Hj Hadi Harap Penyebar 'Pas Leak' Tanggung Di Akhirat

MARANG - Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berharap penyebar dokumen sulit dikenali sebagai 'Pas Leak' yang dianggap sebagai surat layang menerima balasan setimpal dengan perbuatan.

Katanya, Pas tidak akan melayan isu penularan dokumen itu malah menyifatkan ia sebagai surat layang yang sengaja ditularkan bagi memburukkan imej parti tersebut.

ang ni kita tak tahu siapa yang buat. Sebab itulah dipanggil surat layang. Cuma dia tanggunglah dengan Tuhan. Kita orang Islam percaya kan. Bulan puasa pula," katanya ketika ditemui pemberita di kediamannya selepas menyampaikan kuliah dhuha di Masjid Rusila di sini, pada Jumaat.

Dalam pada itu, Abdul Hadi menjelaskan, isu berkenaan hanya digemari oleh golongan tertentu yang disifatkan sebagai 'loyar buruk' kerana berminat untuk melayan surat layang itu.

"Tak ada guna kita melayan surat layang ni. Kalau layan nanti kita sama-sama melayang.

"Pada saya hanya yang 'loyar buruk' sahaja yang melayan surat layang ni, kerana dari segi undang-undang pun (isu itu) tidak lekat,” katanya.

Mengulas lanjut Abdul Hadi berkata, tiada keperluan baginya membuat sebarang penafian berhubung surat tersebut kerana penjelasan sudah dibuat oleh Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, pada Rabu.

Katanya, penyebaran Pas Leak tidak menggugat keharmonian serta hubungan parti itu bersama rakan komponen Perikatan Nasional (PN) yang lain.

"Hubungan bersama PN seperti biasa. Kita sentiasa mengadakan perbincangan dari masa ke semasa secara terperinci. Kita tak mahu layan surat-surat layang ni," katanya.

Dalam pada itu, Abdul Hadi berkata, terpulang kepada UMNO untuk membuat laporan polis berhubung isu tersebut.

"Terpulang kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk membuat laporan polis kerana Pas kekal dengan pendirian untuk tidak melayan isu berkenaan," ujarnya.

Sebelum ini tular di media sosial beberapa keratan dokumen didakwa merupakan minit mesyuarat Pas yang mempunyai pelan atau gerak kerja parti itu untuk menjatuhkan UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Dua pemimpin Pas dan PN iaitu Ahmad Samsuri dan Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin turut memberikan maklum balas dengan menyifatkan Pas Leak sebagai dokumen sampah.

Selain itu, mereka turut menafikan dakwaan wujud perbincangan dalaman untuk menjatuhkan beberapa pemimpin UMNO sebagaimana didakwa menerusi dokumen tersebut lapor Sinar Harian

3 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. We are a SAMNAK SAMBODHI group that opened in Taman Ehsan move to Taman Desa Jaya, Kepong in 1992, then Temple has bought the place as it is now the place

    As such, we are a set of committee members for our SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE in Taman Desa Jaya, Kepong. Shia Kok Sun president at that time, then YIP KUM FOOK took over from Shia Kok Sun without any meeting

    Shia Kok Sun & family worked hard to develop our Samnak Sambodhi Buddhist Temple, when YIP KUM FOOK became president, then slowly problems arose because this YIP KUM FOOK was political, all ideas about politic

    At that time YIP KUM FOOK was the MCA in Taman Daya, Kepong, also this YIP KUM FOOK was playing politics at the Temple because he needed to gather more supporters for politics, sometimes he invited some politicians to join the ceremony at the Temple

    This YIP KUM FOOK pushed the monk out of the Temple and also called the police to arrest the Buddhist monk, then he closed the temple door and cheated people money and cheated Myanmar monk’s money

    He is called Datuk but we do not mention Datuk because we are ashamed of people, if we call him Datuk, this is a shame for our Sultan of Selangor because of the title from the sultan of Selangor

    We do not say more, everyone can research on the internet, if everyone would like to know more information about YIP KUM FOOK, please go to GOOGLE & YOUTUBE, also please share and forward to everyone

    By Ms Chan and Buddhist group, Taman Desa Jaya, Kepong, KL

    ReplyDelete
  2. Selagi jenama Tun Mahathir dibawa semasa PRU 15 gabungan pembangkang bertanding untuk kalah.

    Memang Rafizi makin basi sebab diam duam Rafizi bawa jenama Tun Mahathir.

    PRU-15 bakal menyaksikan samada Perikatan Nasional (PN) ataupun Pakatan Harapan (PH) bertanding hanya untuk kalah selagi nama Tun Mahathir dijaja. Kalah bermaksud gagal menududuki Putrajaya.

    Putrajaya adalah tempat bagi parti yang menang. Mengapa dikatakan dua parti itu bertanding untuk kalah? kerana hanya satu jawapan, gagal berkerja berpasukkan untuk melawan musuh yang sama. Gagal berpasukan sebab jenama Tun Mahathir yang bukan saja lusui lapuk malah sekarang terkini ada branding baru iaitu 'kertel mafia'

    Terbukti dengan jelas melalui PRN Melaka dan Johor, dua parti itu bertanding untuk kalah.

    Para pemimpin dua parti itu, bukanpun tidak tahu, bahawa Umno/BN boleh dikalahkan dengan syarat Tun Mahathir dengan brand baru 'kartel mafia' dibuang dalam longkang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Atok cuma akan bersara drp politik bila dsai pun bersara. Selagi dsai ada peluang 1% utk jadi PM selagi tu lah Atok tak akan bersara, atau jika dia dijemput oleh Allah......

      Delete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post