Ada perasaan kecewa dan putus harapan dalam kalangan sesetengah pemimpin serta penyokong pembangkang, dan juga rakyat Malaysia.
Ia seolah-olah menanti takdir yakni Umno - yang masih tidak berubah dan tidak pernah bermuhasabah - dikatakan akan menang besar dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Umno yang diterajui 'kluster mahkamah' pimpinan Najib Razak dan Ahmad Zahid Hamidi gigih menyusun langkah mengikut agenda mereka yang tersendiri.
Kluster itu berjaya menetapkan langkah dan agenda mereka sebaik sahaja Umno-BN kalah dalam PRU ke-14. Parti itu sepatutnya sedar diri dan cuba berubah menjadi lebih baik, namun dalam pemilihan parti pada Jun 2018, mereka dengan bangganya mengekalkan Ahmad Zahid sebagai presiden walaupun menghadapi pelbagai tuduhan korupsi di mahkamah.
Umno kemudian bersekongkol dengan PAS pada Okt 2018 untuk menjadi wira kaum melalui program bantahan besar-besaran menentang Konvensyen Antarabangsa Mengenai Pembasmian Diskriminasi Kaum (ICERD) pada 8 Dis 2018.
Kedua-dua parti terbabit selepas itu mengikat tali persahabatan melalui Muafakat Nasional pada Okt 2019.
Umno dan PAS terus mengapi-apikan isu kaum dengan strategi serampang dua mata untuk memecahbelahkan rakyat: menuduh kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang turut dianggotai DAP sebagai ancaman kepada Islam, dan menghasut kaum bukan Melayu bahawa identiti serta cara hidup mereka terancam di bawah pentadbiran Dr Mahathir Mohamad.
PELUANG MAKIN CERAH
Pendekatan 'bumi hangus' itu berjaya apabila kerajaan PH akhirnya dijatuhkan pada Feb 2020 melalui rampasan kuasa Sheraton yang didalangi Umno dan disambut beberapa pemimpin khianat dari PH.
Setelah itu, 'kluster mahkamah' berkonspirasi pula untuk menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Muhyiddin Yassin yang mewakili Bersatu pada Ogos 2021 untuk membolehkan Naib Presiden Umno, Ismail Sabri Yaakob menjadi perdana menteri.
Keghairahan kluster itu semakin menjadi-jadi apabila mereka berjaya memaksa pilihan raya negeri mengejut diadakan di Melaka dan Johor yang membolehkan BN menang besar di sebalik peratus keluar mengundi rendah, ketidakpedulian pengundi dan kekecewaan dalam kalangan penyokong PH sendiri.
Tipu muslihat 'kluster mahkamah' memang berkesan. Seperti yang dapat dilihat dalam usaha mereka menjatuhkan Muhyiddin, kekuatan mereka hanyalah seramai 15 ahli parlimen sahaja.
Tetapi dengan hanya 7 peratus daripada 222 ahli parlimen yang ada, mereka berjaya melakukan konspirasi politik melalui manipulasi sentimen dan kelemahan-kelemahan saingan mereka, sama ada daripada PH atau parti-parti bukan BN.
Kini, peluang 'kluster mahkamah' untuk mengelakkan penjara atas pelbagai tuduhan korupsi semakin cerah. Mereka terus menekan dan memaksa pucuk pimpinan kerajaan untuk mengadakan PRU dalam masa beberapa bulan ini.
Cakap-cakap yang sering didengar ialah PRU mungkin diadakan selepas berakhirnya tempoh memorandum persefahaman (MoU) di antara Ismail Sabri dan PH iaitu pada 31 Julai ini.
Untuk rekod, tempoh rasmi untuk pembubaran parlimen secara automatik ialah pada 16 Julai 2023.
Jika PRU diadakan pada Ogos atau Sept tahun ini, yang paling beruntung ialah Ahmad Zahid dan Najib. Ahmad Zahid sebagai presiden Umno berhak menentukan calon-calon parti. Justeru tiada siapa berani menentang keputusannya.
Najib dan Zahid memang amat berharap Umno-BN akan menang besar, dan dengan kembalinya kerajaan BN, mereka mungkin bebas daripada kemungkinan disumbat ke dalam penjara.
