PRN Johor: BN Lepasi 28 Kerusi Majoriti Mudah?

 


JOHOR BAHRU: Barisan Nasional (BN) dijangka menang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Sabtu ini dengan menguasai sekurang-kurangnya 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas pelbagai isu berjaya ditangani sejak kempen bermula 26 Februari lalu.

Utusan Malaysia difahamkan parti yang paling lama memerintah negara itu dijangka mampu meraih antara 30 hingga 34 kerusi namun berdepan laluan sukar mencapai majoriti dua pertiga 38 kerusi ekoran tentangan hebat daripada parti-parti pembangkang.

Beberapa isu ‘panas’ berbangkit dalam kempen PRN Johor yang kini sudah terjawab, dipercayai menjadi faktor momentum kepada BN mendahului parti-parti pesaing menjelang pengundian Sabtu ini.

Pembukaan sempadan 1 April depan yang akhirnya merungkai persoalan kepada rakyat Johor, isu berkisar kebajikan peneroka Felda serta manifesto `air percuma’ dicetuskan parti lawan yang diperjelas kedudukan sebenar kepada pengundi, meletakkan BN sekurang-kurangnya melepasi majoriti mudah 28 kerusi.

Peratusan keluar mengundi turut menjadi penentu kemenangan – jika di bawah 70 peratus berkemungkinan memihak kepada BN khususnya UMNO yang memiliki kekuatan akar umbi.

Seorang pemimpin kanan BN berkata, pecutan akhir jentera menjawab beberapa isu peneroka Felda dan janji-janji dibangkitkan parti lawan di kawasan kelabu termasuk kepada pengundi atas pagar berjaya dilakukan dengan baik.

“Untuk BN melepasi 28 kerusi insya-Allah, (cuma) ke dua pertiga agak sukar,” kata pemimpin berkenaan semalam.

Sementara itu, berdasarkan maklumat war room (bilik perang) beberapa parti, mereka mengakui sukar memecahkan dominasi BN berikutan isu-isu yang dimainkan sepanjang kempen berkisar Pusat, sekali gus kurang menggamit perhatian masyarakat setempat.

“Sentimen atau label `kluster mahkamah’ tiada kaitan dengan calon-calon yang bertanding di Johor. Lagipun kes-kes yang dikaitkan dengan beberapa pemimpin parti sedang diuruskan perbicaraannya oleh mahkamah.

“Masyarakat dan pengundi lebih memikirkan kebajikan mereka selain kestabilan dan kemakmuran negeri,” kata sumber sebuah parti.

Dalam pada itu, difahamkan, kerusi Endau yang dimenangi BN pada PRU14 mungkin sukar dipertahankan memandangkan penyandangnya yang kemudian lompat ke Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Alwiyah Talib bertanding lagi di situ atas tiket Perikatan Nasional (PN).

“Pengaruhnya masih kuat dan disenangi pengundi. Cabaran calon BN, Mohd. Youzaimi Yusof mungkin sukar,” kata sumber.

Namun BN dipercayai merampas semula beberapa kerusi yang kalah pada 2018 antaranya Kemelah, Tenang, Tangkak, Semerah dan Kempas.

“Calon PKR, Khuzzan Abu Bakar di Semerah meraih majoriti 98 undi dalam PRU14 tetapi kali ini BN mengetengahkan calon muda dikenali ramai, Mohd. Fared Khalid yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO negeri serta peguam,” katanya.

Sementara itu, Pakatan Harapan (PH) dijangka menang paling maksimum 16 kerusi dengan majoriti disumbangkan oleh kawasan kubu kuat DAP manakala dua dari Parti Amanah Negara (Amanah).

PKR yang menggunakan logo sendiri pula dijangka meraih dua kerusi, sekali gus gabungan PH dan PKR memperoleh 18 kerusi DUN.

Antara kerusi yang akan dimenangi PH adalah Jementah, Bentayang, Skudai, Senai, Johor Jaya dan Yong Peng.

“Kerusi Bukit Batu dan Pemanis pula mungkin menjadi milik PKR,” jelasnya.

