LANGKAWI: Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan bahawa beliau tidak akan bertanding di mana-mana kerusi Parlimen termasuk Langkawi dalam Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15).
Menurutnya, ianya bagi memberi peluang kepada calon yang sesuai dan lebih muda untuk terlibat di dalam arena politik serta pilihan raya selain faktor kesihatannya yang belum pulih sepenuhnya.
Bagaimanapun, beliau yang juga Ahli Parlimen Langkawi memaklumkan akan turut terlibat dalam kempen-kempen yang digerakkan parti Pejuang sebelum PRU15 sekiranya diperlukan.
"Kita (di dalam parti Pejuang) hendak cari orang yang lebih muda daripada saya (untuk ganti saya bertanding di Langkawi), saya boleh ada bersama (dengan calon itu), saya (juga) boleh beri nasihat (kepadanya), saya boleh ambil bahagian dalam kempen iaitu kalau ada satu tempat yang saya perlu hadir, saya akan hadir, dan mungkin (akan) bercakap sikit (dalam membantu jentera parti," katanya.
Dr Mahathir berkata demikian ketika ditemui media selepas melakukan lawatan di Lang Agro Park sempena Program #PulangKeLangkawi pada Rabu.
Sebelum ini, bekas Perdana Menteri itu beberapa kali memberi bayangan bahawa beliau tidak akan bertanding dalam PRU15 bagi mewakili Pejuang.
Ianya termasuklah di Parlimen Langkawi yang dijangkakan akan diserahkan kepada calon baharu meskipun,kepimpinan tertinggi dan akar umbi masih mahukan beliau bertanding ~ AstroAwani
Tun M Sahkan Tidak Bertanding PRU15
byAnak Sungai Derhaka
-
4
Sapa yg nak kena kencing kali ke2?
ReplyDeleteLain kali jangan memperlekeh mandat dan kencing kepala rakyat.
Jangan minta rakyat ikat perut tapi sendiri berpesta ala hollywood.
Jangan asyik mengata orang kalau sendiri pon 2x5.
Bertanding atau tidak bertanding....rakyat peduli apa!!!!
Lidah bercabang tu susah nak caye.. nnti dia kata rakyat mahukan dia bertanding...
ReplyDeletekah kah kah.... dengar bole caya jangan..
Elok bertanding Tun jadi PM kali ke 3 pun ada rakyat kisah...!?
KHALAS
…ke mana saja beliau pergi ‘dilihat’ nampak sambutan.
ReplyDeleteSebab itu Bossku kata, ‘’sambutan setakat ini Alhamdulillah dan harap semangat ‘Bossku’ ini dapat diterjemahkan dalam undi kepada BN nanti..itu yang Bossku harap sangat.’’
Terbuktilah dalam BN tak ada lagi orang sepopular Bossku, tak kisahlah, Ahmad Zahid Hamidi atau Tok Mat Hasan..
semuanya tak boleh lawan populariti Bossku.
Zahid dilihat ‘teraba-raba’ manakala Tok Mat pula nampak tak menonjol..
PRN Bangsa Johor semangat Bossku sapu bersih di Johor... insyallah
Nnti Tun akan kata saya akan bertanding sebab nak sekat Bossku jadi PM kali ke 2.
KHALAS
Elok diupah dan bayar saja dengan menggunakan wartawan upahan dalam dan luar negara dan privert investigator untuk viralkan serta mengesan dimana lokasi Nik Faisal dan Jho Low dan persembunyian mereka...
ReplyDeleteDah teruk sangat fitnah jijik Bossku dalam kes 1 MDB ini... fitnah sambil aniya orang...
Memalukan imej PDRM SPRM dan imej negara.
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!