SESUATU YANG PERLU DIFIKIRKAN
Skrip politik mereka jelas dan mudah dibaca. Namun, masih ramai antara kita yang menari mengikut rentak gendang mereka ketika kita masih rasa kecewa, kekosongan dan putus harapan.
Masih ramai yang menyangka tiada siapa mampu menyekat PRU mengejut yang sedang direncanakan oleh 16 Julai 2023 itu. Ismail Sabri pula dilihat sebagai pemimpin lemah yang hanya mengikut telunjuk pucuk pimpinan partinya.
Ramai juga yang menjangka Umno akan menang selesa dalam PRU akan datang. Malah ada juga kalangan dalam PH yang seperti sudah mengaku kalah apabila yakin bahawa Umno-BN bukan sahaja akan menang PRU ke-15 malah pada PRU ke-16.
Kepada rakyat Malaysia yang tidak mahu melihat 16 Julai 2023 kembali berkuasa untuk menjahanamkan negara, ini ada beberapa perkara untuk kita fikirkan bersama.
Pertama, kita tidak perlu tunduk kepada tekanan 16 Julai 2023 untuk mengadakan PRU awal semata-mata bagi membolehkan mereka bebas daripada hukuman jenayah. Semua watak utama politik dan pengundi perlu mencari jalan untuk menggagalkan konspirasi kluster terbabit.
Kedua, semua watak utama politik perlu mencapai kata sepakat untuk memastikan apa yang dimaksudkan dengan amalan adil dari segi perundangan dan pentadbiran.
Ini bermakna kita perlu menerima hakikat bahawa buat masa ini tiada siapa mempunyai kuasa besar untuk mendominasi yang lain.
Sebagai contoh, saingan utama Umno dalam kerajaan - iaitu Bersatu - kini memegang kuasa di Kementerian Dalam Negeri. Maksudnya, walaupun 'kluster mahkamah' berangan-angan untuk kembali berkuasa seperti pada era pra-2008, Umno sudah tidak lagi menguasai mekanisme dan jentera kerajaan seperti dahulu.
Jadi, pilihan raya yang adil dan bersih kini bukan lagi impian untuk pembangkang sahaja malahan menjadi agenda untuk semua parti termasuk Bersatu, PAS, GPS, GRS dan lain-lain.
BUKAN SEKADAR AKTA ANTI LOMPAT PARTI
Maksudnya, politik adalah sesuatu yang sentiasa berubah-ubah. Sama ada kita suka atau tidak, itulah hakikatnya.
Menyedari masalah yang berlaku sebelum ini, kita tidak akan ke mana jika terlalu ghairah menumpukan masa dan tenaga untuk berdebat sama ada PH perlu bekerjasama dengan PN apabila PRU boleh diadakan pada bila-bila masa sahaja.
Apa yang lebih penting sekarang ialah semua wadah politik yang menentang 'kluster mahkamah' termasuk pemimpin-pemimpin Umno sendiri yang tidak mahu Najib dan Ahmad Zahid kembali berkuasa, perlu mencari jalan untuk mewujudkan satu peraturan demokratik yang dapat diterima bersama.
Ini bermaksud tatacara demokratik ini akan dipegang dengan penuh kejujuran oleh semua pihak, tanpa mengira apa-apa perubahan politik, bagi memastikan wujudnya pilihan raya yang bersih dan adil, serta satu proses yang adil dalam menubuhkan kerajaan pada malam keputusan PRU jika tiada parti memiliki majoriti mutlak.
Salah satu caranya ialah menggubal Akta AntiLompat Parti, namun ia tidak boleh terhenti setakat itu sahaja. Ia mesti dipertahankan dengan sistem yang lebih kukuh bagi memastikan demokrasi tidak diketepikan dalam proses pilihan raya dan penubuhan kerajaan.
Semua peraturan ini akan memberi faedah kepada semua termasuk Ismail Sabri yang sudah menjadi ‘poster boy’ Umno walaupun tiada jaminan dia akan kekal sebagai perdana menteri selepas PRU ke-15.
Semua parti yang menentang 'kluster mahkamah' patut berbincang tentang bagaimana mengguna pakai masa yang ada sekarang untuk menetapkan peraturan bagi membolehkan PRU bersih dan adil diadakan serta pelantikan kerajaan yang sah terlaksana.
