Budaya Politik ‘Ala UMNO’ Ada Dalam PKR Rafizi Kata?

SHAH ALAM - Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu kembali kepada asal kelahiran parti iaitu sebuah gerakan rakyat dengan membuang budaya politik ‘ala UMNO’ yang bermewah dan bertema bangsawan.

Calon Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, budaya sedemikian tidak boleh dibiar daripada terus membelenggu parti.

Malah, beliau juga mengambil langkah mengadakan pertemuan di siang hari semasa bulan Ramadan supaya kempen tidak bermewah dengan jamuan di hotel dan sebagainya.

“Saya berasa tenang dapat bersua muka kembali dengan sahabat-sahabat lama yang telah bersama lebih dua dekad.

“Dari raut wajah mereka, dari senyuman mereka, dari pesanan yang diberikan, saya faham mesej yang diberikan.

Kami sedia berjuang dan bermula dari bawah seperti dahulu.

“Kami hanya perlukan pimpinan parti yang tidak begitu selesa dengan pangkat dan kemewahan untuk bersama-sama kami.

Saya telah melalui empat pemilihan parti - 2010, 2014, 2018 dan 2022,” katanya dalam hantaran di Facebook pada Ahad.

Rafizi dalam masa turut mengakui dirinya tidak pernah melihat semangat berkobar-kobar untuk bekerja dengan semangat lawan tetap lawan seperti yang ditunjukkan penyokongnya dalam siri jelajah kempennya kali ini.

Justeru, beliau mengajak semua ahli parti supaya membina membina semula kekuatan dan taring parti lapor Sinar Harian

1 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Tun Mahathir dah mula buka mulut. Asal buka mulut mesti bau longkang jamban.

    Setelah berdiam diri sekian lama, kerana takut menjawap isu Zeti dan Nazlan, kini mulut lidah bercabang Kembali berbunyi kembali

    .. kelentang kelentung bonyi nya...!!

    Dalam cubaan mengalihkan perhatian dari isu hakim lantikan nya Nazlan Ghazali yang sudah disiasat Polis dan tsedang di siasat SPRM dan terdapat sejumlah wang tidak diketahui sumber, Mahathir Kembali cuba menarik rakyat tumpu Kembali kepada Bossku

    Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata Putrajaya harus menyimpan wang tunai dan barangan mewah yang dirampas dalam serbuan ke atas pangsapuri yang dikaitkan dengan Bossku pada 2018 lalu jika bekas perdana menteri itu tidak dapat membuktikan ia sebenarnya adalah hadiah dan tidak dibeli dengan dana 1MDB.

    Pada kes Nazlan dan Zeti , tidak pula Mahathir ingin tahu dari mana pula Zeti dan suami mendapati RM700 juta.

    Begitu juga dengan kes Nazlan, dari mana datang nya RM1 juta dalam akaun nya?

    Dalam satu siri ciapan Twitter yang memperincikan apa yang digambarkan sebagai pergerakan dana yang dikaitkan dengan syarikat pelaburan negara itu, Mahathir berkata tiada bukti siasatan menyeluruh sudah dijalankan.

    Kain di beri kepada Imam , van untuk sebuah surau boleh di rampas dan di sita atas sebab wang 1MDB tetapi RM700 juta milik 1MDB masuk kdalam akaun Zety dan Taufik Ayman PDRM AG dan SPRM buat bodoh saja tidak di sentuh langsung? Pulis AG SPRM semua buat bodo sambil garu garu gentel telor..!!

    Sebagai seorang pejuang rasuah selektif dan pejuang rasuah retorik begitu lah tabiat Atok kau..!!

    Sampai bila atok kau nak perbodohkan rakyat, kita semua pun tidak tahu.

    kelentang kelentung bonyi nya..!!!

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post