Artis-artis Kalah Dalam Pemilihan PKR

KUALA LUMPUR: Pelakon, penerbit dan pengarah Datuk Afdlin Shauki tewas dalam saingan merebut jawatan Ketua Cabang PKR Setiawangsa.

Cabang itu dimenangi penyandang yang juga Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad selepas memperoleh 482 undi, sementara Afdlin sekadar berpuas hati dengan 372 undi.

Dengan keputusan terbaru itu, menyaksikan saingan membabitkan personaliti dan artis dalam Pemilihan PKR kali ini gagal meraih kejayaan.

Terdahulu, BH melaporkan, pengarah dan pelakon terkenal, Datuk Hans Isaac juga tewas dalam saingan merebut jawatan Ketua Cabang Ampang.

KUALA LUMPUR : Pengarah dan pelakon, Datuk Hans Isaac tewas dalam saingan merebut jawatan Ketua Cabang Ampang bagi Pemilihan PKR kali ini.

Hans atau nama sebenarnya Gerald Hans Isaac, 51, memperoleh 609 undi sementara pesaing yang juga selebriti lain, Syed Ahmad Abdul Rahman Alhadad atau Altimet, turut tewas, memperoleh 589 undi.

Pemilihan bagi Ketua Cabang Ampang dimenangi Daing Muhammad Reduan Bachok, yang memperoleh 942 undi.

Sementara itu di Cabang Pandan, calon Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli menang jawatan Ketua Cabang Pandan selepas memperoleh 548 undi mengatasi pencabarnya, Mohamad Rashidi Hasan yang memperoleh 373 undi.

Sementara di Cabang Gombak, menepati ramalan apabila Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shaari menang bagi jawatan Ketua Cabang Gombak mengatasi pesaingnya, yang juga bekas Setiausaha Politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, Farhash Wafa Salvador.

Amiruddin memperoleh 1,858 undi mengatasi Farhash yang memperoleh 1,215 undi.

Setakat jam 1.45 petang ini, tiga negeri sudah mengumumkan keputusan bagi pemilihan PKR iaitu Melaka, Selangor dan Negeri Sembilan.

3 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Pertama, tahniah kpd Rafizi dan rakan2 yg memenangi pemilihan kali ini. Insya Allah Rafizi akan bakal menerajui pucuk pimpinan PKR pada masa akan datang.
    Kedua, tahniah kpd pemilih PKR yg telah memperbetulkan kesilapan mrk memilih azmin dan rakan2 pengkhianat pada pemilihan lepas.
    Ketiga, tahniah kpd artis2 yg mempunyai kesedaran sosial sanggup berjuang bersama rakyat. Cuba lagi pd pemilihan PKR yg akan datang.
    Ke4, yg kalah harap jgn jadi mcm pengkhianat azmin, zuraidah dll sanggup keluar parti dan bergabung dgn penyangak hingga menjatuhkan kerajaan PH. Mereka adalah fake reformis yg cuma pentingkan keuntungan diri semata2.

    ReplyDelete
  2. About YIP KUM FOOK, it is better to you are escape from the Kepong area because you were my good friend in the previous days until today

    YIP KUM FOOK better leave Kuala Lumpur area because someone to report to police and Sentul Police Station and Breakfield Police Station want you

    We know you make more mistakes but you can't run away from the country's laws, on last time you can solve problems with pay money to shut people-mouth up, but now it's different, now is the age of technology like the internet

    I hope, you will understand me what I said in the verses above, I love you in my heart like my brother and I will protect you from what people gossip about you..ok

    Lee, Selayang

    ReplyDelete
    Replies
    1. semua menang takde kalah. biasa la macam pilih ketua darjah yang kalah tetap steady je.

      Delete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post