Eh? Dulu Depa Kata Haram, Sekarang?

 

Sememangnya diketahui umum bahawa sebelum ini Pemuda Pas bertegas tidak menyokong pembukaan semula pawagam di Kelantan bagi membendung gejala sosial dari berleluasa di negeri itu.

Menerusi hantaran di Facebook rasmi Pemuda Pas pada Isnin, pentadbir halaman dengan nama 'Zack' dilihat mempertahankan tindakan Tindakan Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari dengan memberi beberapa penerangan mengenai adab menonton wayang yang dibenarkan Islam.

"Tengok wayang bukan haram terus. Kalau cerita ditayangkan itu seru kepada kebaikan, ajak orang kenal sejarah, ajak cintakan negara, itu tak haram.

"Kalau cerita ditayangkan itu pelakonnya semua tutup aurat, tengok wayang jaga batas syarak, itu tak haram," menurut kenyataan itu.

Zack turut menjelaskan pendirian Pemuda Pas yang menyatakan panggung wayang tetap dikategorikan haram sekiranya tidak menepati syariat Islam.


"Tengok wayang haram kalau duduk berdua-duaan dengan bukan mahram, sebelah-sebelah, tengok wayang cerita cintan-cintun, ajak kepada kemaksiatan dan tiada nilai pengajaran.

"Tengok wayang sampai lupa solat, masuk waktu solat pun masih di pawagam, itu haram," jelasnya.

Dalam pada itu 'Zack' turut menjelaskan Pemuda Pas membantah pembukaan pawagam di Kelantan bagi menjaga kesucian agama Islam.

"Betul, kita tidak setuju buka panggung wayang dibuka dekat Kelantan selagi panggung wayang itu tak selesaikan bab-bab yang kita sebut tadi, bab yang bawa kepada haram tengok wayang.

"Kalau panggung wayang boleh asingkan tempat duduk lelaki, perempuan dan keluarga, boleh 'set' tiada tayangan semasa waktu solat, boleh pastikan cerita yang ditayang betul-betul patuh syariah, tak ada masalah. Kita pun setuju.

"Tengok (di) Terengganu. Ada panggung wayang. Dekat sana semua panggung wayang diasingkan tempat duduk lelaki, perempuan dan keluarga. Dekat sana tiada cerita ditayangkan semasa waktu solat, ada Pemuda Pas bantah? Kita raikan lagi," katanya lapor Sinar Harian

Ini komen Ipoh Mali yang aku petik dari laman FaceBook dia..

Seminggu ni riuh rendah tentang tayangan filem Mat Kilau di Pawagam, aku tak boleh nak komen..sebab tak tonton lagi..sampaikan dulu Ulama,pemimpin dan Pemuda PAS yang kuat menentang Pawagam, sambil bertanjak mengajak orang ramai ke pawagam..

Sebenarnya takda masalah pun ke Pawagam..Yang salah mudah menghukum orang lain dulunya dengan pawagam..Dulu gegak gempita Pemuda PAS desak pawagam ditutup..

Aku dah masuk umur 40 ni.. Belum lagi sekali dalam hidup aku, jejak kaki ke pawagam untuk tonton movie..Belum pernah.. Tapi tidak pernah aku mudah menghukum HARAM, dan bermudah mudah menuduh Maksiat kepada mereka yang ke pawagam.. tak kira lah alasan maksiat atau menghindari Ikhtilat acah acah suci dari Dosa..

Bila aku kata aku kata aku tak pernah ke pawagam, Bukan bermaksud aku tak pernah tonton wayang..TV, Astro hat kat TV dan Internet tu wayang lah.. Hukum dia sama jer.. Kalau keadaan, Tujuan, dan filem yang kita tengok tu haram..Hukum dia sama, hatta tengok di HP kita..

