GEORGETOWN: Nama lima doktor di Hospital Pulau Pinang (HPP) yang didakwa sebagai pembuli diserahkan kepada Kementerian Kesihatan (KKM) untuk tindakan lanjut.
Lima nama itu diserahkan sendiri Pengerusi Jawatankuasa Agroteknologi dan Keselamatan Makanan, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan Pulau Pinang, Dr Norlela Ariffin.
"Saya telah menghantar nama lima doktor itu dan jabatan mereka bertugas, yang didakwa membuli di HPP untuk diperiksa oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dan beliau telah menjawabnya (berhubung doktor-doktor tersebut)," katanya ketika dihubungi hari ini.
Dr Norlela berkata, bagaimanapun lima doktor itu tidak mempunyai kaitan dengan kematian seorang doktor pelatih yang bertugas di HPP baru-baru ini, kerana kes terbabit masih dalam siasatan.
"Nama (yang dikemukakan) bukan mengenai kematian itu kerana kes masih dalam siasatan. Cuma saya nak maklumkan bahawa saya juga telah mengemukakan lima nama sejak saya membaca EXCO kesihatan di negeri lain juga mengemukakan nama kepada Menteri Kesihatan," katanya.
Pada 17 April lalu, seorang doktor pelatih lelaki berusia 25 tahun ditemukan maut dipercayai terjatuh dari unit kediamannya di bangunan berhampiran, di Jalan Datuk Keramat di sini.
Sebelum ini, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pulau Pinang, Dr Maarof Sudin, mengesahkan mangsa adalah Pegawai Perubatan Siswazah yang melaporkan diri pada 4 April lalu di HPP dan pihaknya akan memberi kerjasama sepenuhnya dalam siasatan polis.
Pada 6 Mei lalu, Khairy turut dilaporkan berkata KKM akan menubuhkan 'task force' bebas atau pasukan petugas bagi menyiasat kematian seorang doktor pelatih itu lapor
Berita Harian
YIP KUM FOOK will not have friends in the future because he always cheats with his close friends, also his brother -in -law is cheated on, and he will live alone in the future, and his life is very boring when his karma explores, this is a very pity for him
ReplyDeleteThis YIP KUM FOOK was also put on fire from the Hindu Temple while being the MCA chairman in Taman Daya, Kepong because he wanted a place to trade as furniture in Taman Daya there, many know what happened
Everything was planned by YIP KUM FOOK but he would accept his karma and he would shake his life following the teachings of the Buddha
By Ah fatt, Taman Daya, Kepong, Kuala Lumpur
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!