Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam diberitahu bekas perdana menteri Najib Razak melantik Mohd Sidek Hassan sebagai ahli lembaga penasihat 1MDB kerana dia merasakan gaji bekas ketua setiausaha negara itu terlalu rendah.
Sidek berkata demikian ketika memberi keterangan sebagai saksi pendakwaan ke-19 perbicaraan kes rasuah 1MDB berjumlah RM2.28 bilion terhadap Najib.
Dia juga berkata sepanjang menjadi ahli lembaga selama enam tahun bermula akhir 2010, dia tidak pernah diundang ke sebarang mesyuarat untuk membincangkan isu berkaitan syarikat itu.
Sidek berkata dia dimaklumkan berkenaan pelantikannya yang berkuat kuasa segera menerusi sepucuk surat daripada Najib bertarikh 30 Ogos 2010.
Menerusi surat daripada 1MDB bertarikh sama, katanya lagi, dia dimaklumkan yang dia akan mendapat bayaran RM30,000 sebulan sebagai ahli lembaga penasihat dan ia berkuat kuasa 1 Julai 2010.
Najib adalah pengerusi lembaga penasihat 1MDB pada masa itu.
Katanya lagi, ekoran persaraannya sebagai ketua setiausaha negara pada 23 Jun 2012, 1MDB mengekalkannya dalam lembaga penasihat tetapi bayarannya dikurangkan kepada RM10,000 berkuat kuasa Januari 2013.
Namun Sidek berkata dia tidak lagi menerima bayaran mulai Jun 2015 selepas dia dilantik menjadi pengerusi Petronas.
"Saya ingin nyatakan ketika Najib jadi perdana menteri, pernah sekali dia tanya saya tentang gaji sebagai KSN dan dirasakan gaji saya sebagai KSN terlalu rendah.
"Jadi, saya anggap pelantikan saya dalam 1MDB adalah untuk tingkatkan pendapatan saya selaku KSN yang dianggap Najib sebagai sepadan," katanya.
Menurut laporan pada 2013, pendapatan bulanan KSN adalah lebih RM23,000.
Tiada penerangan, perbincangan
Sidek bagaimanapun menegaskan ketika menganggotai lembaga penasihat 1MDB, tiada sesiapa pun daripada syarikat itu yang pernah memberi penerangan kepadanya atau berbincang berkenaan isu pelaburan dan operasi berkaitan syarikat.
Katanya, dia kemudian melihat laporan media berkenaan dakwaan penyelewengan dana 1MDB dan siasatan SPRM berkenaannya.
"Namun, saya tak pernah diberi penerangan atau diberitahu lebih lanjut berkenaan siasatan terhadap 1MDB. Saya sahkan Najib selaku perdana menteri ketika itu tidak pernah jelaskan isu 1MDB kepada saya, walaupun dengan pelantikan saya sebagai ahli lembaga penasihat.
"Saya juga tak pernah tanya Najib mengapa tiada mesyuarat lembaga penasihat dibuat ketika saya menganggotainya. Saya juga tak pernah terima apa-apa laporan daripada sesiapa dalam 1MDB berkenaan operasi dan pelaburan yang dibuat.
"Saya juga ingin katakan yang saya tak pernah tanya Najib atau sesiapa dalam 1MDB berkenaan masalah dalam syarikat kerana menurut kefahaman saya, 1MDB ditubuhkan untuk digunakan sebagai dana politik kepada parti pemerintah ketika itu, iaitu BN," katanya lagi.
Pada Januari tahun lalu, bekas CEO 1MDB Mohd Hazem Abdul Rahman dalam keterangannya berkata syarikat itu ditubuhkan untuk menyalurkan wang kepada syarikat yang ada kaitan dengan Umno lapor Malaysiakini
Gaji RM23,000 Sebulan Najib Kata Rendah?
byAnak Sungai Derhaka
-
1
Adakah YIP KUM FOOK memusnahkan agama Buddha? kerana dia telah menendang Bhikkhu (VEN. PHRA PIYA DHAMMO) keluar dari Kuil, kesilapan itu akan membawa dosa besar dalam ajaran Buddha, bahawa kerana perpecahan masyarakat Sangha dalam agama Buddha, pada masa hadapan dia akan menderita sepenuhnya. kehidupan, VEN. PHRA PIYA DHAMMO datang melawat KUIL BUDDHA SAMNAK SAMBODHI tetapi YIP KUM FOOK mengesyaki VEN. PHRA PIYA DHAMMO untuk mengambil alih jawatannya
ReplyDeleteSemua orang di Kepong tahu tentang YIP KUM FOOK, dia seorang yang kotor di Kepong dan dia melakukan pelbagai keburukan seperti membakar kuil Hindu di Taman Daya, kerana tempat itu dia mahu membuka kedai perabotnya dan juga menipu Rm20.000.00 dari Sami Myanmar (Ven. U Nandiya), dan banyak perkara lagi yang dia lakukan pada masa lalu
Kita rakyat Malaysia dan perlu berhati-hati dengan mereka (YIP KUM FOOK DAN KUMPULAN) kerana mereka akan muflis(kebankrapan) di Malaysia pada masa hadapan.. kerana YIP KUM FOOK mencipta segala-galanya untuk mendapatkan wang, dia tidak peduli siapa yang menderita dan apa berlaku kepada orang lain….
Shared by Jason Yap, WAT MEH LIEW THAI BUDDHIST TEMPLE, Kuala Lumpur
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!