Benarkah Ini Puncanya PATI Merusuh Di Depot Imigresen Itu?

BANDAR BAHARU - Rusuhan di Depot Imigresen Sementara Sungai Bakap, Pulau Pinang dipercayai berlaku selepas sekumpulan warga asing gagal mendapatkan bekalan ubat untuk rakan mereka yang sedang sakit di pusat tahanan berkenaan.

Tahanan yang sakit itu didakwa telah meninggal dunia menyebabkan etnik Rohingya terbabit melakukan kekecohan dengan merosakkan harta benda di dalam pusat tahanan termasuk memecah pintu pagar sebelum mereka keluar beramai-ramai melalui pintu hadapan.

Difahamkan ketika itu hanya 23 orang pegawai imigresen yang bertugas di pusat tahanan itu dan tidak mampu mengawal jumlah warga asing yang merusuh sehingga menyebabkan 528 tahanan melarikan diri kira-kira jam 4.30 pagi Rabu.

Berdasarkan pemerhatian di sekitar pusat tahanan mendapati ada kesan pagar yang rosak dipercayai dipijak kumpulan warga asing terbabit.

Malah penduduk sekitar kawasan tersebut memberitahu, kumpulan warga asing berkenaan dilihat berjalan kaki sambil melaungkan perkataan bebas dan meluru ke jalan utama sehingga ke kawasan lebuh raya.

“Kami memang terkejut dengan apa yang berlaku dan sangat bimbang dengan keselamatan kami sekarang. Sepatutnya tahap keselamatan di depot ini berada dalam keadaan yang terbaik,” kata seorang penduduk yang enggan dinamakan.

Tahanan itu kemudian didapati berjalan sejauh lapan kilometer hingga ke kawasan Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berhampiran Jawi sebelum enam tahanan terdiri daripada dua lelaki, dua wanita dewasa dan masing-masing seorang kanak-kanak lelaki serta perempuan dirempuh beberapa kenderaan.

Dalam pada itu,difahamkan depot itu sebelum ini merupakan bekas tapak Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Sri Impan, Sungai Bakap.

Kem terbabit mula dibuka pada 2004 dan menjadi antara pusat latihan terawal dibuka ketika program PLKN mula diperkenalkan di negara ini.

Menurut sumber, kem PLKN terbabit ditutup sepenuhnya pada 2018 dan terbiar beberapa tahun sebelum ia diubah suai untuk dijadikan depot imigresen bermula pada tahun 2020.

Semua pelarian terbabit di bawah seliaan Jabatan Imigresen Malaysia Pulau Pinang, namun ditempatkan di depot tahanan sementara berkenaan sebelum urusan penghantaran pulang dilakukan.

Ekoran daripada kejadian tersebut, pihak polis juga kini sedang giat melakukan sekatan jalan raya bagi mengesan tahan yang masih bebas lapor Sinar Harian

2 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. We are a SAMNAK SAMBODHI group that opened in Taman Ehsan move to Taman Desa Jaya, Kepong in 1992, then Temple has bought the place as it is now the place

    As such, we are a set of committee members for our SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE in Taman Desa Jaya, Kepong. Shia Kok Sun president at that time, then YIP KUM FOOK took over from Shia Kok Sun without any meeting

    Shia Kok Sun & family worked hard to develop our Samnak Sambodhi Buddhist Temple, when YIP KUM FOOK became president, then slowly problems arose because this YIP KUM FOOK was political, all ideas about politic

    At that time YIP KUM FOOK was the MCA in Taman Daya, Kepong, also this YIP KUM FOOK was playing politics at the Temple because he needed to gather more supporters for politics, sometimes he invited some politicians to join the ceremony at the Temple

    This YIP KUM FOOK pushed the monk out of the Temple and also called the police to arrest the Buddhist monk, then he closed the temple door and cheated people money and cheated Myanmar monk’s money

    He is called Datuk but we do not mention Datuk because we are ashamed of people, if we call him Datuk, this is a shame for our Sultan of Selangor because of the title from the sultan of Selangor

    We do not say more, everyone can research on the internet, if everyone would like to know more information about YIP KUM FOOK, please go to GOOGLE & YOUTUBE, also please share and forward to everyone

    By Ms Chan and Buddhist group, Taman Desa Jaya, Kepong, KL

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post