Berbalah Dengan Najib, Rafizi Berdepan Saman Dari CEO Sapura..

PETALING JAYA: Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berdepan saman fitnah berhubung kenyataannya semasa berbalah dengan bekas perdana menteri, Najib Razak, mengenai masalah kewangan Sapura Energy Berhad.

Satu surat tuntutan maaf dihantar kepada Rafizi. Antara lain, surat itu juga menuntut tiga artikel yang didakwa berunsur fitnah terhadap presiden kumpulan dan ketua eksekutif Sapura, Shahril Shamsuddin, ditarik balik.

Tarikh akhir yang diberikan kepada Rafizi untuk mematuhi tuntutan itu tamat pada Selasa lepas dan peguam Shahril dijangka memfailkan saman fitnah di mahkamah.

Beliau tersinggung dengan dakwaan Rafizi bahawa pemegang saham majoriti Sapura Energy yang oleh dipimpin Shahril, memperolehi sejumlah RM1.33 bilion, dengan RM1.1 bilion merupakan gaji dan selebihnya bayaran lain dan dividen.

Rafizi mendakwa bayaran itu adalah tiga kali ganda nilai dividen syarikat itu sebanyak RM440 juta yang dibayar kepada pemegang saham lain.

Peguam Shahril bagaimanapun menafikan bahawa Shahril menerima imbuhan RM1.1 bilion.

Surat tuntutan kepada Rafizi menjelaskan jumlah keseluruhan imbuhan yang diperolehi Shahril antara 2013 dan 2021 ialah RM486 juta dan ia diberikan selepas beliau mencapai dan memenuhi petunjuk prestasi utama tertentu. Perkara ini diketahui umum, tambahnya.

Menurut surat itu lagi, imbuhan yang dibayar kepada semua pengarah eksekutif Sapura Energy, termasuk Shahril adalah berdasarkan keuntungan operasi yang mencerminkan prestasi pengurusan sebenar.

Laporan tahunan bagi tempoh tersebut juga menunjukkan keuntungan selepas cukai Sapura Energy dan kepentingan minoriti, tidak termasuk rosot nilai, berjumlah RM4.74 bilion berbanding hasil RM66.27 bilion.

Shahril juga bersetuju suatu perjanjian pinjaman dikenakan ke atas saham pegangannya di Sapura Energy dan diri sendiri berhubung kemudahan bernilai kira-kira RM18 bilion yang diberikan kepada syarikat itu.

Selain itu, beliau turut memainkan peranan dalam suntikan RM532 juta ke dalam Sapura Energy, ketika isu terbitan hak pada 2019.

Tindakan beliau bersetuju dengan perjanjian-perjanjian yang dikenakan ke atasnya itu membuktikan komitmen Shahril kepada syarikat dan “bukannya individu yang memperkayakan diri sendiri dengan mengorbankan Sapura (Energy) seperti yang dicadangkan oleh artikel-artikel terbabit,” kata peguam.

Shahril juga menyanggah dakwaan Rafizi bahawa gaji dan bonus beliau diikat pada harga saham Sapura Energy.

Ikatan itu didakwa menyebabkan Sapura Energy tergesa-gesa membida projek-projek di serata dunia, tanpa mengira sama ada ia boleh dilaksanakan dan menanggung hutang yang banyak.

“Harga saham tidak menjadi sebahagian daripada petunjuk prestasi utama yang memberi kesan ke atas imbuhan pengarah-pengarah eksekutif,” menurut surat tuntutan itu.

Surat itu menjelaskan bahawa pengarah-pengarah eksekutif Sapura Energy dibayar berdasarkan prestasi tahun sebelumnya dan juga suatu pelan insentif jangka masa panjang yang turut diguna pakai bagi 100 kakitangan Sapura berprestasi tinggi lain.

Peguam berkata, urusan pampasan itu harus melepasi proses dalaman yang ketat sebelum diluluskan oleh lembaga pengarah.

“Pada dasarnya, anak guam kami diberi imbuhan selepas mencapai dan memenuhi semua petunjuk prestasi utama yang khusus,” kata peguam itu lapor FMT

2 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Begini kesudahannya blog ini ya. Hahaaaa.

    ReplyDelete
  2. Sila kongsi dan majukan kepada semua rakan-rakan

    Kami ingin memaklumkan kepada semua tentang YIP KUM FOOK, presiden KUIL BUDDHA SAMNAK SAMBODHI, Taman Desa Jaya, Kepong, YIP KUM FOOK tidak pernah memalukan orang ramai tentang beliau selalu berbohong, menipu, menghina ajaran Buddha, dll.

    Baru-baru ini ramai yang memperkatakan tentang perwatakannya, sebelum ini dia seorang pemandu lori yang menghantar perabot ke mana-mana, kemudian dia belajar kursus undang-undang di beberapa universiti tetapi kita tidak tahu dia belajar kursus atau tidak kerana dia tidak tahu undang-undang, dia menipu orang. dimana - mana. dan bagaimana peguam boleh menipu orang tanpa rasa takut pada undang-undang

    Harap semua orang harus mengambil berat tentang nama ini YIP KUM FOOK (PEGUAM ATAU MCA GOMBAK PENGERUSI DAN PRESIDEN KUIL BUDDHA SAMNAK SAMBODHI), juga perlu dikongsi dan dimajukan kepada semua. Jika tersilap langkah, anda akan kehilangan segala-galanya, lelaki atau YIP KUM FOOK ini sangat bahaya dan anaknya (YIP JIUN HANN) juga yang paling bahaya.

    Oleh KOK MENG, KEPONG

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post