Hakim Perancis mendakwa syarikat pertahanan Thales kerana bersubahat dalam rasuah berhubung penjualan kapal selam pada 2002 kepada Malaysia, sumber rapat dengan siasatan kes itu memberitahu AFP pada Selasa.
Kes yang sudah lama berlarutan berhubung dakwaan sogokan tersebut dibuka pada 2010 di mana ia turut dikaitkan dengan bekas perdana menteri Malaysia, Najib Razak.
Najib memegang jawatan menteri pertahanan ketika perjanjian bernilai AS$1.2 bilion bagi pembelian dua kapal selam Scorpene dan satu kapal selam Agosta ditandatangani bersama unit DCN pertahanan laut Perancis yang kini menjadi sebahagian dari Thales.
Rakan sekutu Najib, Abdul Razak Baginda bertindak sebagai penasihat dalam perjanjian tersebut.
Beliau dituduh menggelapkan sogokan sebanyak lebih 114 juta euro (AS$121 juta) di bawah senarai “kerja-kerja rundingan” melalui sebuah syarikat di mana beliau merupakan pemegang saham terbesarnya.
Wang tersebut kemudiannya didakwa diberikan kepada Najib, yang kini berdepan kes rasuah sebaik sahaja pentadbiran kerajaan pimpinannya ditumbangkan pada pilihan raya umum (PRU) 2018.
Razak Baginda didakwa di Perancis pada 2017, sementara Najib disoal siasat oleh badan pencegahan rasuah Malaysia.
Secara keseluruhan, sembilan defendan termasuk Thales disenaraikan dalam pendakwaan tersebut dan siasatan ditutup pada Januari 2022, kata sumber itu.
Selain Thales, bekas pengerusi DCN International Philippe Japiot, bekas ketua eksekutif Thales Jean-Paul Perrier dan dua bekas eksekutif lain adalah antara defendan yang disenaraikan dalam pertuduhan itu.
Keempat-empat mereka menafikan wujud salah laku dalam rundingan tersebut sementara kerajaan Malaysia pula berkata kontrak tersebut bebas daripada unsur rasuah.
Ketika dihubungi AFP, Thales berkata “ia menentang sekeras-kerasnya dakwaan tersebut.”
Pendakwa raya dari pejabat jenayah kewangan Perancis kini menyerahkan proses seterusnya kepada hakim, di mana beliau akan memutuskan sama ada kes itu akan dibicarakan di mahkamah atau tidak, walaupun rayuan berhubung kes itu difailkan pada Mei 2021 ~ MalaysiaNow
Pengeluar Kapal Selam Dibeli Malaysia Diera Najib Didakwa Rasuah
byAnak Sungai Derhaka
-
3
Atok korang tu dah buat hal balik..!!
ReplyDeleteLima Entri terakhir twitter Mahathir berkenaan Najib, Mahathir tidak berani Ratib nama Zeti dan Nazlan, Dah Kenapa Atok Korang tuhh..!!?
Ada berkemungkinan pura pura tidak melihat – “close one eyes , shut the other’.
Jika Mahathir buat pekak atau buat bodoh, selalu nya memberi “hint” dia ada terbabit sama.
Amat pelik apabila seorang pejuang benteras Rasuah tidak meratib nama Zeti Akhtar dan Nazlan Mohd Ghazali dalam setiap kenyataan nya.
Hakim asal Datuk Suffian di ganti dengan hakim Nazlan di saat akhir, seolah olah diatur.
Kita masih tidak lupa kisah mata Mahathir kabur dan blur apabila tonton video pelaku songsang didalam bilik hotel , namun mustahil mata dan telinga Mahathir pekak apabila membabitkan individu yang dilantik oleh nya.
Perkara ini membuat para netizen dan mereka yang aktif dalam politik di Medsos yakin dan percaya Mahathir ada kaitan dengan skandal kedua mereka.
Hatta, seperti seorang kanak kanak yang baru pecahkan tingkap dalam rumah berdiam diri.