Usaha ini jauh lebih baik daripada berebut kerusi untuk ditandingi dalam PRU ke-15.
Malah, bukan sahaja parti yang perlu membincangan hal ini. Setiap warga Malaysia yang menolak 'kluster mahkamah' perlu bercakap tentang perkara ini bagi memastikan satu agenda bersama untuk mengukuhkan demokrasi Malaysia boleh diwujudkan.
Ketiga, siapa kata Umno akan kembali menerajui kerajaan selepas PRU ke-15?
TAK MAMPU JADI 'ABANG BESAR'
PRN Melaka dan Johor hanya mengesahkan apa yang kita semua sudah tahu. Umno-BN mempunyai sokongan tetap sekitar 40 peratus dalam kalangan pengundi.
Ia sama dengan sokongan yang mereka perolehi pada PRU 2018 tetapi sudah tiada lagi sambutan hebat yang mereka terima pada dekad-dekad sebelum ini.
Pada PRU ke-14, Umno hanya menang 47 kerusi parlimen di Semenanjung dan tujuh di Sabah. Bermaksud secara keseluruhan Umno memenangi 54 kerusi di seluruh negara.
MCA pula hanya menang satu kerusi dan MIC dua.
Jika kita tumpukan kepada 165 kerusi di Semenanjung sahaja, Umno-BN hanya mendapat sokongan selesa di sekitar 70 kerusi.
PH menang 55 kerusi parlimen di Semenanjung selama tiga penggal berturut-turut (2008, 2013 dan 2018), dan bertambah 10 kerusi lagi pada 2013 dan 2018. Kesemua 65 kerusi ini dijangka kekal di tangan pembangkang.
Jika Umno-BN disekat pada tahap 70 kerusi sahaja di Semenanjung, tentulah ia tidak mampu untuk kembali menjadi 'abang besar' kepada mana-mana parti lain walaupun ia mungkin merupakan gabungan yang menduduki tempat teratas.
Malah, jika Umno-BN menang 85 kerusi sekalipun, tiada jaminan parti-parti yang menang di Sabah dan Sarawak mahu bekerjasama dengannya jika menyedari gabungan itu terlalu rapuh untuk kekal sebagai kerajaan.
Untuk rekod, BN yang menang 85 kerusi Semenanjung pada PRU 2008 dan 2013 berjaya menubuhkan kerajaan persekutuan dengan sokongan kerusi-kerusi di Sabah dan Sarawak.
PH pula yang menang 80 kerusi Semenanjung pada 2018 dan 2013 telah meningkatkan kejayaannya dengan memenangi 98 kerusi Semenanjung pada 2018, dan berjaya membentuk kerajaan persekutuan.
Parti-parti yang menang di Sabah dan Sarawak tidak akan membabi buta menyokong 'kluster mahkamah' jika tuntutan mereka untuk lebih kuasa autonomi wilayah tidak dipedulikan.
BN pula tidak serius dalam soal autonomi tersebut kecuali dalam hal-hal simbolik sahaja.
Kita tidak perlu putus harapan. Selagi semua watak utama politik Malaysia sedar bahawa negara akan terus merudum jika 'kluster mahkamah' kembali berkuasa, kita masih ada harapan untuk mewujudkan peraturan demokratik yang lebih adil untuk semua.
Dengan kewujudan mekanisme ini, Umno di bawah pimpinan 'kluster mahkamah' yang masih degil, angkuh dan enggan berubah tidak akan dibenarkan untuk menentukan masa hadapan rakyat dan negara.
LIEW CHIN TONG
Timbalan Setiausaha Agung DAP
Apa merit yang Mahathir ada untuk bual berkenaan “Rule of Law”.
ReplyDeleteTahun 1990
Jika 20 tahun dulu Mahathir cerita berkenaan ROL mungkin ramai juga terpedaya dan terpuja puja.
Tahun 2021.
Ahli “Mahathir Watch” sudah fasih dan faham tindak tanduk Mahathir yang masih belum bertukar cara semenjak zaman kereta Proton pertama keluar lagi.
Kata kata dan tulisan Mahathir sudah “non applicable” dan “not acceptable” lagi jika ia datang dari Mahathir. Walau terlambat dan rakyat baru sekarang perasan negara ini dikuasai rules of kartel mafia dan bukan rules of law...
