Zahid Kata.. PN, PH Tak Namakan Calon MB Kerana Tahu Akan Kalah

JOHOR BAHRU: Tindakan parti dan gabungan politik selain Barisan Nasional (BN) yang tidak menamakan calon Menteri Besar mereka adalah kerana sudah tahu tidak mempunyai peluang untuk melakar kemenangan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, hanya BN sahaja yang konsisten dalam menamakan calon Menteri Besar yang juga diangkat selaku ‘poster boy‘ parti itu.

Menurut beliau, sepatutnya parti politik yang berhasrat menubuhkan kerajaan negeri sudah menamakan calon mereka apatah lagi tempoh berkempen hanya berbaki kurang 24 jam.

“Dari awal lagi kita sudah menamakan siapa poster boy kita dan siapa yang akan kita lantik sebagai Menteri Besar, namun Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH) masih belum berbuat demikian sehingga kini, itu tandanya mereka tahu tidak akan menang.

“PN pula banyak meletakkan poster Abah (Tan Sri Muhyiddin Yassin) secara besar-besaran, manakala poster calon pula kecil-kecil, buat apa letak gambar dia, dia tak bertanding pun dalam PRN Johor.

“Jika atas kapasiti Pengerusi PN, saya juga Pengerusi BN dan Presiden UMNO, tetapi ada nampak ke gambar saya di mana-mana, tidak perlu kerana yang mahu diangkat adalah calon-calon,” katanya pada program ramah mesra di bilik gerakan MIC Johor, di sini.

Tambah Ahmad Zahid, Datuk Seri Ir. Hasni Mohammad yang juga calon BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Benut ialah individu paling layak untuk memacu Johor menjadi sebuah negeri tumpuan khususnya melibatkan kemasukan pelabur.

“Dahulu ketika pentadbiran kerajaan BN, Johor menduduki tempat pertama dalam aspek kemasukan pelaburan asing, namun kini ia jatuh di kedudukan kelapan dan perkara itu perlu diperbetulkan.

“Hasni sejak dilantik sebagai Menteri Besar pada Mac 2020 melakukan banyak transformasi dalam ekonomi selepas terpaksa melakukan pembetulan disebabkan beberapa Menteri Besar terdahulu (era PH) gagal mengotakan janji mereka.

“Jadi apabila BN menang esok, kita akan pastikan ia sebuah kerajaan negeri yang stabil yang akan dapat mengembalikan keyakinan pelabur asing, mewujudkan banyak peluang kerja sekali gus memberi manfaat kepada semua khususnya orang muda,” katanya. – UTUSAN

2 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. PRN Johor 2022 | Strategi Paling Ampuh Untuk Tawan Hati Pengundi ~ Johor Memilih >>> KLIK SINI !! <<<

    ReplyDelete
  2. Ada peluang memerintah selepas pru14...buat taik!!!!
    24/7 masih meratib mengutuk lawan tapi hutang negara makin bertambah. Janji tinggal janji rakyat kena kencing. Harta dan aset negara dilelong. Projek mega dibatalkan tapi kroni pula menguasai.
    Rakyat diminta ikat perut dan jangan dengki dgn org kaya. Projek tanpa tender berleluasa tidak spt dicanangkan. Mansuh tol jadi tolOL. Ptptn free konon tapi yg tak bayar disindir.
    Kemudian gila sesama sendiri berebut kuasa sampai ada yg sanggup khianat kawan.
    Maka jika masih lupa taik yg bersepah ditinggalkan jangan guna modal meratib spt mana ratiban sblm pru14.
    Cari modal baru.

    Macam mangkuk sekor tu 24/7 meratib hal rasuah dan menyamun tapi kekayaan dia dan anak2 tak ada unsur rasuah dan salahguna kuasa ker?!!!!

    Jangan anggap rakyat sebodoh kawan2 dia. TONGONG!!!!

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post