Zahid Saman Muhyiddin

Bekas timbalan perdana menteri Ahmad Zahid Hamidi memfailkan saman fitnah terhadap bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin berhubung dakwaan beliau ada meminta bantuan untuk menyelesaikan atau menangguhkan perbicaraan kes jenayah yang masih berjalan di mahkamah.

Zahid, 69, selaku plaintif memfailkan saman itu menerusi Tetuan Shahrul Hamidi & Haziq di Mahkamah Tinggi pada 4 April dengan menamakan Muhyiddin, 74, sebagai defendan.

Berdasarkan pernyataan tuntutan yang diperoleh menerusi carian sistem mahkamah, Zahid berkata pada 19 Oktober 2018, beliau telah dituduh di Mahkamah Sesyen bagi 12 pertuduhan melibatkan pecah amanah, lapan pertuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram dan kesemua pertuduhan tersebut telah dibicarakan di Mahkamah Tinggi.

Zahid mendakwa defendan (Muhyiddin) telah mengeluarkan kenyataan-kenyataan fitnah dengan niat jahat terhadapnya pada majlis Pentas Perikatan Nasional Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenggaroh, Mersing sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-15 di perkarangan Learning Centre Sentuhan Kasih Felda Tenggaroh 3 di Mersing pada 16 Februari lepas.

“Pada hari yang sama, rakaman video mengenai kenyataan fitnah pada majlis tersebut telah diterbitkan semula secara langsung di akaun YouTube Astro Awani yang dikendalikan oleh portal berita dalam talian popular iaitu Astro Awani berdurasi dua jam 35 minit dan lapan saat (2:35:08) yang boleh diakses melalui internet,” dakwa Zahid dalam pernyataan tuntutan saman itu.

Dakwa plaintif, setakat tarikh writ saman dan pernyataan tuntutan itu difailkan, rakaman video majlis tersebut telah mendapat jumlah tontonan sebanyak 29,752 tontonan dan akaun Youtube Astro Awani mempunyai 1.44 juta pelanggan selain rakaman video itu telah dilaporkan secara meluas melalui pelbagai medium media sosial iaitu KiniTV, Facebook Page Perikatan Nasional, portal Malaysiakini dan Utusan Malaysia pada 16 dan 17 Februari lepas.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu mendakwa kenyataan fitnah tersebut antaranya membawa maksud bahawa beliau telah menggunakan jalan pintas untuk menyelesaikan dan menangguhkan perbicaraan kes jenayahnya yang masih berjalan, meminta pertolongan Muhyiddin untuk mencampuri urusan perbicaraan kes berkenaan, mencampuri sistem kehakiman, mengarahkan pembubaran Dewan Undangan Negeri Johor dan bukan seorang pemimpin yang patut dihormati, diteladani serta disegani.

Zahid menegaskan kenyataan-kenyataan fitnah itu adalah palsu bertujuan untuk menjatuhkan reputasi dan nama baiknya selain mendakwa kenyataan fitnah berkenaan dikeluarkan oleh defendan selepas pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkenaan PRN Johor.

“Oleh yang demikian, kenyataan-kenyataan fitnah itu adalah jelas dikeluarkan dengan niat jahat sebagai alat untuk mempengaruhi dan memberikan reputasi buruk serta negatif kepada plaintif selaku pemimpin tertinggi parti Barisan Nasional yang secara tidak langsung memberikan imej buruk kepada parti berkenaan yang bertanding di dalam PRN Johor,” dakwa plaintif.

Oleh itu, plaintif menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk dan teladan, faedah, serta perintah mengarahkan defendan menerbitkan permohonan maaf yang tidak bersyarat secara bertulis di surat khabar yang akan ditentukan oleh plaintif selain menuntut kos dan lain-lain perintah yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Sementara itu, Zahid turut memfailkan notis permohonan ex-parte (sebelah pihak) supaya defendan atau wakilnya menarik balik kenyataan-kenyataan fitnah tersebut atau kenyataan fitnah serupa terhadapnya.

Plaintif juga memohon perintah injunksi interim untuk menghalang defendan, pegawai dan pembantunya serta ejen dan wakilnya daripada mengeluarkan, menerbitkan, mengedarkan atau menyebarkan kenyataan fitnah berkenaan atau kenyataan fitnah serupa di mana-mana platfom media sosial termasuk Facebook, Instagram, Twitter dan WhatsApp.

Turut dipohon perintah injunksi interim bagi mengarahkan defendan memadam, menyunting dan menghentikan penerbitan sebahagian rakaman video majlis itu yang mengandungi kenyataan memfitnah di dalam portal-portal berita dalam talian dan sosial media antaranya di Facebook profil “Perikatan Nasional”, YouTube Astro Awani dan KiniTV.

