dadah lepas bebas penyanyi nasyid hukum gantung anak Cina miskin yang terlibat dengan dadah bebas ramai anak miskin Cina hukum gantung sampai mati.

    Maka Tsunami Kaum Cina akan melanda PRU 15... kasi ajar sket anak cucu kroni haramjadah ni PRU 15..

    Taikun Cina Vincent Tan kroni Tun guna 'Rules Of Law Kerala'.

    Kaum Cina buka biji mata luas luas.. Cina miskin mati edar dadah dihukum gantung sampai mati...

    Anak taikun Cina kroni Tun lepas bebas .. ini kes gila babi Rules Of Law Kerala

    Pada olang olang Cina sekelian hahh 'lu olang fikir lah sindri'..!!

    Ada anak tauke bersalah ditangkap polis. Bukan sahaja hisap dadah, tetapi mengedar dadah.

    “Kemudian, runding-runding lepas sebab apa anak orang besar lepas. Kita tak mahu pertahan sebab anak Cina, anak India, Anak Khadazan, Anak Iban semua anak Malaysia kerana ini ‘rule of law’. Mesti Ada hukuman..

    Akaun Twitter Edisi Siasat, yang baru-baru ini ditukar namanya kepada Edisi Khas, mendakwa walaupun anak lelaki seorang taikun ditahan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya kerana terlibat dengan kuantiti dadah sangat besar, tetapi Peguam Negara ketika itu, Tommy Thomas mengklasifikasikan kes itu sebagai tiada tindakan lanjut (NFA).

    'Rules of Law Kerala' juga diguna bila 2 negara sudah sebut nama Zety rasuah kes AMLA 1 billion transfer dalam satu malam tiada tindakan diambil pada keluarga penyamun betina ini..

    Tapi ex CEO Astro dan Bossku dalam tempoh 1 malam sesudah subuh SPRM Pulis bekukan asset mereka... Undang undang apa yang mereka guna.. ooohh deme guna undeng undeng 'Rules Of Law Kerala'

    Tsunami Cina PRN Bangsa Johor dan Pasca PRU 15...lingkup kan Boboi dan sekutu maka melingkupnlan Tun dan sekutu nya...

    KHALAS

    #lufikirlahsindrilahguamaubelakdolukiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Law of the jungle!!!!

      Rakyat kena ikat perut...
      Jangan dengki dengan orang kaya(keluarga dia dan keluarga kroni)....

      Semoga terkubur legasi kaya dan tamak selepas pru15!!!!!

      Delete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post