PM Pakistan Tumbang Angkara Pemimpin 'Kluster Mahkamah'

BEKAS Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan tersingkir daripada jawatannya pada Ahad lalu selepas ahli-ahli Dewan Rendah Parlimen mengundi dalam undi tidak percaya terhadap kepimpinan setelah usul tersebut diadakan atas arahan Mahkamah Agung negara berkenaan.

Dalam undian yang diusulkan oleh pihak pembangkang ketika itu, seramai 174 ahli Parlimen daripada 342 anggota di dewan tersebut mengundi tidak percaya terhadapnya sekaligus menamatkan tugasnya sebagai Perdana Menteri.

Beliau menjadi Perdana Menteri sejak tahun 2018 apabila berjaya membentuk gabungan perikatan politiknya selepas pilihan raya umum diadakan di negara itu.

Keputusan undian itu juga menjadikan Khan sebagai Perdana Menteri Pakistan pertama yang digulingkan melalui usul undi tidak percaya dan ia juga bermakna tiada pemegang jawatan tersebut berjaya melengkapkan tempoh perkhidmatan selama lima tahun dalam sejarah 75 tahun penubuhan negara berkenaan.

Bagaimanapun, Khan sendiri tidak hadir pada undian tidak percaya itu.

Kemelut politik Pakistan bermula pada hujung bulan lalu apabila Khan yang mengetuai parti Tehreek-e-Insaf (PTI) hilang majoriti sebagai Perdana Menteri disebabkan parti Muttahida Qaumi Movement Pakistan (MQM) keluar daripada gabungan politiknya dan melakukan perjanjian dengan parti pembangkang, Parti Rakyat Pakistan (PPP).

Berikutan itu, Khan menasihatkan Presiden Pakistan, Arif Alvi membubarkan Parlimen dan beliau mengikut nasihat tersebut pada 3 April lalu bagi membolehkan pilihan raya awal diadakan selepas Timbalan Speaker Parlimen, Qasim Suri bertindak menolak usul undi tidak percaya terhadapnya.

Pembubaran Parlimen itu juga menimbulkan kemarahan pihak pembangkang yang selama berbulan-bulan menuntut penyingkirannya.

ARAHAN MAHKAMAH AGUNG

Ketika itu, Pengerusi bersama parti PPP, Bilawal Bhutto Zardari membuat ciapan di Twitter dengan menyatakan: "Kami mempunyai majoriti. Kami akan mengalahkan Perdana Menteri dalam undi tidak percaya." Namun, ekoran keputusan pembubaran Parlimen itu, pihak pembangkang bertindak balas dengan menuduh Khan melakukan khianat dan meminta mahkamah tertinggi Pakistan membuat keputusan sama ada Perdana Menteri telah melanggar Perlembagaan negara.

Justeru, pada 5 April lalu, Mahkamah Agung mendengar hujah daripada peguam yang mewakili kumpulan pembangkang ketika itu termasuk Liga Muslim Pakistan-Nawaz yang diketuai oleh bekas Perdana Menteri, Nawaz Sharif dan PPP yang dipengerusikan bersama oleh bekas Presiden, Asif Ali Zardari serta anaknya, Bilawal.

Lanjutan itu, Mahkamah Agung yang diketuai Ketua Hakim Negara, Umar Ata Bandial memutuskan bahawa keputusan Timbalan Speaker Parlimen menolak undi tidak percaya ketika itu adalah bertentangan dengan Perlembagaan.

Selepas keputusan tersebut dibuat, seorang tokoh pembangkang ketika itu, Murtaza Javed Abbasi menyerahkan usul undi tidak percaya kepada Setiausaha Dewan Parlimen bagi membolehkan ia diadakan.

Jika para pemimpin pembangkang ketika itu tidak memfailkan kes tentang tindakan Timbalan Speaker tersebut yang menolak undi tidak percaya di Mahkamah Agung, kemungkinan Khan tidak tersingkir daripada jawatannya pada Ahad lalu.

Khan, 69, yang merupakan bekas pemain kriket dari tahun 1971 hingga 1992 dan lahir pada tahun 1952 dalam sebuah keluarga mewah di bandar Lahore selain pernah menerima pendidikan berprestij dengan memperoleh ijazah dalam bidang falsafah, politik serta ekonomi dari Universiti Oxford.