Mengenai cabaran PN, tambah sumber, percubaan gabungan Bersatu, Pas dan Gerakan itu untuk menguasai kawasan kelabu khususnya kategori kerusi DUN marginal dan majoriti Melayu dijangka tidak kesampaian.

“Hanya Bukit Kepong, Gambir dan Endau ditandingi Bersatu mampu dimenangi mereka. Pas dan Gerakan sukar menang di Johor.

“Gambir dan Bukit Kepong adalah kubu kuat Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin,” katanya.

Mengenai eksperimen julung kali Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) dalam pilihan raya ini yang mempertaruhkan tujuh kerusi, parti pimpinan Syed Saddiq Abdul Rahman dijangka mampu membuat kejutan di Puteri Wangsa.

“Walaupun calonnya, Amira Aisya Abd Aziz dilihat masih mentah, Muda dipercayai akan mendapat undi daripada para penyokong PH,” kata sumber.

Berdasarkan pengamatan Pengarah Pendidikan Politik DAP, Liew Chin Tong kepada akhbar ini Selasa lalu, beliau sendiri tidak pasti keupayaan Muda untuk menang.

“Kerana sebagai parti baharu, Muda memerlukan masa meraih sokongan, apatah lagi masih dilihat parti suasana bandar.

“Bagi Pas dan parti lain seperti Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dan Parti Warisan Sabah (Warisan) pula, penglibatan mereka tidak memberi kesan kepada keputusan pilihan raya kerana bukanlah faktor besar politik di Johor,” kata Pengerusi DAP Johor itu. – UTUSAN

8 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Hebat betul melayu islam Johor yg berbondong2 mengiringi Bossku Najib ke mana dia pergi. Kata belajar agama sakan melalui sistem sekolah agama negeri Johor. Tapi kenapa sokong orang yg jelas mencuri dan jika dilaksanakan hukum hudud sepatutnya dipotong hujung tangannya. Baru ni Bosku pula berarak sama penganut agama Hindu menyambut perayaan Thaipusam. Korang redha ka dgn perbuatan Bosku tu? Agama yg korang belajar kata ok ka wahai penyokong Bosku bangsa Johor?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hukum diputuskan oleh mahkamah. Tertuduh berani bersumpah laknat tidak meminta, mengetahui wang rm42juta kerana akaun diuruskan oleh individu lain.

      Keterangan tim lessner wujud pihak yg menerima rasuah dan terlibat dlm penyelewengan wang 1mdb tidak diterima pakai. Suatu yg tidak adil utk pihak tertuduh menggunakan bukti terbaru utk membela diri ditolak.
      Maksudnya mrk yg benar2 terlibat tidak didakwa.
      Perlu perbicaraan yg adil barulah rakyat puas hati.

      Semua rakyat meraikan setiap perayaan demi toleransi.
      Cuma tidak sampai mengikut istiadat atau upacara sembahyang agama lain.

      Samalah orng bukan islam menyertai aktiviti berbuka puasa. Tidak jadi isu besar.
      Yang menjadikan isu tersebut besar adalah penunggang agama.

      Delete
    2. AnonymousMarch 10, 2022 at 11:31 PM.
      Kamu tak faham kes ini jadinya jangan komen. Kalau sumpah laknat boleh dijadikan bukti penyamun itu benar...Banyak kes lepas dan tak perlu wujud mahkamah. Bagharal punya orang...kah..kah..

      Delete
  2. CEMAS & GELISAH TUN SMPI TULIS 5 PUCUK SURAT
    DALAM 1 MINGGU DIA TULIS 5 SURAT ITU TANDANYA GELABAH
    KITA CUMA BUAT PANTUN 4 KERAT AJE TAPI PADAT
    HAAH TENGOK NNTI SAPA YG BANGSA JOHOR KASI PERAMBAT..!!


