PETALING JAYA: Naib Presiden PAS, Mohd Amar Nik Abdullah mendakwa Singapura lebih maju daripada Malaysia kerana republik itu tidak diperintah oleh Umno dan sekutunya dalam Barisan Nasional (BN).
“Mana yang lebih maju antara Singapura dengan Malaysia? Tentulah yang lebih maju adalah Singapura. Saya meminta maaf untuk bertanya secara berterus-terang, Umno ada ke di Singapura?
Beliau yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan membuat andaian mengejutkan itu dalam ceramah di Benut, Pontian, Johor menjelang pilihan raya negeri Sabtu ini.
Amar berkata, pembangunan yang dibawa BN di Johor selama ini boleh dilaksanakan dengan lebih baik oleh Perikatan Nasional (PN).
Beliau berkata, memang menjadi tanggungjawab mana-mana kerajaan untuk membawa pembangunan, termasuk di negara komunis seperti Rusia.
“Oleh itu, kita tidak berjanji sekiranya kita menjadi kerajaan, kita akan membina jambatan atau jalan raya, sebab itu adalah tanggungjawab kerajaan. Contoh seperti orang yang berkahwin, apabila dia sudah berkahwin, dia tidak perlu berjanji untuk sampai satu masa nanti nak mengandung dan melahirkan anak.
“Mana ada seorang lelaki pergi meminta orang perempuan, ‘Pakcik, kalau bagi Minah ni jadi isteri saya, saya pastikan beranak sore setahun’. Sebab hal tersebut natural (semula jadi). Apabila berkahwin mesti melahirkan anak jika tiada masalah,” katanya.
PAS bertanding di 15 kerusi DUN Johor sebagai parti komponen PN yang diterajui Muhyiddin Yassin.
Amar berkata, ramai penduduk bukan Islam menyokong PAS kerana inginkan pemimpin yang baik berbanding kemajuan dan pembangunan.
Menurut Harakahdaily, pada ceramah itu, Amar berkongsi pentas dengan bekas Ketua Menteri Melaka, Rahim Thamby Chik dan Timbalan Presiden Bersatu, Ahmad Faizal Azumu lapor FMT
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!