PETALING JAYA: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal calon Perdana Menteri bagi Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Samad berkata, ketetapan itu masih tidak berubah hingga kini dan dipersetujui semua parti-parti komponen di bawah PH.
“Setakat ini tiada apa-apa perubahan dan Anwar adalah calon PM yang ingin kita ketengahkan.
“Bagaimanapun, mesyuarat Majlis Presiden PH berhubung PRU15 belum lagi diadakan pada masa ini,” katanya ketika dihubungi semalam.
Pemukiman Pimpinan PH pada April lalu memutuskan Anwar sebagai calon Perdana Menteri bagi gabungan itu.
Malah, Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson akan mengetuai kempen PRU15 PH.
Turut diputuskan ialah PH bersedia bekerjasama dan berunding dengan mana-mana pihak demi kepentingan rakyat selain mendesak Perdana Menteri segera menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk memanggil sidang Parlimen mengadakan PRU15.
Sementara itu, Ahli Majlis Pimpinan Parti (MPP) PKR, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid berkata, Anwar adalah calon terbaik untuk menerajui negara jika PH memenangi PRU15.
Malah, katanya, kemampuan pemimpin itu sudah terbukti ketika masih berkhidmat dalam kerajaan satu ketika dahulu selain turut melalui pelbagai ujian getir sepanjang penglibatan dalam politik.
“Oleh itu, beliau menjadi harapan PH dan juga majoriti rakyat sama-sama menyokong Anwar sehingga beliau diangkat sebagai PM bagi gabungan ini,” katanya.- UTUSAN
Anwar Bakal PM Ke-10
byAnak Sungai Derhaka
-
0
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!