Bagaimanapun, beliau yang memenangi kerusi parlimen pada tahun 2002 dan menubuhkan parti PTI pada tahun 1996 berdepan dengan pelbagai masalah ketika memegang jawatan sebagai Perdana Menteri.

Ketika pemerintahannya, beliau dilanda dakwaan melakukan kecuaian fiskal ketika kerajaannya berjuang mengurangkan rizab pertukaran asing dan inflasi meningkat kepada dua angka, dengan kos keperluan seperti makanan dan bahan api melambung tinggi manakala rupee Pakistan pernah mencecah ke paras terendah.

Khan juga untuk mengulangi dakwaannya bahawa penentangan terhadapnya didorong oleh Amerika Syarikat (AS) dan beliau tidak boleh dengan mudah digunakan sebagai boneka oleh Barat berkaitan dengan dasar-dasar luarnya yang bebas namun kenyataan itu dinafikan oleh Washington.

KENAIKAN 'KLUSTER MAHKAMAH'

Kegagalannya untuk bekerjasama dengan sekutunya dan tentera menyebabkan keretakan hubungan dalam kerajaan gabungannya.

Sehubungan itu, ekoran kejayaan pembangkang berjaya memperoleh keputusan positif hasil undian tidak percaya yang dilakukan atas arahan Mahkamah Agung, seorang lagi tokoh pembangkang, Shehbaz Sharif dipilih oleh ahli-ahli Parlimen menjadi Perdana Menteri ke-23 dan beliau juga merupakan adik kepada bekas Perdana Menteri Pakistan, Nawaz Sharif.

Pemilihan Shehbaz turut menimbulkan kontroversi apabila sesetengah merujuk sebagai kluster mahkamah diangkat menjadi Perdana Menteri Pakistan.

Ini kerana Shehbaz dan anaknya sedang berdepan dengan tuduhan rasuah dan penggubahan wang haram.

Berdasarkan rekod, pada Disember 2019, Biro Akauntabiliti Nasional (NAB) membekukan 23 hartanah milik Shehbaz dan anaknya, Hamza Sharif, apabila mereka dituduh melakukan pengubahan wang haram.

Pada 28 September 2020, NAB menangkap Shehbaz di Mahkamah Tinggi Lahore dan mendakwanya atas tuduhan pengubahan wang haram. Dia dipenjarakan sementara menunggu perbicaraan. Bagaimanapun pada 14 April 2021, Mahkamah Tinggi Lahore membebaskannya dengan ikat jamin.

Dan menariknya, setahun kemudian di tengah-tengah krisis politik Pakistan, nasib Shehbaz berubah daripada pemimpin yang dituduh kes rasuah kepada seorang ketua negara yang mempunyai populasi penduduk 220 juta orang.

Kejatuhan Imran kini menggugat kestabilan politik di Pakistan apabila ribuan rakyat mula berdemonstrasi di jalanan ~ SH

1 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Sila kongsi dan majukan kepada semua rakan-rakan

    Kami ingin memaklumkan kepada semua tentang YIP KUM FOOK, presiden KUIL BUDDHA SAMNAK SAMBODHI, Taman Desa Jaya, Kepong, YIP KUM FOOK tidak pernah memalukan orang ramai tentang beliau selalu berbohong, menipu, menghina ajaran Buddha, dll.

    Baru-baru ini ramai yang memperkatakan tentang perwatakannya, sebelum ini dia seorang pemandu lori yang menghantar perabot ke mana-mana, kemudian dia belajar kursus undang-undang di beberapa universiti tetapi kita tidak tahu dia belajar kursus atau tidak kerana dia tidak tahu undang-undang, dia menipu orang. dimana - mana. dan bagaimana peguam boleh menipu orang tanpa rasa takut pada undang-undang

    Harap semua orang harus mengambil berat tentang nama ini YIP KUM FOOK (PEGUAM ATAU MCA GOMBAK PENGERUSI DAN PRESIDEN KUIL BUDDHA SAMNAK SAMBODHI), juga perlu dikongsi dan dimajukan kepada semua. Jika tersilap langkah, anda akan kehilangan segala-galanya, lelaki atau YIP KUM FOOK ini sangat bahaya dan anaknya (YIP JIUN HANN) juga yang paling bahaya.

    Oleh KOK MENG, KEPONG

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post