Ramai rakyat sedang menunggu respon Mahathir pada kedua skandal membabitkan orang pelantikan nya.
Pada lima entri tulisan Mahathir yang terakhir diblog peribadinya, kesemua darinya mengaitkan Najib...dah buang tebiat balik Atok Korang niih..!!
Rakyat dah tahu sesangat dan tak berharap lansung akan ada respon nya bukan lah “Saya tak tau” kerana kisah 1MDB dalam kain pun Mahathir boleh tahu. Tambah lagi Mahathir ada lah ‘King of Bribebuster’
Jawapan untuk Atok Korang lepas raya pilihanraya... ingat formula ini wahai pengundi sekelian
Lingkupkan Boboi = Melingkup legacy Kerala
Lingkup lah selama lama nya...
Tungguuuuu....!!!!!
Dulu semasa hendak menjatuhkan kerajaan bn, fitnah seperti inilah yg disebarkan dimana fakta yg sedikit diadun dgn fitnah.
ReplyDeletePembelian kapal selam scorpene dibuat zaman madeyy pm dan menteri kewangan. Segala tolak campur dan bahagi telah selesai dimuktamadkan belum pun DSN jadi menteri pertahanan.
syarikat yg dapat kontrek bagi perbelanjaan latihan, elaun sara hidup dan lain2 perbelanjaan spt tambang bercuti; adalah syarikat milik kawan rapat anak madeyy, bukannya DSN.
Dan kini madeyy dah jadi lebih low class dari lapiji dimana lebih banyak berbohong dan memfitnah. Sebabnya dalam perkara fakta kebenaran, mesti keburukannya terpalit nama madeyy.
Hairan juga kita, macam mana parti low class yg hanya ada 13 kerusi dapat jadi pm. Dan terkini, parti madeyy telah kalah teruk dgn hilang deposit dlm prn melaka dan johor.
Salah seorang pengasas ppbm dan presiden empirical m'sia mengatakan madeyy anak beranak sangat kaya hingga memiliki Lebih 400 syarikat seperti yg pernah dilaporkan oleh ahli muda ppbm kpd sprm dan polis.
Jadi apalah sangat yg diharapkan perkara baik keluar dari mulut org yg sangat nyanyuk. Malah madeyy kini ibarat orang yg dimakan sumpah, setiap yg dikatakan adalah seperti mengatakan diri sendiri.
Tetapi tidak boleh dibiarkan org spt madeyy utk terus melakukan kerosakan kerana duit menjadikan org itu beruwang, yg boleh merosakkan sistem negara ini spt polis, sprm, mahkamah dsbnya.
Hanya di m'sia shj, hakim yg menjatuh hukum dan dia juga menjadi hakim yg buat semakan.
Saudara-saudara dan Saudari-saudari yang di hormati
ReplyDeleteUntuk keadilan dan martabat Buddhist, (Maruah Sami Buddhist dan Kuil SAMNAK SAMBODHI) Kami Ahli Parti Keadilan Rakyat tetap akan memberi segala pertolongan bagi mempertahankan, sekiranya Peguam Yip Kum Fook, MCA Pengerusi Gombak terus kacau Sami Buddha atau cuba memusnahkan kebudayaan Buddhist dengan kurang ajar
Ladies and gentlemen are in respect
For justice and values Buddhist, (dignity of monks and the Buddhist Temple of SAMNAK SAMBODHI) We the People's Justice Parti Keadilan Rakyat will continue to give all help to preserve, suppose that lawyer Yip Kum Fook, MCA Gombak Chairman continues to disturbs Buddhist monks or try to destroy Buddhist culture with disrespectful
为了正义和佛教的尊严,(佛教僧侣和佛寺的荣誉SAMNAK SAMBODHI),我们人民公正党将提供一切帮助保卫,如果马华公会鸱唛区主席叶金福律师(Yip Kum Fook, MCA Gombak) 继续无耻的凌乱僧侣或试图摧毁佛教的文化
shared by tzu chi Buddhist group, kepong
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!