PETALING JAYA: Pertikaian antara Rafizi Ramli dan Najib Razak berhubung Sapura Energy Bhd berterusan, dengan naib presiden PKR itu bertegas bekas perdana menteri itu perlu bertanggungjawab terhadap RM983 juta yang dibayar kepada bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat itu.
Rafizi berkata, walaupun Sapura bukan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) ketika Najib sebagai perdana menteri dan menteri kewangan, beliau masih bertanggungjawab sebagai pemegang amanah Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan boleh membantah sebarang urusan yang merugikan PNB.
“Najib bertanggungjawab memastikan portfolio pelaburan PNB memberi pulangan terbaik kepada rakyat,” katanya dalam kenyataan.
Beliau juga mendakwa Najib cuba “mencuci tangan” dengan memberi alasan perdana menteri atau menteri kewangan tiada kuasa dalam urusan syarikat swasta.
Rafizi berkata demikian sebagai respons terhadap dakwaan Najib bahawa Sapura bukan GLC sehingga 2019, oleh itu ia bukan di bawah bidang kuasanya ketika menjadi perdana menteri.
Najib bagaimanapun berhujah, dana simpanan awam seperti PNB akan melabur dalam bentuk ekuiti “ratusan atau ribuan” syarikat tersenarai awam di dalam dan luar negara.
Katanya, syarikat itu mempunyai lembaga pengarah untuk menjaga kepentingan syarikat dan rakyat untuk memantau pelaburan mereka.
“Takkan perdana menteri dan menteri kewangan nak pantau hal ehwal setiap syarikat tersenarai,” soalnya dalam catatan Facebook.
Terdahulu, Rafizi mendakwa CEO Sapura ketika itu menerima RM983 juta dalam pelbagai pembayaran dari 2009 hingga 2018, ketika Najib menjadi perdana menteri ~ FMT
Sapura Energy: Najib Cuba “Cuci Tangan”
byAnak Sungai Derhaka
-
2
Kalah dah kantoi kemaluan beso Rafizi cuba alih tiang gol sedikit. Dari kena smash tepat kat hidung pasal PNB membeli equiti semasa Tin dalam kerajaan PH yang menyebabkan Sapura tunggang langgang dikerjakan oleh anak Mahathir iaitu Mokhzani dalam utusniaga Kencana dan Sapura Tun Mahathir diam bangang bisu.
ReplyDeleteSekarang Rafizi alih tiang gol sket kenapa Najib tifak memantau portfolio pelaburan PNB pula...
Cuba tengok MAS Perwaja Air Asia Renong Bakun dan lain lain siapa PM masa itu dan siapa Menteri Kewangan masi itu... semua lingkup walapun portfolio pelaburan melibatkan Kementerian Kewangan semua lingkup.
Masa tu apa Rafizi cuma.pekak dan bodoh sambil berdiam diri. ...!?
Cubaan alih tiang gol nampak gagal lagi..
Cuba lagi ... cuba fitnah lagi
Bossku "Onjer"
KHALAS
Dear brother and sister,
ReplyDeleteI am Myanmar who working in Malaysia more than 10 years and I would like to explain about SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST ASSOCIATION. Therefore, recently I stayed at SASANARAKKHA BUDDHIST SANCTUARY (SBS), Taiping, Perak. I am very close with Ven. U Nandiya Maha Thero.
My monk Ven. U Nandiya is very good heart and compassion to everyone in the world, also I heard when he stayed at Kuala Lumpur Buddhist Temple, he lends donation money to President of Temple (DATUK YIP KUM FOOK, MCA Gombak) with amount RM20,000.00 only and he said that money belong to Myanmar society in Malaysia.
On the other hand, my monk said, also many things happened when he stayed there because committees always disturbing, I am very sadly about that matter, why committees are very poor and crooks. Others Temple, people come to Temple to respected Buddha and Monks, also give red packet to monks. Why this Temple, monks must give money to committees, this is opposite.
If anyone receive or read this message, please inform to DATUK YIP KUM FOOK (president of Temple) to return that amount to my monk as soon as possible.
My monk contact place:
Ven. U Nandiya
SASANA DAJA BUDDHIST TEMPLE
49 Bombay Street, Lidcombe NSW 2141.
Tel: (02) 9649-8124
With kindness
KO KO NAING
Taiping, Perak, Malaysia
Anyone visiting this Buddhist Temple must be careful with the committee members as they can suck your money and the president of the Temple is also more sucking monks’ money already, add and call the police to arrest Buddhist monks…. And please share this message with your friends and everyone you know
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!