Suatu masa dulu pada tahun 2018, dalam bulan Oktober bekas Perdana Menteri Malaysia yang kini dikenali juga sebagai "Bossku" Datuk Seri Najib Razak telah mendedahkan kononnya loket rantai berlian 22 karat berwarna merah jambu yang turut dikaitkan dalam siasatan skandal 1MDB, dibelikan oleh putera dari negara Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.
Ketika diminta mengulas dakwaan Jabatan Kehakiman (DOJ) AS, berlian merah jambu itu dibeli oleh Jho Low menggunakan AS$620 juta yang Najib telah pulangkan kepada "penderma Arab", yang kemudian dikenal pasti adalah sebuah syarikat yang diuruskan oleh proksi Jho Low, iaitu Eric Tan Kim Loong.
Dalam satu wawancara dengan Al Jazeera untuk program 101 East, Najib menamakan putera berkenaan sebagai Sheikh Mansour Zayed, yang merupakan timbalan perdana menteri UAE dan naib pengerusi UAE's International Petroleum Investment Company.
Dalam wawancara itu juga, apabila pengacara program Mary Ann Jolley menyebutkan bahawa AS$27 juta dari 1MDB digunakan untuk membeli loket berkenaan untuk Rosmah selepas Najib memulangkan AS$620 juta kepada akaun yang dikaitkan dengan Jho Low, bekas perdana menteri itu kelihatan tidak senang.
Najib berkata kononnya Sheikh Mansour merupakan "kenalan rapat" Jho Low yang kini dikehendaki di Malaysia berhubung skandal 1MDB.
Najib atau 'Bossku' juga mendakwa kononnya Rosmah Mansur iaitu Isterinya tidak pernah menerima berlian berkenaan.
"Apa yang berlaku tentang berlian merah jambu itu adalah pertikaian. Jadi jangan buat kesimpulan sendiri," katanya.
DOJ juga mendakwa Rosmah dan Jho Low bertemu dengan tukang berlian yang mereka rantai berlian itu di sebuah kapal layar di Monaco pada Julai 2013.
Najib dengan selamba menjawab: "Kami tidak tahu, apa yang kami tahu ia adalah hadiah daripada Sheikh Mansour yang tahu dengan duit apa ia dibeli dan siapa bayar. Kami tidak tahu! Kami tidak tahu nilai hadiah itu.
Bagaimanapun hari ini Tukang emas berprestij New York, Lorraine Schwartz memberitahu mahkamah di Amerika Syarikat (AS) bahawa dia memperolehi perjanjian AS$23 juta untuk menjual kepada Rosmah Mansor seutas rantai berlian 22 karat.
Schwartz dilaporkan Malaysiakini berkata demikian dalam kenyataannya yang dimasukkan sebagai rekod mahkamah oleh pendakwa dalam perbicaraan terhadap bekas pengurus bank Goldman Sachs, Roger Ng.
Menurut Bloomberg, Schwartz dihubungi oleh Jho Low pada Jun 2013 untuk menhasilkan seutas "rantai berlian merah jambu dengan permata berbentuk hati".
Laporan Bloomberg menyebut Rosmah "mahu" berlian 18 karat tetapi Schwartz hanya mempunyai berlian 22 karat. Bagaimanapun, perjanjian tetap dicapai.
Menurut kenyataan Schwartz, dia secara peribadi menghantar rantai itu kepada Rosmah di atas sebuah kapal layar, dengan kehadiran Jho Low, di luar pesisiran pantai Monaco.
Kenyataan Schwartz turut mendakwa Rosmah membeli barang kemas tambahan bernilai AS$1.3 juta daripada dirinya pada 2014.
Invois untuk barang kemas bernilai AS$23 juta telah dipamerkan kepada juri, tetapi bukan salinan sebenar.
Laporan penuh silalah baca di SINI
Hmm... 1Malaysia dia dah auta rupanya pasal berlian merah jambu berharga USD23 Juta tu..
Artis dalam Video di siasat pelbagai pihak pakat 'interframe' bagai. Ahli politik dalam Video bebas sakan sekor pun tak nak 'interframe'
ReplyDeletePelik juga dengan sistem sistem dalam negara semenjak kerajaan kelabu asap jadi pemerintah 22 bulan Tun berkuasa.
Ada duit dari sumber sama lebih besar masuk ke dalam akaun puak sendiri, sehingga kini masih di siasat , sedang di siasat , akan di siasat pula. Yang banyak masuk duit tu bukan orang VVIP. Orang biasa tiada jasa pada negara. Cuma bergayut pada bini seorang ex VVIP di Bank Negara.
Baru baru ini apabila seorang artis memuat naik gambar teaser video nya berkemungkinan untuk promosi filem, habis seluruh negara tunggang terbalik.
Bagus lah , jika isu moral menjadi naratif.
Antara yang ‘enter frame’ dalam isu video artis ini ada lah Jabatan Agama dan Jabatan multimedia.
Kenapa bila si Artis yang tiada “badkup” orang berkuasa berani di buli di soal?
Ketika kecoh video seorang ahli politik tidak berbaju di atas ranjang Bersama seorang sesama jantan lain di bilik hotel tidak pula di panggil oleh Jabatan Agama dan segala macam Jabatan jabatan berkaitan?
Video sesama jantan tak guna lansung tidak di siasat kononya 'blur'. Semua agensi kerajaan pun jadi 'blur' Sedang kan sekor jantan tak guna sudah mengaku dalam video 'blur' itu..!!
Harus di ingat semenjak kerajaan di ambil alih oleh kepimpinan Tun Mahathir, semua perkara menjadi tunggang langgang.
Yang salah tetapi sekongkol dengan Tun Mahathir tidak di kenakan Tindakan, yang tidak salah tapi tapi enggan ikut telunjuk di kena kan pelbagai dakwaan.
KHALAS
SPRM Pulis AG Sila rampas segera berlian merah jambu itu.. Act now jangan malas dan tido..
ReplyDeleteKHALAS
Pelakon buat aksi lucah dalam filem banyak agensi interframe...AMIN
ReplyDeleteFilem blur sesama jantan bogel tak ada pihak yang interframe.. AMIN
Anak cucu bogel agak agak ada pihak nak interframe.. krikk krikk krikk
kah kah krikk krikk kah kah..
KHALAS
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!