    PRN RAKYAT BANGSA JOHOR KENALAH DI PERINGATKAN
    SULTAN DAN PREBET ADAM NYATA DIFITNAH SUDAH
    SI ADAM MATI TANGGGUNG MALU YANG AMAT MENDALAM
    INI SEMUA ANGKARA FITNAH JIJIK SI HARAMJADAH


    AKIBAT ANGKARA FITNAH JIJIK SI HARAM JADAH
    SUDAH SAMPAI MASANYA KASI AJAR SI BEDEBAH
    LINGKUP KAN BOBOI MAKA TUN PUN MELINGKUPLAH
    TANAH TUMPAH DARAH INI KITA LAWAN FITNAH


    ALAHAI ACAH ACAH POWER MELAYU ISLAMIK KONON
    ANAK CUCU COMANGO LGBT GEREJA DEPA SANTUNI
    DIAM2 UBI PULAU MILIK JOHOR DIA KASI BALUN
    SERAH PADA ANAK LEE KWAN YEW INI BARUA KITA PERANGI...


    KITA TAK LAWAN TUN KITA LAWAN FITNAH JIJIK NYA
    JHO LOW TEPOK TANGAN SAKSI MELAYU BERCAKARAN
    ZETY REMBAT 700 JOTA HARTA MASIH TAK DI SITA
    RAKYAT DAH MELUAT TUN BUAT2 BODOH BUTA
    PRN BANGSA JOHOR TUNJUK JLN HANG PI BERAMBOS HAAHH..!!



    MELINGKUP BOBOI MAKA MELINGKUP LAH TUN...


    BANGSA JOHOR AKAN TUNJUK JALAN HANG PI BERAMBOS...


    KHALAS..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika benar kata penganalisis politik prn johor mgkin melihat parti atok kau akan kalah di semua tempat.

      Selain surat, atok kau melancar video pulak tapi bukan video nangis2 dengan cucunda.

      Mungkin dekat hari mengundi akan ada video nangis2.
      Atau video nangis2 selepas kalah teruk prn johor.
      Semoga parti atok kau kalah teruk.

      Delete
  3. 5 pucuk surat Tun tulis sekor pun tak ambil peduli. Mereka semua sedar surat itu surat sampah fitnah jijik.

    Semua orang tahu malu sebahagian dari iman, tetai maksud malu di bawa Bossku ada lah buat apa hendak malu jika di fitnah dan di Anaya.

    Itu maksud nya.

    Jika Tun Mahathir di tuduh sebegitu pun tentu akan terhegeh hegeh pergi ke sana sini untuk perjelaskan diri.

    Sepatut nya Tun Mahathir yang berasa malu menyelamatkan Azmiin dari di seret ke mahkamah akibat skandal Sandakan.

    Jika Tun Mahathir anak jantan dan berasa Azmin tidak berbogel dengan jantan lain seperti di video sepatut nya Tun Mahahir biarkan Azmin menjawap di mahkamah dengan pembuktian nya.

    Bukan pepandai membuat andaian sendiri di press conference.

    Itu lah sifat tidak malu Tun Mahathir.

    Tun Mahathir juga patut berasa malu sebab menyerahkan Pulau Batu Putih kepada Singapura secara buat keputusan sendirian , dan selepas buat begitu , Tun Mahathir tiada sifat malu tagih undi dari Bangsa Johor.

    Kisah Sultan Johor dan Prebet Adam bukan sedikit sedikit fitnah. Semua rakyat Malaysia tertipu dengan fitnah ini..

    Sedar lah sikiit dengan umur tapi tidak ada rasa malu.

    ReplyDelete
  4. Bila nak tangkap dan bekukan harta Zety dan keluarga penyamun nya. Bila nak tangkap Nik Feisal dan Jho Low kebal sangat kah mereka ini..

    Adakah Nama Jho Low dan Nik Feisal sudah dalam senarai merah Interpol atau belum..!?

    Harta CEO Astro dan Bossku sepantas kilat sesudah subuh SPRM dan Polis beku dan rampas sebab kes 1MDB kenapa harta Zety sampai sekarang tidak dirampas dan dibekukan lagi..!?

    Apa dah jadi di doonia ini..!? Apakah suma agensi luar dan dalam negara seperti Pulis tido, Pulis Interpol tido, SPRM tido, CIA tido, Perhilitan tido, Perhutanan tido, WSJ tido, Panama News tido, Pandora tido, CNN tido, CNBC Street Times suma dah tido..!?

