Seorang bekas ahli politik PKR mencabar presiden parti itu, Anwar Ibrahim untuk menyatakan apa yang dijanjikan kepada Ahmad Zahid Hamidi sehingga presiden Umno dan sekutunya yang menghadapi pertuduhan jenayah itu bersetuju menyokong beliau sebagai perdana menteri dua tahun lalu.
Adun Seberang Jaya Dr Afif Bahardin, yang kini bersama Bersatu, membuat gesaan tersebut berikutan kenyataan Ahli Parlimen Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman semalam bahawa Zahid dan bekas presiden Umno Najib Razak menggesa ahli Parlimen Umno lain untuk memberikan sokongan mereka kepada Anwar untuk menjadi perdana menteri.
“Saya mendesak ahli Parlimen Port Dickson untuk wajib tampil memberi justifikasi mengenai kesediaan beliau bagi mendapatkan sokongan kluster mahkamah untuk membolehkan beliau menjadi perdana menteri.
“Apakah yang beliau janjikan kepada Zahid dan kluster mahkamah bagi memenuhi obsesi patologikalnya untuk bergelar seorang perdana menteri?” kata Afif, merujuk kepada gelaran terhadap sekumpulan pemimpin Umno yang berdepan pelbagai pertuduhan rasuah dan jenayah membabitkan berbilion ringgit.
Tajuddin yang baru-baru ini dipecat sebagai ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno berkata pada sidang media semalam bahawa ahli Parlimen parti Melayu itu menandatangani akuan berkanun (SD) untuk menyokong Anwar sebagai perdana menteri walaupun dasar parti itu menetapkan “No DAP, No Anwar”.
Beliau sendiri pada mulanya tidak mahu menandatanganinya namun akhirnya bersetuju untuk memberikan tandatangan atas dasar hormat kepada Zahid sebagai presiden parti.
Pada Oktober 2020, Media mendedahkan Zahid dan Najib menulis surat kepada istana menyatakan sokongan kepada Anwar sebagai perdana menteri.
Dalam surat bertarikh 11 Oktober ditujukan kepada Yang di-Pertuan Agong itu, mereka berdua dan “sejumlah ahli Parlimen Umno” mengatakan menyokong Anwar.
Selain itu, ahli Parlimen veteran, Shahidan Kassim yang dipecat sebagai pengerusi Umno Perlis pada April 2021 turut mengesahkan sememangnya Zahid dan sekutunya menjalankan usaha “mendapatkan tandatangan” dalam kalangan ahli Parlimen Umno untuk menyokong Anwar.
Seorang pemimpin kanan sayap wanita Umno, Shamsiah M Yassin turut berkata Zahid juga mendekati sayap parti itu untuk memujuk mereka supaya menyokong Anwar sebagai perdana menteri.
Dalam kenyataannya itu, Afif turut mempersoalkan PKR dan sekutunya, DAP kerana berdiam diri walaupun Anwar disahkan menerima sokongan daripada pemimpin Umno yang terpalit skandal.
Beliau berkata ia menunjukkan hipokrasi yang “cukup memualkan” selepas melemparkan pelbagai gelaran terhadap ahli politik Perikatan Nasional lapor MalaysiaNow
Apa Janji Anwar Kepada Zahid Dan Kluster Mahkamah Agaknya?
byAnak Sungai Derhaka
-
1
KARPAL SINGH (Lawyer, DAP) AND YIP KUM FOOK (Lawyer, MCA Gombak Chairman) ARE DIFFERENCES IN LIFE
ReplyDeleteKarpal studied at St. Xavier's Institution and received his Bachelor of Laws from the National University of Singapore, where he was president of the student union. He was barred from his hostel for protesting the university's decision to mandate certificates of political suitability for incoming students.
Karpal said he TOOK SEVEN YEARS TO GRADUATE, admitting that he was "playful" and "didn't attend lectures”. After failing his final-year courses, the dean made him sit at the front of his classes; according to Karpal, "I couldn't play the fool anymore and I passed my exams accordingly!
Datuk YIP KUM FOOK is also a lawyer but he has a different lifestyle, we have many lawyer friends, and they are very kind and compassionate people, this YIP KUM FOOK (lawyer) to suck people's money only
Many people don’t know about YIP KUM FOOK where, or at which university did he get a degree in law? we are too suspicious of him because he is cheating people everywhere and please be careful with him
YIP KUM FOOK is also the president of the SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST ASSOCIATION and he is also a Datuk ship or Datuk title of the Sultan of Selangor
Sharing by Lai, Kepong Hulu
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!