Kejadian depan mata rakyat menyaksikan banyak ‘abuse of law” dan bukan “ROL”
Entri terbaru di blog Tun Mahathir “Chedet” berjudul “The Rule of law” -24.11.2021 sekadar mahu memberi tekanan kepada penggulungan kes Datuk Seri Najib Razak yang akan di putuskan pada awal bulan Disember ini.
Surat layang dimana kejadian liwat 1.0 membabitkan Anwar dan Azizan , menyaksikan , ROL Mahathir berjaya penjarakan Anwar hanya menggunakan “Tilam” di usung bawa ke mahkamah untuk di siarkan oleh media untuk memberi impak “benar sangat lah kejadian itu”.
Namun era tahun 20 an , video, cctv dan saksi “wayang semburit” tidak mampu menyeret pelaku ke mahkamah , walaupun Perdana Menteri masih orang sama pada kes liwat 1.0.
Bukan di bebaskan di mahkamah, bahkan mendakwa pun tidak.
Pada kes DSNR, Tun Mahathir dan kuncu medianya memberi gambaran gelombang 'wave' DSNR sudah bersalah di ulang2 setiap hari. Satu hari tak diratib 'Bossku Salah' tak sempurna hidup Tun dan walaun nya.
Tun Mahathir melaksanakan “trial by media’ untuk kondisikan minda rakyat yang Najib sudah bersalah dan hanya menunggu hukum sahaja.
Apabila Tun Mahathir berkarya tentang “Rule of Law” anggap sahaja ia entri hipokrasi dan ‘Abuse Of Law”
Mahathir jadi bisu tidak berani sentuh isu AMLA ex Gabnor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar yang suaminya miliki wang curi dari penjenayah Jho Low dan nama Zety dan Taufiq Ayman disebut di mahkamah USA kes keterangan Tim Leissner.
Mahathir juga tidak berani tegur kenapa tiada lori datang ke rumah Zeti untuk mengutip barangan rumah seperti yang diakukan oleh pihak Polis kepada DSNR dan sesudah subuh bekukan harta CEO Astro.
Mahathir tiada laungan “penyamun” , “pencuri” atau pun “kleptokrat” terhadap Zeti Jho Low dll
Malah, Rule of Kerala Mahathir juga tidak berani sindir AG SPRM atau Polis untuk segera mendakwa Zeti.
Itu lah Tun Mahathir...
Semua hal buat tak tahu hinggakan dalam diam diam Pulau Batu Putih digadai pada anak Lee Kwan Yew.
Negara lain boleh perang bila pulau diberi pada nagara lain tapi tidak pada Tun Mahathir dia beri Pulau Batu Putih pada anak Lee Kwan Yew sambil senyum kambing dengan bersahaja gentel2 telo labuh nya saja..puii
Itu lah Atok Kau..!!
Kesilapan ph/pn adalah terlalu menonjolkan cerita berkenaan kluster mahkamah ciptaan atok berbanding meminta maaf atas kebodohan selama 22bulan dan 18bulan.
ReplyDeleteSkrip lama yg tiada kesudahan.
Mengharapkan muka2 munafik memainkan isu kluster mahlamah makin menjejaskan integriti ph/pn.
Rakyat tak peduli dah dgn cerita kluster mahkamah. Rakyat azab dikencing oleh muka2 munafik dan harap muka2 munafik menguburkan diri mereka sebelum pru15. Itu saja....
