Tengku Zafrul Dah Letak Jawatan Ke?

PUTRAJAYA – Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz lebih rela meletak jawatan daripada berkompromi terhadap sebarang keputusan melibatkan kementeriannya yang difikirkan silap.

Jelas beliau, sebarang keputusan berkenaan termasuklah cadangan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara ‘one-off’ sebanyak RM10,000 yang sedang diperjuangkan oleh kelompok pemimpin parti dalam kerajaan ketika ini.

Tambahnya, tiada guna sekiranya cadangan itu diluluskan kerajaan, namun akhirnya memberi kesan mudarat kepada rakyat yang mempunyai simpanan KWSP rendah pada hari tua mereka.

“Saya rasa menteri seperti saya jika tidak bersetuju dengan perkara yang salah, saya lebih rela untuk tidak melakukan dan meletakkan jawatan. Ini bukan sekadar merujuk isu pengeluaran KWSP tetapi saya tidak akan berkompromi apabila melibatkan perkara yang betul atau salah.

“Bagi saya, sekiranya keputusan itu salah, tiada sebab untuk kerajaan berkompromi. Sekali lagi saya lebih rela meletak jawatan daripada melakukan perkara tidak sepatutnya,” katanya dalam satu wawancara eksklusif bersama Sinar Premium pada Jumaat.

Beliau berkata demikian pada 22 Januari 2022 ketika diminta mengulas tuntutan berterusan kelompok pemimpin parti dalam kerajaan seperti UMNO yang mendesak mahukan kerajaan meluluskan cadangan pengeluaran i-Citra bernilai RM10,000 secara ‘one-off’.

Hari ini Utusan melaporkan..

KUALA LUMPUR: Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz didakwa meletakkan jawatan setelah ketidakhadirannya di Dewan Rakyat bagi mengemukakan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan 2021 (2022).

Ia dikaitkan dengan kenyataan Tengku Zafrul menerusi wawancara bersama media tempatan sebelum ini sebagai berkata, beliau rela meletak jawatan daripada berkompromi dengan sebarang keputusan melibatkan kementeriannya yang difikirkan silap, termasuk pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000 secara sekali.

Ketika Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Indera Mohd. Shahar Abdullah tampil di Dewan Rakyat bagi mengemukakan RUU Perbekalan Tambahan (2021) 2022, Datuk Mahfuz Omar (PH-Pokok Sena) meminta kepastian sama ada Tengku Zafrul sudah meletakkan jawatan atau belum.

“RUU Perbekalan ini mesti dibentang atas nama menteri dan diwakili oleh Timbalan Menteri. Maknanya Tengku Zafrul belum meletakkan jawatan? Sebab beliau pernah menyatakan jika diluluskan pengeluaran KWSP, beliau rela letak jawatan.

“Jadi, semalam Perdana Menteri telah umumkan perkara ini, adakah dengan ketidakhadiran beliau pada sesi soal jawab menteri beliau belum letak jawatan? Kalau belum, bermakna timbalan menteri tidak boleh mewakili Menteri Kewangan?” Soalnya di Dewan Rakyat hari ini.

Bagaimanapun, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Ramli Mohd. Nor berkata, mengikut peraturan mesyuarat, Timbalan Menteri Kewangan boleh menjadi wakil dalam pembentangan RUU itu dan pihaknya masih belum menerima sebarang makluman berhubung perletakan jawatan Tengku Zafrul.

Laporan penuh bacalah di SINI

Dia dah letak jawatan ke?

1 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Tak semua akan mengeluarkan caruman mrk. Hanya sesiapa yg benar2 perlu demi kelangsungan hidup.
    Mereka yg kaya raya rm10k tu apalah sangat. Sebijik tayar kereta sport anak atok belum mampu membeli dgn rm10k tu.
    Yang memerlukan rasanya dah dan telah berfikir panjang sblm mengeluarkan rm10k tu.
    Yang kata nak letak jwtn tu adakah benar2 bersedia nak letak jwtn.
    Tak semua akan mengeluarkan caruman mrk.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post