KUALA LUMPUR: Debat Perdana yang julung kali menampilkan dua figura besar, dalam arena politik tanah air, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Najib Razak malam ini, dijangka mengupas pelbagai isu panas berkaitan negara.
Gelanggang debat antara Presiden PKR yang juga Ketua Pembangkang dan bekas Perdana Menteri itu dijadualkan berlangsung di Auditorium MATIC, jam 9 malam.
Debat Perdana Najib dan Anwar akan menyentuh dua isu utama, pertama persoalan sama ada syarikat minyak dan gas, Sapura Energy Bhd perlu diselamatkan atau sebaliknya.
Cabaran debat itu tercetus selepas Najib dan Bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli saling berbalas pandangan dan kritikan di media sosial berhubung isu kewajaran bailout (menyelamatkan) Sapura Energy.
Sebelum ini, Sapura Energy mengalami peningkatan kerugian bersih untuk tahun kewangan berakhir 31 Januari lalu kepada RM8.9 bilion berbanding RM160.87 juta yang dicatatkan dalam tempoh sama tahun sebelum ini.
Perolehannya merosot kepada RM4.13 bilion daripada RM5.35 bilion disebabkan peratusan siap yang lebih rendah yang diiktiraf pada tahun semasa, berikutan pengiktirafan kerugian yang boleh dijangka termasuk lonjakan kos projek dalam segmen perniagaan kejuruteraan dan pembinaan (E&C).
Selain itu, Anwar dan Najib turut dijangka membincangkan isu masa depan Malaysia merangkumi aspek ekonomi, politik, urus tadbir serta hala tuju negara.
Lebih menarik perhatian ramai, Anwar turut memberi peluang kepada rakyat Malaysia mengemukakan soalan kepada Najib dengan orang ramai boleh mengajukan soalan menerusi ruangan komen di akaun Twitter rasminya semalam.
Tinjauan di akaun Twitter rasmi Anwar mendapati lebih 165 individu memberikan reaksi dengan mengemukakan soalan antaranya berkaitan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan pelaksanaan sistem cukai barang dan perkhidmatan (GST).
Orang ramai boleh mengikuti debat berkenaan di saluran televisyen Astro Awani, Facebook Sinar Harian, Malaysia Gazette dan Sin Chew Daily ~ BH
Debat Perdana Najib-Anwar Isu Sapura Energy Malam ini
byAnak Sungai Derhaka
-
1
YIP KUM FOOK will not have friends in the future because he always cheats with his close friends, also his brother -in -law is cheated on, and he will live alone in the future, and his life is very boring when his karma explores, this is a very pity for him
ReplyDeleteThis YIP KUM FOOK was also put on fire from the Hindu Temple while being the MCA chairman in Taman Daya, Kepong because he wanted a place to trade as furniture in Taman Daya there, many know what happened
Everything was planned by YIP KUM FOOK but he would accept his karma and he would shake his life following the teachings of the Buddha
By Ah fatt, Taman Daya, Kepong, Kuala Lumpur
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!