Apa Dah Jadi Dengan Konsep 'Payung Besar' PH?

PETALING JAYA: Strategi pembangkang untuk bergabung di bawah satu payung besar bagi mengalahkan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) disifatkan hanya memakan diri sendiri, malah dilihat bercanggah dengan prinsip parti masing-masing.

Penganalisis politik, Prof. Dr. Azmi Hassan berkata, konsep kerjasama itu hanya akan membuatkan pengundi tegar BN untuk keluar mengundi beramai-ramai bagi memberikan sokongan kepada gabungan itu pada PRU15.

Selain itu, katanya, protes dalaman sudah tentu berlaku hasil gabungan kerjasama pembangkang itu yang boleh mempengaruhi pengundi atas pagar yang mahukan kestabilan bagi memilih BN.

“Walaupun mereka boleh ber­kumpul dalam satu konsep payung besar pembangkang, apakah penyokong DAP tidak merasa marah dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), apakah penyokong Pas akan merasa was-was apabila bersama DAP.

“Malah, jangan lupa juga protes dalaman dalam parti itu yang banyak berlaku di Melaka dan di Johor terutama sekali dalam kalangan Pakatan Harapan iaitu DAP, PKR dan Parti Amanah Negara (Amanah).

“Jadi kemungkinan saya melihat strategi ini juga akan memakan diri sendiri, penyo­kong tegar BN akan terus menyokong BN dan kemungkinan yang mereka atas pagar itu akan menyokong BN kerana mahukan kerajaan stabil dan jika dilihat, BN sahaja yang boleh memberikan kerajaan stabil,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Kelmarin, media melaporkan, Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan bahawa beliau berjumpa dengan pimpinan utama parti politik dalam kerajaan dan pembangkang bagi merintis hubungan kerjasama dalam PRU15.

Kata Muhyiddin, parti yang berjumpa dengannya sependapat untuk mengelak pertembungan banyak penjuru dalam PRU-15 bagi menghalang golongan kleptokrat dalam BN kembali berkuasa.

Dalam pada itu, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Johor, Aminolhuda Hassan percaya gabungan parti yang berada dalam PH semasa memenangi Pilihan Raya Umum pada 2018 lalu me­rupakan satu gabungan yang terbaik bagi membolehkan negara ditadbir dengan lebih baik.

Bagaimanapun, beliau berkata, mereka yang menjatuhkan kerajaan yang diterajui PH ketika itu melalui Langkah Sheraton perlu menampakkan keikhlasan mereka sekiranya benar mahu menjalin kerjasama bersama pembangkang.

“Untuk mewujudkan kerajaan yang lebih baik dan adil tidak mempunyai matlamat peribadi, pecah amanah dan mahukan masa depan negara yang lebih baik dan kalau nak duduk berpakat semula, maka kena fikirkan tentang masa depan rakyat khususnya, bukan politik atau parti masing-ma­sing,” ujarnya.

“Kalau pikir parti, masing-masing akan bergaduh lagi, jadi kena fikir masa depan rakyat dan negara.

“Tetapi pertama sekali, yang jatuhkan kerajaan kena minta maaf secara terbuka bagi menunjukkan keikhlasan untuk bersama, baru rakyat boleh nampak keikhlasan untuk bergabung bagi berdepan UMNO dan BN.

“Jika tak rasa itu satu kesalahan, maka mereka akan berterusan buat lagi. Yang tak suka itu adalah pengundi, jadi pemimpin parti cuma mewakili rakyat,” katanya. – UTUSAN

2 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Dear brother and sister,

    I am Myanmar who working in Malaysia more than 10 years and I would like to explain about SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST ASSOCIATION. Therefore, recently I stayed at SASANARAKKHA BUDDHIST SANCTUARY (SBS), Taiping, Perak. I am very close with Ven. U Nandiya Maha Thero.

    My monk Ven. U Nandiya is very good heart and compassion to everyone in the world, also I heard when he stayed at Kuala Lumpur Buddhist Temple, he lends donation money to President of Temple (Datuk Yip Kum Fook, MCA Gombak) with amount RM20,000.00 only and he said that money belong to Myanmar society in Malaysia.

    On the other hand, my monk said, also many things happened when he stayed there because committees always disturbing, I am very sadly about that matter, why committees are very poor and crooks. Others Temple, people come to Temple to respected Buddha and Monks, also give red packet to monks. Why this Temple, monks must give money to committees, this is opposite.

    If anyone receive or read this message, please inform to DATUK YIP KUM FOOK (president of SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST ASSOCIATION) to return that amount to my monk as soon as possible.

    My monk contact place:
    Ven. U Nandiya
    Sasana Daja Buddhist Temple
    49 Bombay Street, Lidcombe NSW 2141.
    Tel: (02) 9649-8124
    And:
    SÄ€SANÄ€RAKKHA BUDDHIST SANCTUARY
    c/o: 28 & 30, 1st floor, Jalan Medan Taiping 4.
    Medan Taiping 34000, Taiping, Perak, Malaysia.

    With kindness

    KO KO NAING
    Taiping, Perak, Malaysia

    ReplyDelete
  2. YIP KUM FOOK will not have friends in the future because he always cheats with his close friends, also his brother -in -law is cheated on, and he will live alone in the future, and his life is very boring when his karma explores, this is a very pity for him

    This YIP KUM FOOK was also put on fire from the Hindu Temple while being the MCA chairman in Taman Daya, Kepong because he wanted a place to trade as furniture in Taman Daya there, many know what happened

    Everything was planned by YIP KUM FOOK but he would accept his karma and he would shake his life following the teachings of the Buddha

    By Ah fatt, Taman Daya, Kepong, Kuala Lumpur

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post