HARI RAYA SUMA BOLEH BALIK KAMPUNG
ReplyDeleteLEPAS RAYA SUMA BALIK KL BERBONDONG
OK LAH TU DAPAT BALIK RAYA INI TAHUN
KALAU TAK BALIK KG BAKAL UNDI LINGKUP KOSONG
LEPAS RAYA KITA PILIHAN RAYA
ATOK TOK WAN JANGAN KITA LUPA
PEJWANG WAT BODO SAMBIL TEBAL MUKA
JANGAN NAK MENEMPEL JENTRA PUN TAK ADA YER
BILA NAK MENEMPEL JANGAN BANYAK SONGEH
IKUT JER JANGAN BAGI SYARAT ITU DAN INI
AKAR UMBI JENTERA PARTI TAK ADE JGN NAK TERHEGEH2
PRU 15 INI KALILAH PEJWANG JGN DI BAGI MUKA LAGI
INI PRU 15 LENYAP LAH LEGACY SELAMA LAMA NYA
AUTA TIPU MUSLIHAT RAKYAT DAH TAHU SEMUA
INGAT FORMULA WAHAI PENGUNDI PRU 15 YER
LINGKUPKAN BOBOI=LINGKUP LEGASI TUN SELAMA NYA
AKU INGAT KAN ULTRA MELAYU ISLAMIK TAPI JADI BARUA
ACAH ACAH POWER ISLAMIK AKHIRNYA GORENG BLAKA
AKIDAH & PULAU DIGADAI PADA ANAK LEE KWAN YEW PULA
INI PRU 15 AYOH KITA KASI HANCURKAN KARTEL SEMUA
RESEPI RAYA KETUPAT RENDANG LEMANG
AMALAN TRADISI JUADAH DI HARI RAYA
INI FAKTA ADA BUKTI NYATA ADIK ABANG.!!
FORMULA LANTIK PM JANGAN DARI UTARA
AKIDAH TANAH PULAU DEPA GADAI SEMUA..!!
BN tak kuat. Jenama Tun Mahathir di PRU 15 yang meujudkan gabungan pembangkang bertanding untuk kalah.
ReplyDeletePRU-15 bakal menyaksikan samada Perikatan Nasional (PN) ataupun Pakatan Harapan (PH) bertanding hanya untuk kalah selagi nama Tun Mahathir dijaja. Kalah bermaksud gagal menududuki Putrajaya.
Putrajaya adalah tempat bagi parti yang menang. Mengapa dikatakan dua parti itu bertanding untuk kalah? kerana hanya satu jawapan, gagal berkerja berpasukkan untuk melawan musuh yang sama.
Gagal berpasukan sebab jenama Tun Mahathir yang bukan saja lusui lapuk malah bertambah bodoh dengan new branding 'kertel mafia'
Terbukti dengan jelas melalui PRN Melaka dan Johor, dua parti itu bertanding untuk kalah dan melingkup.
Para pemimpin dua parti itu, bukanpun tidak tahu, bahawa Umno/BN boleh dikalahkan dengan syarat Tun Mahathir dengan brand baru 'kartel mafia' wajib dibuang terus dalam longkang.
BN tak kuat sangat tapi BN akan menang mudah bila jenama Tun Mahathir dibawa sekali lagi PRU 15.
This message is given attention to everyone in Malaysia, this is about YIP KUM FOOK lying and cheating people's money and so on.
ReplyDeleteYIP KUM FOOK is a lawyer and president of a Buddhist association in SAMNAK SAMBODHI, Kepong...also why he doesn't embarrass Buddhists, Buddhism is the highest quality and better teaching in the world.
But he doesn't know, now is the age of social media technology in this world, if he is a lawyer and has to understand what the law is because the law subject is very high, then he has to study hard, take a course for more than 6 years.
in the future, he will kill himself because he thinks about the mistakes in what he made in the past, something like he cannot be his own problem, that following Doctor’s philosophy says, it is a mental problem, then he has no place to live in this world.
If it's true that a lawyer doesn't dare to do such a bad thing, is he not afraid of the public or committing a sin?
Hope everyone reads this message to the end, maybe everyone can really know about YIP KUM FOOK or the lawyer in Kepong, Kuala Lumpur, Malaysia.
By Danny Lim, Taman Ehsan, Kepong
Saudara-saudara dan Saudari-saudari yang di hormati
ReplyDeleteUntuk keadilan dan martabat Buddhist, (Maruah Sami Buddhist dan Kuil SAMNAK SAMBODHI) Kami Ahli Parti Keadilan Rakyat tetap akan memberi segala pertolongan bagi mempertahankan, sekiranya Peguam Yip Kum Fook, MCA Pengerusi Gombak terus kacau Sami Buddha atau cuba memusnahkan kebudayaan Buddhist dengan kurang ajar
Ladies and gentlemen are in respect
For justice and values Buddhist, (dignity of monks and the Buddhist Temple of SAMNAK SAMBODHI) We the People's Justice Parti Keadilan Rakyat will continue to give all help to preserve, suppose that lawyer Yip Kum Fook, MCA Gombak Chairman continues to disturbs Buddhist monks or try to destroy Buddhist culture with disrespectful
为了正义和佛教的尊严,(佛教僧侣和佛寺的荣誉SAMNAK SAMBODHI),我们人民公正党将提供一切帮助保卫,如果马华公会鸱唛区主席叶金福律师(Yip Kum Fook, MCA Gombak) 继续无耻的凌乱僧侣或试图摧毁佛教的文化
shared by tzu chi Buddhist group, kepong
Adakah Majlis Peguam berarak ketika itu dan ketika ini..!?
