Satu Lawan Satu Mai Kot Mana.. Kalau Semua EGO?

PERTEMBUNGAN dua penjuru di antara Barisan Nasional (BN) dan gabungan mana-mana parti politik lain pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), diramal tidak akan berlaku ekoran wujud isu kepercayaan sesama parti.

Penganalisis politik, Mujibu Abd Muis berkata, sikap sesetengah ahli politik yang mementingkan diri sendiri menjadikan perkara itu mustahil untuk berlaku.

Jelas Mujibu, sejarah kejatuhan kerajaan sebelum ini mencerminkan kesukaran mewujudkan kerjasama antara parti politik.

“Salah satunya, mereka ini ada perasaan curiga disebabkan luka lama akibat sejarah lalu dengan pengkhianatan oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

“Dengan timbulnya ‘PasLeak’ dan sebagainya, maka ia menambahkan lagi kesukaran untuk wujudkan Pakatan Pembangkang atau ‘Khemah Besar’ pembangkang,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.


Akuinya, kesepakatan gabungan parti untuk menamakan ketua yang bakal memimpin juga menyukarkan kewujudan kerjasama tersebut.

“Seperti Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) yang akan menamakan Tun Dr Mahathir Mohamad, dan dalam Pakatan Harapan (PH) pula, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Begitu juga Bersatu dan Warisan, ia antara 'citrawarna’ Pakatan Pembangkang. Ia mungkin menyukarkan pembangkang mewujudkan pakatan atau satu lawan satu pada PRU15,” ujarnya.

Beliau berkata lagi, untuk melaksanakan juga gabungan itu, blok pembangkang perlu mewujudkan satu gentleman agreement dengan menyasarkan kerusi bagi setiap kawasan.

“Bersatu dan Pejuang boleh tumpu dalam kawasan pengundi Melayu. DAP dan PKR pula fokus kawasan campuran dan sebagainya.

“Ia boleh difikirkan mengikut pengkhususan dan kekuatan masing-masing dan jika itu berlaku, mungkin satu lawan satu itu berlaku,” jelasnya.

TIGA PENJURU

Sementara itu, penganalisis politik, Dr Mohammad Tawfik Yaakub berkata, Bersatu juga sukar kembali dalam PH kerana perpecahan dalaman menciptakan satu sejarah yang sukar dilupakan oleh mereka.

Beliau berkata, sebaliknya, trend pertembungan tiga penjuru seperti PRN lalu akan berlaku pada PRU15 dengan gabungan besar Perikatan Nasional (PN), PH dan BN.

“Saya melihat agak sukar untuk wujudnya pertembungan satu lawan satu antara kerajaan dengan pembangkang pada PRU15.

“Sebaliknya, wujud pertembungan tiga penjuru ini seperti PRN lalu. Ia peluang cerah untuk BN mendapatkan majoriti mudah dalam PRU15.

“Tetapi saya yakin BN boleh menang besar lebih daripada majoriti dua pertiga dan dapat memiliki ahli Parlimen yang lebih ramai berbanding keadaan terdahulu,” katanya.

Bagaimanapun, jelasnya, Bersatu dilihat lebih cenderung bekerjasama dengan UMNO berbanding parti lain kerana separuh ahli Parlimen daripada parti itu masih berpandangan mereka boleh mengukuhkan kerajaan PN.

“Pada waktu yang sama, mereka (sebahagian ahli Parlimen UMNO) dilihat sebagai penyokong kuat (Tan Sri) Muhyidin (Yassin) untuk mengekalkan kerajaan PN.

“Permusuhan di antara Bersatu dengan sebahagian ahli Parlimen UMNO pula disebabkan isu tertentu.

“Jika dapat diselesaikan persepsi tersebut dengan baik, mereka boleh bekerjasama dan kukuhkan semula hubungan,” ujarnya lapor SInar Harian

3 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. We inform Buddhist devotees and non-Buddhists about Samnak Sambodhi, that YIP KUM FOOK is president of SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE, Taman Desa Jaya, Kepong because he is force Buddhist monks out of Temple, cheated Myanmar monk’s money and so on…..

    This is very bad Kamma in Buddhist, in past, present and future he will get more suffer and his life will fall into hell, next life he will become some animals, also will stay alone without any friends

    Ven. Piya Dhammo from Penang to visited and practice of Dhamma, this YIP KUM FOOK also forces him out of Temple and calls the police to arrest him, this YIP KUM FOOK is a very narrow mind, now many people about what YIP KUM FOOK has done for Buddhist monks (Buddha Sangha)

    Now police station Sentul and Breakfield police station look at him because fake house construction signature, this is YIP KUM FOOK planning, all people know….. https://www.sinarharian.com.my/article/171749/BERITA/Semasa/Jurutera-didenda-RM40000-palsukan-tandatangan

    By Tan Siong, Sg. Buluh

    ReplyDelete
  2. This message is given attention to everyone in Malaysia, this is about YIP KUM FOOK lying and cheating people's money and so on.

    YIP KUM FOOK is a lawyer and president of a Buddhist association in SAMNAK SAMBODHI, Kepong...also why he doesn't embarrass Buddhists, Buddhism is the highest quality and better teaching in the world.

    But he doesn't know, now is the age of social media technology in this world, if he is a lawyer and has to understand what the law is because the law subject is very high, then he has to study hard, take a course for more than 6 years.

    in the future, he will kill himself because he thinks about the mistakes in what he made in the past, something like he cannot be his own problem, that following Doctor’s philosophy says, it is a mental problem, then he has no place to live in this world.

    If it's true that a lawyer doesn't dare to do such a bad thing, is he not afraid of the public or committing a sin?

    Hope everyone reads this message to the end, maybe everyone can really know about YIP KUM FOOK or the lawyer in Kepong, Kuala Lumpur, Malaysia.

    By Danny Lim, Taman Ehsan, Kepong

    ReplyDelete
  3. Saudara-saudara dan Saudari-saudari yang di hormati
    Untuk keadilan dan martabat Buddhist, (Maruah Sami Buddhist dan Kuil SAMNAK SAMBODHI) Kami Ahli Parti Keadilan Rakyat tetap akan memberi segala pertolongan bagi mempertahankan, sekiranya Peguam Yip Kum Fook, MCA Pengerusi Gombak terus kacau Sami Buddha atau cuba memusnahkan kebudayaan Buddhist dengan kurang ajar

    Ladies and gentlemen are in respect
    For justice and values Buddhist, (dignity of monks and the Buddhist Temple of SAMNAK SAMBODHI) We the People's Justice Parti Keadilan Rakyat will continue to give all help to preserve, suppose that lawyer Yip Kum Fook, MCA Gombak Chairman continues to disturbs Buddhist monks or try to destroy Buddhist culture with disrespectful

    为了正义和佛教的尊严,(佛教僧侣和佛寺的荣誉SAMNAK SAMBODHI),我们人民公正党将提供一切帮助保卫,如果马华公会鸱唛区主席叶金福律师(Yip Kum Fook, MCA Gombak) 继续无耻的凌乱僧侣或试图摧毁佛教的文化

    shared by tzu chi Buddhist group, kepong

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post