    Mahkamah Amerika tiada pengaruh orang seperti Tun Mahathir. Polis sampai sekarang masih gagal menangkap Nik Faisal Jho Low dan merampas harta Zety dan keluarga penyamunnya.

    Rakyat Malaysia mula meragui kes yang di hadapi oleh Bossku semenjak kes perbicaraan Roger Ng dan Tim Leissner di soal oleh mahkamah Amerika.

    Semua terdedah termasuk nama nama penerima rasuah yang menjadi saksi mulut untuk mengenakan Bossku.

    Semenjak kes Roger Ng di bicarakan di Amerika, banyak pula keraguan muncul di Malaysia terutama nya kenyataan pendakwa terhadap Bossku.

    Dalam sesi soal jawap peguam terhadap Liessner, ramai nama nama watak yang dikenali sebagai pihak kroni kroni pro Mahathir mula muncul satu persatu.

    Liesnner secara rasmi menyebut kawan nya Jho Low telah menyogok Zeti Akhtar untuk meluluskan Bon dengan sepantas kilat (overnight approval). Leissner juga turut menyatakan secara rasmi dalam mahkamah bayaran itu ada lah sogokan. Sogok kan itu ertinya RASUAH..!!

    Ini terbukti apabila wang rasuah AMLA sejumlah RM700 juta berada di dalam akaun suami Zeti di Singapura.

    Masuk akal kah , Bossku di gelar penyamun hanya sebab kes RM43 juta di masuk kan pihak lain oleh Nik Feisal setelah "memalsukan" tandatangan Bossku ke dalam akaun nya, tetapi Zety dan keluarga penyamun ini terima RM700 juta duit rasuah AMLA bebas ke sana ke sini, dan harta serta akaun masih tidak di beku.

    Lebih teruk kes rasuah AMLA Zeti masih belum di buka buka lagi.

    Ketika pihak pembela mahu kan senarai nama yang di sogok oleh Liessner , pihak pendakwa pula menyatakan bahawa najib sekadar hendak membuat “fishing expedition” sahaja. Konon konon hanya hendak membuang masa dan delay kan kes.

    Antara hujah Hakim Nazlan menjatuhkan hukuman bersalah pada Bossku dalam kes SRC adalah

    " Nik Faisal tidak ada kepentingan untuk menipu dan memalsukan tandatangan Bossku dalam dokumen RENTAS pemindahan wang kerana Nik Faisal tidak pernah menerima wang dari Jho Low"

    Ini lah percanggahan nya..!!

    Penemuan baru di mahkamah Amerika, ternyata Nik Feisal ada kepentingan dan peranan besar dalam mengenakan Bossku bagi pihak sebelah sana.

    Apabila secara rasmi di umumkan oleh Leissner dia membayar rasuah wang besar kepada Nik Feisal tanpa pengetahuan Najib.

    Slogan 'Malu Ape Bossku' sudah luas jauh berkumandang kuat untuk apa nak malu kalau Bossku tidak mencuri..!!

    Bila nak tangkap dan bekukan harta Zety dan keluarga penyamun nya...!?

    Bila nak tangkap Nik Faisal dan Jho Low... Kedua penyamun ini sudah masuk senarai merah Interpol le blom...

    Tak kan Pulis Interpol pun tak buat kirja mcm Pulis Mesia..

    Bapak Prof Diraja anak cucu Prof Penyamun ...

    kah kah kah..




    KHALAS

    #elok rasa lah diupah dan dibayar untuk khidmat menggunakan wartawan upahan dalam dan luar negara dan privert investigator untuk kita viral seluas luas nya di medsos untuk mengesan lokasi dimana Nik Faisal dan Jho Low tempat persembunyian mereka... Memalukan imej PDRM SPRM dan imej negara.

    ReplyDelete
  5. Bila nak tangkap Zety dan keluarga penyamun nya...

    saya ulangggg...!!


    'Hari ini tangkap Zety dan Jho Low esokkkk PRN Bangsa Johor kami pangkah PejWang Boboi dan Tun Mahathir'

    Ada brani...!?


    kah kah kah...


    KHALAS

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post