Afdlin Shauki Dakwa Banyak Penipuan Dalam PEMILIHAN PKR

KUALA LUMPUR: Pelakon, pelawak dan pengarah filem, Datuk Afdlin Shauki yang tewas pemilihan jawatan Ketua PKR Cabang Setiawangsa, membuat laporan polis antara lain mendakwa Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) gagal mengurus perjalanan pengundian dengan baik.

Dalam laporan dibuat di Balai Polis Pudu malam tadi, beliau yang tewas kepada Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad, turut mendakwa banyak penipuan berlaku dalam pemilihan pada hujung bulan lalu itu.

Katanya, laporan polis dibuat terhadap JPP yang didakwanya gagal bertindak terhadap aduan mengenai kelemahan perjalanan pengundian yang diajukan sepanjang pemilihan berlangsung.

"Kami buat laporan polis terhadap JPP, banyak benda mereka lakukan menimbulkan syak wasangka dan benda-benda mereka lakukan terang-terang salah,"dakwa pelakon utama filem Papadom

Beliau yang mendakwa, sudah membuat laporan kepada JPP namun setakat ini tiada maklum balas diterima daripada jawatankuasa berkenaan.

"Tidak ada maklum balas, yang ada senyap dan sunyi. Oleh itu kami buat laporan polis untuk lakukan siasatan," katanya.

Afdlin Shauki antara lain menakwa, terdapat kertas undi yang hilang apabila jumlah undi yang diumum JPP dengan jumlah undi di tempat mengundi bahagian Setiawangsa berbeza dengan ketara.

"Jumlah undi diumum di tempat mengundi adalah 750, namun demikian setelah pengundian fizikal tamat, jumlah undi rasmi yang dikemas kini dalam sistem JPP adalah 528, perbezaan sangat ketara dengan 222 undi hilang begitu sahaja," dakwanya lagi.

Beliau juga mempersoalkan proses pengiraan kertas undi yang dibuat tanpa wakil calon dan tidak didedahkan, selain pelantikan bekas setiausaha PKR Cabang Setiawangsa sebagai penyelaras tempat mengundi dan suami seorang calon wanita bertugas di dewan mengundi semasa hari pemilihan.

"Lantikan ini dilihat berat sebelah kerana kedua-dua mereka mempunyai hubungan secara langsung dengan calon bertanding, tiada jaminan ketelusan serta integriti memandangkan mereka juga ahli parti dan bukan pihak berkecuali serta berkepentingan," katanya.

Dalam keputusan pemilihan yang dikeluarkan pada hujung bulan lalu, Afdlin Shauki memperoleh 372 undi, manakala Nik Nazmi yang juga penyandang jawatan mendapat 482 undi lapor Berita Harian

2 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. we are a Buddhist sangha community in Penang and we need to inform all Sangha in Malaysia and abroad because the last time our monks went to visit SAMNAK SAMBODHI, Taman Desa Jaya, Kepong, Kuala Lumpur and we monks were kicked out by the Temple president

    we are a monk in Ven. Phra Piya Dhammo was a retired Singapore CID police officer, later he became a monk in Mahindarama, Penang. He practiced under Chief monks, Dr. Ven E Indaratana Maha Thero, Mahindarama Buddhist Temple, Penang, for five years, after which he travelled for Dhamma everywhere in Malaysia

    Ven. Phra Piya Dhammo said, he was very happy and peaceful to stay temporarily in SAMNAK SAMBODHI as it was associated with the higher knowledge and education of the monks, our Bhante said all the monks were very moral and kind like brothers.

    On one occasion, YIP KUM FOOK realized and got angry at our Bhante because this YIP KUM FOOK is the president of SAMNAK SAMBODHI and has the power to get rid of anyone in the Temple but our Bhante did not do anything wrong, also this president called the police, and his thugs to drive away(kick) we monk out of the Temple

    we saved and protected our Buddhist sangha from danger and bullying from someone, you (Bhante), you are not alone, we come to help you

    Forward by BUDDHIST SANGHA COMMUNITY IN PENANG

    ReplyDelete
  2. Adakah YIP KUM FOOK memusnahkan agama Buddha? kerana dia telah menendang Bhikkhu (VEN. PHRA PIYA DHAMMO) keluar dari Kuil, kesilapan itu akan membawa dosa besar dalam ajaran Buddha, bahawa kerana perpecahan masyarakat Sangha dalam agama Buddha, pada masa hadapan dia akan menderita sepenuhnya. kehidupan, VEN. PHRA PIYA DHAMMO datang melawat KUIL BUDDHA SAMNAK SAMBODHI tetapi YIP KUM FOOK mengesyaki VEN. PHRA PIYA DHAMMO untuk mengambil alih jawatannya

    Semua orang di Kepong tahu tentang YIP KUM FOOK, dia seorang yang kotor di Kepong dan dia melakukan pelbagai keburukan seperti membakar kuil Hindu di Taman Daya, kerana tempat itu dia mahu membuka kedai perabotnya dan juga menipu Rm20.000.00 dari Sami Myanmar (Ven. U Nandiya), dan banyak perkara lagi yang dia lakukan pada masa lalu

    Kita rakyat Malaysia dan perlu berhati-hati dengan mereka (YIP KUM FOOK DAN KUMPULAN) kerana mereka akan muflis(kebankrapan) di Malaysia pada masa hadapan.. kerana YIP KUM FOOK mencipta segala-galanya untuk mendapatkan wang, dia tidak peduli siapa yang menderita dan apa berlaku kepada orang lain….

    Shared by Jason Yap, WAT MEH LIEW THAI BUDDHIST TEMPLE, Kuala Lumpur

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post