Setelah Kalah Dan Terus Kalah.. Pemimpin Utama PH Diminta Undur..

Pilihan raya negeri (PRN) Johor telah pun selesai. Yang menang dan kalah, sudah pun diketahui.

Berbagai ulasan didengar dan ditulis melalui media sosial. Antara yang paling popular ialah parti-parti pembangkang mesti bersatu jika mahu kalahkan BN.

Ketika Mohamad Sabu (Mat Sabu) menggagaskan idea khemah besar, saya menyokong penuh, bahkan mengusulkan agar Perikatan Nasional (PN) diajak bersama.

Ini kerana PN yang ada didalamnya Bersatu, PAS dan Gerakan ada kekuatan tersendiri.

Tapi seperti kata Anwar Ibrahim, “PN ini pembangkang ke?”

Saya mengambil inisiatif jumpa kawan-kawan dari Bersatu, Pejuang dan PAS agar berbincang dengan PH untuk elakkan pertembungan sesama sendiri.

Saya amat kecewa apabila ia tidak menjadi kenyataan pada hari penamaan calon. Memburukkan keadaan, Muda meletakkan calon di Dewan Undangan Negeri (DUN) Larkin, yang ditandingi PKR.

Sebab itu, daripada hari pertama kempen, saya konsisten mengatakan bahawa BN akan menang besar, sebaliknya banyak kerusi pembangkang akan hilang deposit.

Tiada faktor yang menyebelahi PH. Suasana yang amat berbeza dari PRU14. Peratusan yang keluar mengundi rendah telah pun diduga.

Sokongan Melayu hampir solid kepada BN dan sebahagiannya kepada PN, manakala PH mengharapkan undi Cina.

Sebab itu di kawasan majoriti Melayu lebih 80 peratus, calon PH kalah teruk dan ramai hilang deposit.

Bagaimana agaknya PRU15 ini, jika dibubarkan dalam kadar segera? Sifirnya mudah sahaja.

PH akan mengalami kekalahan teruk jika kesatuan dan perpaduan parti-parti pembangkang tidak diusahakan dan dijayakan.

Persepaduan lawan kerapuhan

Bagi saya penyertaan Bersatu dan PAS amat signifikan kerana mereka mewakili orang Melayu yang gagal diperoleh PH.

Contoh mudah. Pada PRU 14, PH memperolehi 19 kerusi dari 56 Parlimen Felda yang membolehkan PH ke Putrajaya.

Adakah kali ini PH berupaya mengulangi lagi?

Justeru, pemimpin PH mesti mengambil tanggungjawab atas situasi ini.

Jika sesuatu gagal dilakukan, mungkin sudah sampai masanya, pemimpin utama PH berundur dan digantikan pemimpin pelapis bagi membawa harapan baru demi negara tercinta.

Pemimpin boleh datang dan pergi, yang paling utama adalah rakyat jelata.

MAZLAN ALIMAN

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post