Berdepan Hukuman Mati: Yasin Kirim Salam Kepada Syed Saddiq

Yasin Sulaiman, yang berdepan dua pertuduhan atas kesalahan menaman 17 pokok ganja di kediamannya hari ini meminta Presiden Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengusahakan agar ganja perubatan diluluskan di parlimen.

“Sampaikan salam kepada YB Syed Sadiq, minta dia segerakan kelulusan kanabis untuk perubatan di Parlimen,” pesannya kepada wartawan ketika tiba di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya kira-kira pukul 10 pagi tadi.

Kegiatan menanam ganja dijalankan penyanyi terbabit terbongkar selepas kediamannya diserbu polis pada 24 Mac lalu.

Polis menemukan 17 pokok dalam pasu dan tanah disyaki ganja di bilik, balkoni rumah dan dalam almari baju miliknya.

Selain itu, polis turut menemukan dua plastik berisi ketulan mampat daun kering disyaki ganja seberat 214 gram, cecair pemusnah serangga, alat pengukur kandungan

PH air, alat penyukat suhu, lampu, alat menyiram tanaman dan alat pengudaraan.

Penyanyi dan komposer itu akan didakwa mengikut Seksyen 39B dan Seksyen 6B Akta Dadah berbahaya.

Untuk rekod, tahun lalu Syed Saddiq meminta Kementerian Kesihatan menjelaskan pendirian kerajaan mengenai penggunaan hem atau "ganja perubatan" sebagai ubat alternatif kepada pesakit.

Laporan penuh silalah baca di SINI


Harian Metro melaporkan Yasin Sulaiman berdepan hukuman mati selepas didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan mengedar dadah jenis ganja di kediamannya..

Berikut adalah laporannya

Petaling Jaya: Penyanyi nasyid, Yasin Sulaiman berdepan hukuman mati selepas didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan mengedar dadah jenis ganja di kediamannya, pada 24 Mac lalu.

Yasin atau nama sebenarnya Muhammad Yasin Sulaiman, 47, kelihatan tenang ketika pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Zhafran Rahim Hamzah.

Mengikut pertuduhan, penyanyi popular dengan lagu Mimpi Laila didakwa mengedar dadah jenis ganja anggaran berat 214 gram.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah unit kondominium di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3 Kota Damansara di sini, pada jam 5.30 petang, 24 Mac lalu.

Berikutan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau gantung sampai mati dan sekiranya tidak dihukum mati hendaklah disebat maksimum 15 sebatan, jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Sementara itu, Yasin mengaku tidak bersalah bagi satu lagi pertuduhan di hadapan Hakim Norshila Kamaruddin di Mahkamah Sesyen.

Tertuduh didakwa menanam 17 pokok ganja dalam pasu plastik berisi tanah merah di lokasi, waktu dan tarikh sama.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 6B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 6(B)(3) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang enam kali jika sabit kesalahan.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohammad Al-Saifi Hashim dan Asnawi Abu Hanipah manakala tertuduh diwakili peguam Yusmadi Yusoff.

Bagi kedua-dua prosiding itu, mahkamah tidak membenarkan jaminan terhadap Yasin dan menetapkan 18 Mei ini untuk sebutan semula kes.

2 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Jika Bicara Keluarga Zeti Sebelum PRU15 , Insyallah BN@ Bossku akan menang Cemerlang.

    Beberapa laporan media menyatakan kertas siasatan terhadap kes keluarga Zeti Akhtar Aziz memiliki wang RM700 juta dari Jho low telah lengkap siasatan dan kini telah diserahkan kepada Peguam Negara.

    Namun, berapa kurun lagi akan di bawa ke mahkamah oleh Peguam Negara ,siapa pun tidak dapat tahu.

    Rakyat sudah mendapat banyak info dari kes ini, dan rakyat percaya ia membabitkan kroni Tun Mahathir dalam kerajaan PN.

    Keyakinan bahawa Tun Mahathir di belakang alihan wang RM700 juta di kuatkan dengan beberapa factor. Antaranya kelewatan di buka kes dan kemudian nya tiada komen dari Tun Mahathir semasa Tun berkuasa dalam PH untuk mendesak kes disegerakan.

    Watak watak utama ulangan skandal Forex 30 bilion ada sama dalam kes RM700 juta, ia itu Nor Yakob dan Zeti sendiri.

    Ia gambaran bahawa jika kes RM42 juta Tun Mahathir begitu kuat berkempen untuk mengenakan Datuk Seri Najib Razak, mustahil wang RM 700 juta milik 1MDB, tiba tiba Mahathir buat tidak peduli pula.

    Kes ‘Semburit’ Azmin di Sandakan , Mahathir menjadi sedikit ‘blur” walaupun ada saksi, bukti, video dan cctv. Ini yang rakyat lihat siapa kroni kroni Tun yang mengusai PN sekarang ini.

    Jho Low hilang Justo saksi utama kes 1 MDB bergambar sebelah Tun lesap depah hidung Tun. Hanya sekor Jho Low semua pemimpin Melayu berantakan dan diperbodohkan.

    Pulau Batu Putih akhirnya disedekah pada anak Lee Kwan Yew. Kaum Jho Low@Lee Kwan Yew tepuk tangan bersorak melihat sesama Melayu berantakan.

    Berbalik kepada tajuk diatas, jika kes keluarga Zeti “mencuri” RM700 juta wang TIA/1MDB di buka sebelum PRU15, UMNO dan Barisan Nasional dan Bossku miliki ‘advantage” tambahan didalam kempen mereka.

    Begitu lah bila Mahathir dan kroni kroni nya menguasai negara dalam banyak isu dan banyak perkara, yang akibatkan negara huru hara sehingga kini.

    KHALAS

    ReplyDelete
  2. Terbaik Bossku fitnah Rafizi kantoi kemaluan besar bila Bossku balas soalan Rafizi kenapa Bossku tidak bersuara semasa CEO Sapura bergaji juta juta ringgit masa Bossku jadi Perdana Menteri

    Saya tidak bersuara ketika CEO dibayar dengan gaji lumayan sebab sebelum 2019, syarikat tersebut adalah syarikat swasta yang juga dibina dan dimiliki CEO tersebut untuk menjadi syarikat perkhidmatan minyak dan gas kedua terbesar dalam dunia.

    “Syarikat swasta yang bayar, ‘shareholders’ (pemegang taruh) dan lembaga pengarah swasta yang luluskan gaji dan pampasan bagi pengurusannya. Dia nak dibayar RM1 bilion setahun pun bukan masalah kerajaan selagi pemegang-pemegang saham dan lembaga pengarah Sapura izinkan. Tidak ada kena mengena dengan kerajaan,” tegasnya.

    Kalau di tanya Tun Mahathir pasti dia kata 'Itu salahkan Najib..!!'. Kalau kenapa ayam itu berkokok sesudah subuh pun Tun kata 'Salah Najib'

    “Lemah, Rafizi. Cuba lagi dan cuba fitnah lagi.”


    KHALAS

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post