KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Zahidi Zainul Abidin berpandangan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) perlu diadakan pada tahun ini kerana kerajaan sedia ada kini tidak stabil.
Menurut beliau, antara faktor berlakunya ketidakstabilan termasuk tindakan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan pertemuan dengan pemimpin DAP.
"Muhyiddin tidak sepatutnya mengadakan pertemuan dengan DAP kerana Bersatu pada masa ini bersama Barisan Nasional (BN), Pas dan beberapa parti lain berada dalam kerajaan yang memerintah sekarang.
“Macam mana kerajaan hendak stabil jika ada pemimpin daripada parti yang bersama-sama membentuk kerajaan mengadakan perbincangan dengan pembangkang seperti DAP.
“Disebabkan ketidakstabilan ini, eloklah PRU15 disegerakan. Namun, jika ditanya bila sepatutnya PRU15 diadakan, saya berpendapat eloklah pada tahun ini juga,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.
Zahidi yang juga Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, menambah, PRU15 perlu dipercepatkan demi menstabilkan kerajaan.
Tegasnya, cadangan itu juga tiada kena mengena dengan kes-kes mahkamah yang dihadapi pemimpin-pemimpin tertentu.
"Jika kerajaan stabil semua urusan pasti berjalan lancar dan masalah negara dan rakyat dapat diselesaikan segera. Yakinlah, kerajaan yang stabil dapat menyelesaikan pelbagai masalah rakyat.
"UMNO tidak pernah campur tangan dalam urusan melibatkan kes-kes mahkamah. Kes mahkamah diselesaikan melalui mahkamah untuk tentukan bersalah atau tidak,” katanya lapor Sinar Harian
Kerajaan Tak Stabil Sebab Muhyiddin Bertemu DAP?
byAnak Sungai Derhaka
-
3
Kononnya nak kerajaan stabil kerana jika kerajaan stabil segala urusan bla bla bla.... Ptuii! Sebenarnya dia nak kerajaan stabil majoriti besar supaya mudah mereka songlap seperti dulu2 tanpa gangguan.
ReplyDeleteAku nak tergelak dgn mahiaddin dan Bersatu ni. Dulu kau punya seronok khianati PH dan berjaya bentuk kerajaan pintu belakang dan paling best dapat jadi PM lagi. Masa tu kau langsung tak pedulikan perasaan pengundi PH yang terhiris akibat pengkhianatan kau. Yg penting kau dapat puaskan hawa nafsu kamu. Sekarang bila kau tak cukup sokongan, sekali lagi kau pergi mengemis kpd blok pembangkang supaya bersama kau. Kau sewel atau tak ada otak? Tiada orang yg waras akan percaya kpd kau dan Bersatu lagi selepas Sheraton.
ReplyDeleteAtok tua pun cuba juga nak trick PKR sekali lagi dgn mengguna Azmin tapi awal2 lagi PKR dah dapat menghidu penipuan dia.
So aku nasihat Bersatu dan Atok jangan cuba nak try trick lama kamu. Pengkhianat tidak akan dipercayai sampai bila2. Once a traitor forever a traitor.....
The last time YIP KUM FOOK set fire to a Hindu temple in Taman Daya, Hindus kept quiet after he and his group and two policemen came to harass a Buddhist monk at the SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE in Taman Desa Jaya, Kepong, now the news is getting slower people are listening, and many people are not satisfied with what he did before
ReplyDeleteIn Buddhist rule, anyone who disturbs and makes sangha broken, that people will fall into hell when they alive as like Devadatta, who tried to kill Buddha but was unsuccessful, YIP KUM FOOK this should care, now karma will be active anytime.
Everyone has to be careful and live from him because YIP KUM FOOK is a very dirty mind and he is a lawyer but doesn't know whether he is or not, he is a lawyer because he is in the furniture business, so(how) he can study law, the laws have to study for 6 years.
Sharing by :
Wat Thai Mon - Kulim Cai Bo Hin Kulim Temple
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!