ReplyDeleteLepas Raya, mood rakyat untuk adakan pilihanraya PRU15 sudah bermula...
Umpama demo “blackout” anjuran Pakatan Rakyat satu waktu dulu, tiada peristwa “blackout” terjadi namun puluh ribu orang membeli T-shirt “blackout’ yang di cetak lebih awal.
Terkini Bar Council dan pihak individu pro PH cuba mengalihkan isu hakim pro mereka Nazlan ada salah laku kepada isu serangan terhadap judisiari.
Paling memalukan tambang ECRL sangat mahal jadi isu. Kalau tak menipu berbohong dan kuat goreng itu kerja adalah haramjadah pro PH.
Itu lah level thinking pihak proPH.
Kini Ambiga paling kalam kabut untuk melindungi Sri Ram sebagai pembaca skrip penjarakan Najib.
Untuk menutup skrip dari terdedah dan director skrip dari terlondeh maka mereka cepat cepat berpakat untuk menukar ada konspirasi dan ahli mereka terbabit kepada konon judisiari sedang diserang.
Perkara yang “STRAIGHT FORWARD” yakni salah laku seorang hakim Bernama Nazlan Ghazali cuba di politik kan menjadi isu “judisiari” atau krisis serangan terhadap badan judisiari.
Ambiga yang menikuskan diri apabila Claire Brown memetik nama nya sebagai sumber memberitahu berkenaan wang RM90 juta dalam akaun bank Haji Hadi di mahkamah London.
Ambiga Marina Chin dll menikus bila Justo lesap , Jho Low lesap , Zety dan Taufiq Ayman hubungkait AMLA dlm kes 1MDB disebut dalam makhamah..!!
Adakah Majlis Peguam berarak guling guling atas jalan raya demi keadilan ketika ini.?
Apabila SPRM menyiasat 20 kes rasuah termasuk kes berkilo ganja diladang ganja kondo mewah anak Vincent Tan Navin Tan dan di lepas bebas Tomy Thomas dalam badan kehakiman semasa Kerajaan PH memerintah?
Adakah Majlis Peguam berarak demi keadilan ketika itu?
Tiada pakar undang undang kah dari Pakatan Harapan atau mana mana pihak pro PH berani lawan hujah yang dikemuka kan bila nama Hakim Nazlan melakukan kesalahan..
Apabila Guan Eng dilantik sebagai menteri kewangan dan kes rasuahnya digugurkan walaupun 30 lebih saksi sudah memberi keterangan di mahkamah?
Adakah Majlis Peguam berarak guling guling atas jalanraya ketika itu?
Pada yang masih blur keterangan diatas Tun Ambiga, Marina Gereja Pro PH, PKR DAP@PAP, PAN, Lim Guan Eng, Marina Chin Sri Ram (ada hubungan keluarga dengan Ambiga) G25 satu Team Kartel Mafia utk bersolidariti bila kehakiman negara konon nya sedang diserang... puii..!!
Apabila minit mesyuarat lembaga pengarah 1MDB sebenar menunjukkan bahawa Maybank telah berurusan dengan 1MDB dan terlibat dalam mencadangkan dan menubuhkan SRC dimana hakim ini adalah Ketua Penasihat Undang-undang dan Setiausaha Syarikat.
Mereka tidak mengisytiharkan konflik kepentingan dan penglibatannya ketika itu dan menarik diri sebagai hakim untuk kes SRC?
Adakah Majlis Peguam berarak ketika itu?
Semua nya “fake” belaka.. Lepas Raya, mood rakyat untuk adakan pilihanraya PRU15 sudah bermula...
