Bentong: Bekas diplomat Malaysia berstatus Datuk yang diberkas polis selepas disyaki memiliki ladang ganja dan menanam 102 pokok terlarang itu, turut memprosesnya menjadi daun kering dan cecair untuk dijual kepada pelanggan tetap serta kenalan.
Ketua Polis Pahang Datuk Ramli Mohamed Yoosuf berkata, suspek mempelajari kaedah penanaman dan pemprosesan dadah itu melalu YouTube sahaja, manakala benih pokok itu diperoleh daripada ganja mampat yang dibelinya di sekitar Kuala Lumpur tujuh tahun lalu.
Beliau berkata, berdasarkan siasatan awal, suspek mengaku menanam pokok ganja itu sejak 2015 di kawasan seluas dua hektar di kediaman terpencil di Janda Baik, di sini, selain turut menggunakan lapan anjing menjaga ladang tanaman terlarang itu.
"Pemeriksaan di belakang garaj rumah itu membolehkan polis menemukan lima batas ditanam 60 pokok ganja dan lapan pokok di sebuah khemah.
"Polis turut menemukan 34 pokok tapak semaian menjadikan jumlah keseluruhan 102 pokok ganja ditemukan dengan nilai rampasan RM61,200," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong, di sini, hari ini.
Ramli berkata, dalam serbuan itu, polis merampas daun kering ganja seberat 1.02 kilogram bernilai RM2,500, selain cecair botol ganja yang dijual RM250 sebotol kepada pelanggan tetap dan kenalan suspek.
Beliau berkata, susulan penahanan suspek itu, polis turut menahan anak lelakinya berusia 53 tahun di sebuah rumah di Shah Alam, Selangor, 5.30 petang semalam.
"Ujian saringan air kencing ke atas suspek mendapati dia negatif dadah, namun mengaku menggunakan beberapa titisan cecair ganja itu ke dalam minumannya sejak tiga tahun lalu, manakala anaknya didapati positif dadah terbabit dan mengaku mula menagih sejak 2013 hingga sekarang.
"Suspek direman seminggu hingga Sabtu ini sementara anaknya akan dipohon reman hari ini.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 39B, Seksyen 6B dan Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya," katanya.
Laporan eksklusif Akhbar Harian Metro hari ini melaporkan penahanan bekas diplomat Malaysia itu dan kes itu dianggap rampasan pokok ganja terbesar di dalam sejarah narkotik negara.
Bekas Diplomat Belajar Tanam Pokok Ganja Di YouTube
byAnak Sungai Derhaka
-
1
About YIP KUM FOOK, it is better to you are escape from the Kepong area because you were my good friend in the previous days until today
ReplyDeleteYIP KUM FOOK better leave Kuala Lumpur area because someone to report to police and Sentul Police Station and Breakfield Police Station want you
We know you make more mistakes but you can't run away from the country's laws, on last time you can solve problems with pay money to shut people-mouth up, but now it's different, now is the age of technology like the internet
I hope, you will understand me what I said in the verses above, I love you in my heart like my brother and I will protect you from what people gossip about you..ok
Lee, Selayang
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!