Selain itu, plaintif juga memohon perintah injunksi interim mengarahkan defendan menulis kepada mana-mana penerbit, penyunting, pengendali dan pemilik portal-portal berita dalam talian atau platform media sosial yang menerbitkan kenyataan fitnah itu supaya memadamkan dan menghentikan penerbitan kenyataan fitnah berkenaan.

Pendengaran permohonan ex-parte itu akan didengar hari ini di hadapan hakim Rozana Ali Yusoff melalui sidang video ~ MalaysiaNow

2 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Jho Low lebih hebat daripada Saddam Hussein, Osama Laden mahupun El Chapo Guzman Kartel Sinoala Mexico, Ochoa Bersaudara Kartel Cali, Pablo Escobar Kartel Medellin mereka amat mudah dijejaki oleh Interpol.

    El Chapo kartel Sinoala Mexico sudah ditangkap CIA diextradisi dan penjara sepanjang hayat di USA. Pablo Escobar dikesan mengunakan alat canggih telekomunikasi intel USA mati ditembak, Osama Ben Laden juga dikesan melalui satelite dan dibunuh.

    Hanya Jho Low masih lepas bebas.. satelite, Intel, Interpol tak boleh kesan di mana Jho Low berada sekarang..woow..!!

    Hishamuddin Hussein memberi tawaran untuk menjejaki Jho Low dengan menggunakan networknya (jaringan hubungan) di China, konco-konco Mahathir dengan lantang menolak.

    Raja Petra Kamaruddin menuduh pihak polis Bukit Aman di perintah oleh MAFIA yang menerima arahan dari “TUAN” dilihat agak melampau.

    Walaubagaimanapun perkara ini dilihat perlu diberi perhatian yang sewajarnya. Siasatan terperinci perlu dilakukan agar polis Bukit Aman bebas dari tuduhan bergerak ala MAFIA dan bertuankan individu tertentu.

    Menurut desas desus yang bertiup kencang di media sosial, tuan kepada Mafia Bukit Aman ini adalah Tun Mahathir. Benarkah Mahathir terlibat dengan Mafia Bukit Aman?

    Sesungguhnya tidak kena menuduh seorang negarawan sedemikian rupa. Bagi membersihkan nama Mahathir, beliau perlu disiasat dengan telus, adil dan terperinci tanpa campur tangan mana-mana pihak agar ianya dapat membersihkan nama negarawan terulung ini.

    Watak Jho Low mesti disembunyikan supaya rakyat yang ‘uneducated’ sebagaimana dakwaan Tun Mahathir, akan terus tertipu, taksub dan terasuk dengan mesej subliminal “rasuah, perompak, lanun, penyamun, pengangak, dan kluster mahkamah”.

    Mahathir telah menjadikan DS Najib Tun Razak sebagai mangsa fitnah jijik spekulasi, manipulasi dan konspirasi.

    ReplyDelete
  2. Dear brother and sister,

    I am Myanmar who working in Malaysia more than 10 years and I would like to explain about SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST ASSOCIATION. Therefore, recently I stayed at SASANARAKKHA BUDDHIST SANCTUARY (SBS), Taiping, Perak. I am very close with Ven. U Nandiya Maha Thero.

    My monk Ven. U Nandiya is very good heart and compassion to everyone in the world, also I heard when he stayed at Kuala Lumpur Buddhist Temple, he lends donation money to President of Temple (DATUK YIP KUM FOOK, MCA Gombak) with amount RM20,000.00 only and he said that money belong to Myanmar society in Malaysia.

    On the other hand, my monk said, also many things happened when he stayed there because committees always disturbing, I am very sadly about that matter, why committees are very poor and crooks. Others Temple, people come to Temple to respected Buddha and Monks, also give red packet to monks. Why this Temple, monks must give money to committees, this is opposite.

    If anyone receive or read this message, please inform to DATUK YIP KUM FOOK (president of Temple) to return that amount to my monk as soon as possible.

    My monk contact place:

    Ven. U Nandiya
    SASANA DAJA BUDDHIST TEMPLE
    49 Bombay Street, Lidcombe NSW 2141.
    Tel: (02) 9649-8124

    With kindness

    KO KO NAING
    Taiping, Perak, Malaysia
    Anyone visiting this Buddhist Temple must be careful with the committee members as they can suck your money and the president of the Temple is also more sucking monks’ money already, add and call the police to arrest Buddhist monks…. And please share this message with your friends and everyone you know

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post