Rakyat naik menyampah saksikan drama bodoh kartel mafia yang tak abis abis ini..!!
Pada Tun...
Rakyat sudah naik meluat..!!
Rulez of Law Kerala.
ReplyDeleteTak kena kat tekak sendiri meroyan, kalau krs Zety, Taufiq Ayman, Justo, Jho Low dan Nevin Tan (anak kroni Vincent Tan) atok buat bodoh...
Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menegaskan bahawa beliau tidak menerima penjelasan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun, berhubung langkah penyelesaian di luar mahkamah kes saman bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali.
“Ya, saya terima surat daripada dia (Idrus Harun). Biasanya surat itu rahsia. Saya tak boleh cakap, sepatutnya dia bagi tau kepada orang ramai.
“Saya tak terima dia punya penjelasan. Baik Peguam Negara sekarang, Apandi pun saya tak terima,” katanya.
Mahathir turut kekal dengan pendiriannya bahawa kerajaan tidak seharusnya membayar pampasan kepada Apandi, kerana tindakan yang dikenakan terhadapnya adalah betul dan menurut “Rule of Law"
Tun rules of law Tun rakyat dah meluat. Sabar Tun eehh rakyat marhean pun dah lama jugak bersabar nihh...kikikiki
kalau nak balas atau nak lawan kita tunggu PRU 15... ahaksss..!!
Betul kah penyokong Najib sedang mengugut Badan Kehakiman.!?
ReplyDeleteSama ada itu benar atau tidak, tidakkah boleh dihujahkan bahawa mereka juga mengugut SPRM dalam menjalankan tugasnya?
Majlis Peguam diketuai Ambiga dan gang nya tiba tiba cemas gelabah terdesak seolah-olah lupa bahawa SPRM-lah yang menyiasat Najib yang membawa kepada sabitan kesalahannya.
Sekarang, hanya kerana dakwaan dibuat terhadap hakim yang telah mensabitkan Najib, sabitan yang mereka takut kiranya diketepikan, mereka melompat membelanya dan meragui kredibiliti SPRM...
Rules of Law apa yang mereka guna ni..!?
Majlis Peguam menuntut penyiasatan setara dijalankan oleh pihak berkuasa terhadap laporan polis yang dibuat oleh Hakim Mohd Nazlan; bahawa tidak sepatutnya ada double standard dalam mendekati perkara itu; bahawa siasatan SPRM melanggar doktrin pengasingan kuasa; bahawa ia menjejaskan kebebasan badan kehakiman; bahawa ia tidak berperlembagaan dan ia harus ditangani di bawah Perkara 125 Perlembagaan.
Kenapa Majlis Peguan tiba tiba kalut sangat ni...!?
YIP KUM FOOK will not have friends in the future because he always cheats with his close friends, also his brother -in -law is cheated on, and he will live alone in the future, and his life is very boring when his karma explores, this is a very pity for him
ReplyDeleteThis YIP KUM FOOK was also put on fire from the Hindu Temple while being the MCA chairman in Taman Daya, Kepong because he wanted a place to trade as furniture in Taman Daya there, many know what happened
Everything was planned by YIP KUM FOOK but he would accept his karma and he would shake his life following the teachings of the Buddha
By Ah fatt, Taman Daya, Kepong, Kuala Lumpur
Insulated-Gate Bipolar transistors market are available as discrete machines or as modules. Motor drives, electric and hybrid electric vehicles (EV/HEV), inverters, uninterruptible power supplies (UPS), automotive systems, consumer electronics, and medical devices are all examples of IGBT’s applications. The demand for IGBTs is being driven by a growth in the production of electric vehicles (EVs) along with vast manufacturing capabilities. IGBTs play a crucial role in hybrid cars. This industry is currently being driven by the demand for electric cars, which is expected to continue in the forecast period.
ReplyDeleteAlso Read : Functional Water Market , Gourmet Salts Market, Cold Chain Packaging Refrigerants Market
Writing a great paper is challenging for students. There is a lot of pressure on students to produce a perfect paper that meets all of their academic requirements. Sometimes, students feel overwhelmed with the amount of work that they have to do and they don’t have enough time to prepare an outstanding paper.
ReplyDeletePost a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!