Cuma aku tak pergi ke Pawagam ni disebabkan kebiasaan dari didikan ayah aku tak ketempat seperti Pawagam, sepanjang aku sekolah rendah, Rumah aku tak pernah ada TV, Nak tengok TV pun kena jenguk rumah jiran sebelah walaupun keluarga aku jauh lebih senang dari jiran aku.. mungkin ayah aku pada masa tu pendekatan dia Syadid sgt... atau lebih konsevertif.. tapi sekarang berbeza..

Sama lah konteks main mercun, Aku tak pernah main mercun sebab itu kebiasaan didikan ayah aku.. aku tak mudah kata haram..orang lain aku tak larang.. Adik beradik aku layan jer pawagam dan wayang.. Tak semestinya org yang tak pergi ke Pawagam, jauh lebih baik dan suci orang kaki Wayang..

Hukum sesuatu yang berkait dengan Mumalah, Bukan melibatkan Ibadah berawal hukumnya harus, Sehingga datang dalil atau Illah akan haramnya sesuatu..dan setiap hukum itu terbina atas gambaran, seperti mana kaedah Fiqh..

الْحُكْمُ عَلَى الشَّيْءِ فَرْعٌ عَنْ تَصَوُّرِهِ.. " Hukum atas sesuatu adalah melihat kepada cabang dari gambarannya…

hari ini konteks Hukum berubah sejajar dengan perubahan zaman ..Sebenarnya hari ini ancaman wayang dan Pawagam tidaklah seperti dulu.. ancaman besar Ummat Islam hari ini jauh lebih besar datang dari gadjet dan device seperti smartphone dan Internet.. Pendedahan di Internet melalui aplikasi internet seperti Tiktok,facebook hatta Netflix jauh lebih besar..

Tu Sebabnya..Jangan mudah berhukum.. yang ini haram, yang itu Maksiat..yang itu neraka..Sekarang ni yang paling aktif di media sosial hatta di tiktok adalah Asatizah dan Tok guru depa sendiri biarpun berselang seli dgn selawat di mulutnya..

Depa mampu komen dan ulas fenomena tarian di tiktok jauh dari org kebiasaan..Sampaikan mana artis yang seksi..mana artis yang tayang itu dan ini, Para asatizah lah yang laju komen di media sosial..

Hari ini dunia sudah tanpa sempadan.. pengaruh media sosial itu bukan lagi soal minah rempit..kaki wayang.. ada ketika melibatkan asatizah hatta yang bepurdah berselfie dan Salfa di media sosial..

Jika minah rempit menunjukkan teman lelakinya..yang si ustaz pula berbangga bangga dgn bidadarinya.. Sama saja.. kadang bukan jadi fenomena mat Kilau, dah jadi mat galau..

1 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. YIP KUM FOOK main politik di Kuil Buddha (SAMNAK SAMBODHI), dia tolak AJK yang siapa lawan dengan dia, AJK dari pengasas YIP KUM FOOK pun tolak, YIP KUM FOOK ni hati sangat fikirannya kotor dan jahat manusia.

    YIP KUM FOOK sangat bodoh dan kurang pendidikan, kalau dia pandai, dia tak akan kacau dan menolak Ven. Phra Piya Dhammo keluar dari Kuil Buddha(SAMNAK SAMBODHI), jika dia cukup pandai, dia perlu menyemak dulu Ven. Phra Piya Dhammo ialah siapa dan dari mana?

    Anda seorang peguam dan DATUK tak boleh berfikir dalam perkara biasa, ini amat memalukan kepada Sultan Selangor yang memberi gelar Datuk kepada anda, jika Sultan Selangor tahu perkara ini, Sultan Selangor mengambil kembali gelaran itu.

    Seperti undang-undang bersekutu Malaysia mengetahui tentang anda menipu orang, mereka akan menutup pejabat peguam anda (YIP KUM FOOK & ASSOCIATES, Kuala Lumpur No. 2A & B, Jalan 53, Desa Jaya, Kepong, 52100, Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur), jika anda benar-benar belajar undang-undang, mungkin anda tidak melakukan (tak berani) membuat kejahatan seperti itu

    Shared by Koh Eng Yong…. WAT MEH LIEW THAI BUDDHIST TEMPLE

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post