KUALA LUMPUR: Hutang dan liabiliti keseluruhan kerajaan merekodkan sebanyak RM1.36 trilion atau 88.1 peratus berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada akhir tahun 2021.
Mendedahkan perkara itu, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, hutang Kerajaan Persekutuan mencatatkan sebanyak RM979.8 bilion atau 63.4 peratus berbanding KDNK pada akhir tahun sama.
Daripada jumlah tersebut, jelasnya, hutang statutori berjumlah RM922.5 bilion atau 59.7 peratus berbanding KDNK dan masih dalam lingkungan had statutori 65 peratus daripada KDNK yang telah dinaikkan pada Oktober tahun lalu.
“Kerajaan juga menanggung libaliti lain seperti komitmen jaminan iaitu hutang-hutang syarikat berkaitan kerajaan yang mendapat jaminan kerajaan serta diberi peruntukan untuk pelaksanaan pelbagai projek infrastruktur dan utiliti awam berjumlah RM197.3 bilion.
“Selain itu, hutang syarikat 1Malaysia Development berhad (1MDB) dianggarkan kira-kira RM32 bilion.
“Liabiliti kewangan lain meliputi projek kerjasama awam swasta (atau PPP) termasuk pajakan serta projek di bawah inisiatif pembiayaan swasta (atau PFI) dan PBLT Sdn. Bhd. yang dianggarkan berjumlah RM151.1 bilion,” katanya.
Beliau berkata demikian menerusi jawapan bertulis semasa sesi pemberitahuan pertanyaan lisan Dewan Rakyat Mesyuarat Pertama, Penggal Kelima Parlimen Keempat Belas 2022 bertarikh 15 Mac 2022.
Terdahulu, Datuk Amiruddin Hamzah (PEJUANG-Kubang Pasu) dalam soalan bertulis meminta Menteri Kewangan menyatakan jumlah komitmen hutang negara dan pecahannya mengikut kategori hutang langsung kerajaan, komitmen jaminan, 1MDB, pakej-pakej rangsangan Covid-19 dan peratusan hutang kepada KDNK. – UTUSAN
Waaaa.. Banyaknya Hutang Negara Kita..
byAnak Sungai Derhaka
-
5
Melayu isle dan walaun akan kata ini satu pembohongan, seperti mereka tuduh LGE satu masa dulu.
ReplyDeleteLGE tu memang tongong cai..
DeleteTitik perpuluhan pon tak tahu nak letak mana.
Belajar pun belum habis.Akauantan yg tidak diiktiraf. Tak ada senarai nama dia study di uni yg dinyatakan.
Lepas menang pru14...101 projek tanpa tender/runding terus bernilai lebih rm6billion diberi. Dalam kempen kata integriti... CAT konon.
Maklumlah wang negara dia jaga. Buat macam bapak dia punya. Baru memerintah 22 bulan. Kalau 22 tahun rasanya kaya mcm anak mantan pm.
Ptuiiiiih!!!! 2x5
Terowong ghaib Lim Gone End apa cerita?
Memang ghaib dan khas untuk para saka dan hantu raya ker....hihihi
Kesiannnnn......
Masa mula2 PH jadi gomen tu xdkla smpi byk ni..ni dh taun bila?..haduii..bkn nak kata la..mmg LGE MOF paling bodoh malaysia penah ada..tapi bab mntk 10% pandai plak
DeleteBab minta 10% tu walaun ph tak akan nampak dan buat2 pekak. Suci macam atok....hihihi
DeleteDapat 30 hengget setahun dari lim gone end rasa terharu sangat(walaun ph)
DeleteNegara bangkrap katanya.
Tak boleh bagi bnyk2.
Siap buat pc dgn tangan berbalut patah. Mcm cerita madu 3.
Kalau tak kerana covid19 tak akan tahu ada 2trillion aset dan wang negara dlm simpanan.
Tanpa sedar diumum oleh atok yg 24/7 kata negara bnyk hutang dan bangkrap.
Salah najib katanya negara bangkrap tapi sebaliknya....hmmmm
Masuk yidin ganti atok...berbelanja sakan tanpa ada solusi padu mengganti balik jumlah dipakai. Lockdown separuh masak. Ekonomi makin merundum.Rakyat tertekan. Ramai bunuh diri.
Lockdown dan darurat dijadikan alasan utk bertahan kerusi pm dan berbelanja ikut suka tanpa dibahas di parlimen.
Kalau bangkrap dah lama melingkup rakyat dan negara angkara covid.
Hanya tongong bodoh yg gagal mentadbir ekonomi dan kesejahteraan negara dengan baik.
Nak bagi balik putra jaya pada mereka selepas pru15?
Ptuiiihhhh...
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!